Tajuk buku : Nyanyian Tanjung Sepi
Penulis : Noor Suraya
Keluaran :Creative Enterprise
Halaman : 755 m/s
Novel Nyanyian Tanjung Sepi buat ainsabrina lama berfikir sendiri. wujudkah lelaki sebaik Aqmar dalam dunia ini yang bisa mengorbankan cinta sesama manusia semata-mata kerana cinta pada Yang Esa ataupun masih wujudkan lelaki sebaik Zainur yang setia menunggu bidadari tecinta?
Sinopsis Kulit Belakang
Dan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuanya...sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini. Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. Lalu bagaimana lagi harus aku kutip sisa hari-hari mendatang yang sirna itu, bersendirian?
Tanpa dia dan tanpa kamu? Aku betul-betul kesepian. Mana hilangnya semua masa lalu yang indah itu?
Aqmar: Senyuman itu membuat hutan rasanya terbakar, dan lirikan mata sang bidadarinya membuat beku hatinya bisa cair.
Zainur: Beku hatinya pernah 'sekali' cair dengan panahan mata sang dewi cinta. Cintanya pernah hangus pada sinar api renungan dia.
Khalida: kekasih, akulah rusuk kirimu yang hilang itu!
...................................................
Sharifah Nuur Khalida, namanya secantik wajahnya hinggakan Doktor Aqmar Aziz yang sudah membujang lama jatuh cinta. Bagi Aqmar, Khalida ibarat bidadari cinta yang menghangatkan kembali rasa cintanya setelah kehilangan Tunku Dara Aida. Namun sebaliknya pada Khalida, dia langsung tiada rasa buat Aqmar hinggakan dia memberi gelaran doktor gatal pada Aqmar.
Sebenarnya Khalida menaruh hati pada pensyarahnya Doktor Zainur Arief. Siapa sangka Zainur juga memendam rasa yang sama. Namun kerana memegang gelaran pensyarah Zainur mengambil langkah perlahan sehinggakan Aqmar sudah awal memulakan langkah.
Ekoran kerana janji antara keluarga, Khalida dan Aqmar bersatu. Dari rasa kekok dan benci, akhirnya Khalida dan Aqmar berkongsi rasa yang sama.
Namun kebahagian mereka tidak lama.
Satu demi satu dugaan menimpa.
Dari pemergian ibu tercinta ke pemergian satu-satu zuriat yang ada. Dugaan yang paling mengejutkan adalah apabila Khalida menerima ahli keluarga baru, madunya Tunku Dara Aida. Aqmar dalam diam mengahwini Tunku Dara Aida. Hati yang remuk dek kerana pemergian insan tercinta makin rapuh sukar disembuh.
perpisahan akhirnya berlaku.
Apakah kisah seterusnya selepas itu? Khalida terus bersendiri atau masihkah ada kasih antara dia dan Aqmar? atau adakah ada insan lain buat dia? bahagiakah Aqmar denagn Tunku Dara Aida?
nak tahu lebih lanjut, kenalah baca buku ni ^^
Komen Ainsabrina :
cerita ni bagi saya menarik. lain daripada yang lain. akhirnya memang tak terjangka. kisah ini bagi saya dekat di hati sebab watak utamanya pelajar perubatan dan yang lebih merapatkan adalah USM itu sendiri walaupun kisah ini masa zaman dahulu kala. Zaman pelajar perubatan USM ada di penang dan ada di kelantan. Sekarang ni semuanya di Kelantan. Itu je yang sama, saya tidaklah secantik Khalida (^_^) dan tidak juga menaruh hati pada mana-mana pensyarah. rasa kelakar pulak. Cerita ni buat saya jatuh cinta habis pada Aqmar dan rasa itu hilang saat Aqmar menduakan Khalida. Habis satu kotak tisu dibuatnya. Dari kisah pemergian ibu Khalida ke Nuur Hannah hingga ke perpisahan Khalida dan Aqmar, saya tak berhenti-henti menangis sampaikan teman sebilik di asrama risau. maaf ye kawan. kawanmu seorang ni emosional sikit.
Dari suka pada watak Aqmar hingga ke geram yang amat pada wataknya. Saya betul-betul tidak dapat terima perbuatannya sehinggalah saya tahu perkara sebenarnya, cerita di sebalik perkahwinannya dengan Tunku Dara Aida. Niatnya baik tapi jauh di sudut hati saya tertanya "tiada cara lain ka?". apa-apa pun keseluruhanya cerita ini menarik, plotnya menarik, lain dari yang lain. Yang penting pengakhirannya bahagia walaupun saya berharap pengakhiran yang lain.
---
Ain Sabrina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment