Jun 16, 2011

A&N : Cabaran 50 Buku : (21) Mortar & Pestle

Mortar & Pestle
Ju Asu Ra, Amal, Mak Su, Hanie, Citahrudin, Mimie Candycane, Zaradgreat, Mcjust.lol, Jo, Mirachantek, Reen, Masy, Balqissy feat. Nurafiqah Balqis & Norain Insyirah

ISBN: 9789675561009
Penerbit: Soltura Inc
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2011
Halaman: ~ 80
Harga: RM 17.00 [termasuk kos pos]

~ Rasaku… ~

Sinis? Sarkastik?
Dua perkataan ini membayangi minda selama aku menekuni himpunan koleksi catatan para bloggers perempuan geng Soltura. Mahu tahu apa itu geng Soltura? Boleh klik sini

Teringat blurb belakang bukunya:-

“…Jujurnya saya berpendapat arena blog di Malaysia ini sebenarnya bukanlah kekurangan bloggers perempuan. Tetapi untuk mencari bloggers yang menulis dalam acuan dan gaya yang tersendiri tanpa dipengaruhi mana-mana unsur, itu adalah sesuatu yang saya anggap ‘rare’…”

Jadi pastinya aku merasakan himpunan ini adalah yang terbaik antara yang terbaik. Mungkin harapanku terlalu tinggi :P Namun catatannya masih menarik. Cuma aku masih tidak begitu 'selesa' dengan membaca beberapa perkataan yang masih dieja dengan ringkas kerana ia membuatkan aku terasa membaca blog bukannya sebuah buku. Sesetengahnya dihitamkan atau diitalickan, tetapi masih ada yang dibiarkan saja. Mungkin ia mahu ditulis secara itu, baiklah aku pejam mata :P

Kombinasi ramai penulis memang mengujakan. Boleh baca pelbagai cerita, dari catatan seorang ibu, wanita dewasa, remaja dan anak kecil. Jadi bila dihimpunkan ia punya banyak warna, pelbagai rasa yang menjengah hati. Ada lawak, tangis, suka, duka. Boleh buat kita tersenyum dan sesekali gedegang [bayangkan anda terlanggar pintu], ayatnya memukul! Makan dalam tau! kih5 :P

Kisah-kisah yang ada dalam buku ini kisah biasa. Kisah kita sehari-hari. Bezanya ia datang daripada pandangan 13 orang penulis blog. Pastinya perjalanan kisah itu berbeza, mengikut perjalanan penulis itu sendiri. Kiranya ia amatlah mudah untuk dihadam kerana ceritanya yang ringan dan bukannya kisah bersiri yang penuh kompleks. Cuma sebagai pembaca, kita perlu berlapang dada, membaca tiap catatan dengan hati yang terbuka. Apa yang ditulis pasti ada sesuatu yang terselit. Terserah pada kita mahu menafsirnya bagaimana :))

Aku tersenyum puas seusai membaca kerana aku bukan baca blog kisah aku dan buayafriend [pinjam ayat SaifulIslam], kisah shopping, jalan-jalan & aktiviti makan-makan atau cerita bagaimana mahu bersolek cantik, berfesyen dan sebagainya. Penulis-penulis yang ada di sini menzahirkan catatan daripada hati dan atas bakat penulisan, bukan untuk populariti. Cerita pasal blog buat aku teringat catatan temanku; Fira mengenai dunia blogger hik3 lalala5 *wink*

Di manakah adanya semut?
Di tempat yang banyak gula
Di manakah kumbang bernyanyi?
Di pohon yang banyak bunga [page 8]

Memang kehidupan ini kita rasa tak adil
Tapi kita tak tahu keadilan yang macam mana kita nak [page 36]

Life is tough though
I’ve being told so
And it’s getting harder as it grow
Still, we can’t just follow where the wind blow [page 57]

Ps: Credit to Ajib
:D

Happy reading (^-<)

---
Airina

0 comments: