Jun 9, 2011

DN - Cabaran 50 Buku : (11) Kasih Benar Kasih - Aleya Anessa

Akhirnya selesai juga aku membaca Kasih Benar Kasih (KBK)..buah tangan terbaru Aleya Anessa...cover KBK punyalah comel sampai aku terfikir,betul ke novel AA ni hehehe..dah macam cover buku cerita kanak-kanak je :D

KBK ni kisah apa sebenarnya? Kisah Annura dan Dinzley..sorang dah 29 tahun, sorang lagi dah 32 tahu tapi masing-masing masih belum berkeluarga...masing-masing masih sendiri..lantaran itu, kedua ibu bapa meraka yang kebetulan pulak kawan baik sejak sekolah, buat plan untuk menyatukan anak mereka..yang bestnya masing-masing kata "kami tak paksa" tapi dalam masa yang sama berharap agar mereka dapat bebrbesan..kelakar juga..sikap Annura & Dinzley ni memang kontra la juga...Annura tu garang la juga terutama sekali bila Dinzley asyik menyakat dia dan dan perasan bagus hehehehee *cukup la cerita takat tu..nak tau lagi sila baca sendiri*
KBK memang sebuah cerita biasa *diakui oleh penulisnya sendiri dalam sms yang diterima pagi tadi*  dan aku rasa macam jadi trade mark AA, setiap novel  dia mesti tema kekeluargaan...cinta tetap la ada juga sebab kalau takde pasal cinta novel tu macam tak cukup rencah..tapi pada aku walaupun kisah biasa namun ada juga istimewanya....macam-macam perasaan bermain dihati semasa membaca KBK..sekejap sedih, sekejap suka, sekejap senyum, sekejap pedih..tapi akhirnya aku menarik nafas lega..lega sebab ending dia gitu..tak kisah la berapa banyak air mata aku tertumpah tika membaca KBK tapi aku puas ending yang macam tu...

Aku suka tak KBK? Sudah pasti aku suka..banyak yang aku tapi paling aku suka kerana dalam novel ni secara tak langsung AA memberitahu kepada orang-orang di luar sana yang suka busy body pasal orang belum atau lewat kawin atau lebih tepat lagi perempuan yang belum dan lewat kawin bahawa (1) bukan satu dosa bagi seseorang yang belum atau lewat kawin tu (2) urusan JODOH adalah urusan Allah..sekuat mana pun kita berusaha tapi andai Allah belum izinkan kita untuk berkawin, makanya kena la redha (3) ada sebab kenapa seseorang itu masih sendiri biarpun umur dah banyak

Tahniah untuk AA kerana KBK ni memang 'berani'...*nak je beli satu lagi copy khas untuk tatapan dan bacaan orang-orang yang busy body tu..nak bagi copy yang ada ni takleh la nanti hancur hehehe*

0 comments: