Penulis: Noor Suraya
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN983-893-490-9
Harga: RM 17.90
M/S: 339
Cetakan 1 – 2003
MASIH ADAKAH CINTA BILA KASIH SAYANG KEHILANGAN MANA?
Blurb:
Biru itu warna cintamu, Fattah. Warna yang terpacar indah dari penjuru matamu. Dalam diam aku dapat rasakan cinta yang bersinar, cinta yang tidak pernah pudar. Hangat dan menyala. Tulus dan bening… Sedangkan ungu itu warna dukaku. Yang membeku di dalam hatiku, yang mengalir dalam jantungku dengan luka yang paling dalam, berdenyut nyilu… menjalar pilu… menjulang lesu.
Kak Chik menukil:
Cinta Seera Asyikin pada Fattah tidak pernah pudar walaupun dia telah melukai hati kekasihnya apabila dia menolak pinangan keluarga Fattah dua tahun dulu. Cinta yang mereka ikat setia sejak Fattah menjejaki bumi asing untuk melanjut pelajaran tidak mampu Seera gapai. Bukan Seera tidak setia tetapi Seera sedar kekurangan diri. Dia sudah tidak seperti perempuan lain. Dia sudah tidak mampu menjadi ibu sampai bila-bila.
Kesilapan Fattah hanya satu, membawa pulang Dayang Mariana lalu diperkenalkan sebagai bakal pengganti Seera. Puan Fuziah yang terluka dan malu kerana pinangannya ditolak Seera dulu telah mengatur pertunangan antara Fattah dan Dayang Mariana tanpa pengetahuan Fattah.
Setelah rahsia Seera yang selama ini dipendam sendiri terbongkar selepas Affan, abang kembarnya mendapat maklumat tentang itu. Fattah sekali lagi melamar Seera. Bagi Fattah isu tersebut tidak akan pernah memadam cintanya pada Seera. Namun sekali lagi cinta mereka teruji, selepas Seera menyatakan persetujuan untuk mengikat cinta setia mereka. Seera tega berkorban demi maruah wanita lain walaupun hatinya terluka dalam.
Dalam masa yang sama, Kamal yang sudah lama menyimpan kasih pada Seera bagaikan muncul wira kepada keluarga mereka. Daripada menolong Ameer mendapatkan tempat di fakulti perubatan di universiti negara seberang sehinggalah menolong mereka membawa pulang Waheeda yang terperangkap dalam rusuhan untuk pembebasan Timur-Timor.
Pada Seera, lamaran Kamal yang pernah menjadi bosnya itu kerana mahu menuntut pada budi yang diberi. Seera terlalu prejudis pada Kamal kerana khabar yang tersebar bahawa Kamal buaya darat dan kasanova.
Apakah selamanya cinta Seera pada Fattah? Teralihkah cinta Seera kepada Kamal setelah melihat segala kebaikan lelaki itu?
Sudut pandang Kak Chik:
Cara pengolahan yang seimbang bagi setiap watak. Penulis tidak hanya memberi tumpuan kepada watak-watak utama sahaja. Namun pada Kak Chik, kisah ini bagaikan tergesa-gesa untuk ditamatkan. Rasanya tak puas membaca pada pengakhiran kisah Seera.
LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)
Jun 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Nak jual tak buku ni? email sy ... noorliza_an@yahoo.com ...
Post a Comment