Jun 3, 2011
SAL: Cabaran 50 Buku: (6) Mencari-Suami @JS.com
Tajuk novel : Mencari-Suami @JS.com
Penulis : Normaslina Masri
Terbitan : Jemari Seni
Blurb:
Nama aku unik: Sofea Saloma. Macam primadona. Hidup aku? Tak glamor mana pun. Kerja aku mula jam 9, habisnya jam 9 juga; 12 jam sehari, 5 hari seminggu.
Hari datang dan hari pergi. Sampai aku tak ingat yang umur aku kena tambah SATU setiap kali Januari tiba. Sehinggalah satu hari emak beri aku kata DUA.
Waktu itu, baru sedar umur aku depannya dah ada angka TIGA
Masa itu aku baru sedar aku ada masalah besar: fasal L-E-L-A-K-I
Sebabnya?
Aku tiada teman lelaki yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa!!!
Setelah aku (+ - x ÷) = inilah keputusan yang aku ambil:
Tarikh Iklan: Jumaat, Sabtu & Ahad
Saiz: 2Rx10cm
Edisi (keluaran): Edisi Utara, Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak.
Wanita Melayu, beragama Islam, berperwatakan sederhana, 33 tahun, berpelajaran, ingin mencari calon suami yang mempunyai kriteria seperti;
(a) bekerja tetap
(b) berumur sekurang-kurangnya 33tahun ke atas
(c) bujang/duda sahaja
(d) beragama Islam
Sesiapa yang berminat sila e-mel maklumat peribadi kepada mencarisuami@yahoo.com sebelum 15 Oktober 2010.
Perjalanan hidup yang tidak pernah aku jangka pun bermula...
Ulasan novel:
Menggunakan ‘aku’ membuatkan kita masuk ke dalam watak gadis bernama Sofea Saloma. Bersesuaian pula dengan usia saya yang lebih kurang Sofea Saloma. Chewah… terlebih perasaan dan perasan pula saya ni.
Kisahnya tentang anak gadis yang sudah lewat usia tetapi masih belum bertemu jodohnya. Tetapi jodoh Sofea Saloma telah ditentukan oleh emak dan maksu nya. Kira okeylah tu dari tak ada langsung kan? Dalam kes ni saya suka dengan Su yang ada idea gila-gila. Buat iklan okey! Bukan senang tahu nak promosi diri sendiri.
Selepas iklan dikeluarkan bermulalah satu episode baru dalam hidupnya. Selepas iklan ini juga muncullah juga Sham teman sepejabat yang menaruh perasaan padanya tetapi dia tidak tahu tentang iklan Sofea tu. Aliff pula adalah produk dari iklan tu dan… Yusuf pula produk terbaik dari lading. Eh silap, silap. Dari kampung.
1. Sham – Auditor
2. Aliff – pensyarah
3. Yusuf – peladang berjaya
Kau orang rasa dari tiga senarai nama di atas tu siapa yang jadi pilihan Sofea? Saya tahu jawapannya tapi kau orang jangan terpedaya dengan bab terakhir cerita ini. Haip!! Jangan curi baca bab akhir di MPH atau mana-mana sahaja kedai buku ya. BERDOSA!
Untuk cerita ini saya tak mahu ulas panjang. Kalau nak tahu bagainama jalan ceritanya silalah baca dan jangan sesekali menghukum cerita ini berdasarkan pada tajuknya yang begitu. Cerita ini menarik dan tidak rugi pun melabur RM22 untuk buku setebal 600 muka surat. Tidak ada rasa jemu ketika membacanya. Tidak ada rasa letih ketika menyelak setiap helaian muka surat ini dan cerita ini juga tidak meleret-leret tanpa hala tuju.
Komentar:
Letih jiwa apabila sudah terpisah sekian lama kemudian hidup bersama. Kemudian berpisah semula dan kali ini untuk selama-lamanya. Saya tak tahu nak gambarkan apa yang saya rasa ketika saat itu. Kenapa endingnya begitu? Sedihlah saya… eh kau orang semua jangan salah faham. Sedih untuk saya, sebab saya suka Aliff yang sangat memahami.
Tentu kau orang semua tak faham saya tengah cerita pasal apa kan? Hmmm apa kata baca dan kemudian kita cerita ceriti perasaan kita.
Nota; *Dengan muka tak malu* saya pun nak cari Yusuflah. Dia yang sangat memahami dan baik hati pula tu. :D
---
Salmah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment