Tajuk buku : Warna
Penulis : Nazurah Aishah, Rynsa , Nasz
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 569 m/s
Sinopsis Kulit Buku :
Warna I – Nazurah Aishah
Bukan Dipaksa
kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh
Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. Biarpun tiada Affan di sisi. Affan yang berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yang telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dengan nyawaku.
Warna II – Rnysa
Hikari Ainori
the love ride of hikari
Kisah ini adalah kisah cinta mereka yang pernah hilang. Kisah ini adalah kisah pencarian diri mereka yang pernah tersasar jalan.
Mencari semula cahaya hidup yang pernah suram.
Mencari kembali makna diri yang pernah pudar.
Warna III – Nasz
Karamel
karamel itu benda hangus yang sedap
Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.
“Bila pula saya suruh duduk?” dia tanya aku, keras.
“Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya ‘s-u-k-a’ berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula.” Aku jawab, lembut.
Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?
.......................................................
Warna I - Bukan dipaksa.
Kisah Ayu dan Affan.
Dari mula kisah, ada rahsia yang tersembunyi.
Hinggakan aku tersalah sangka, ingatkan mereka berdua terlanjur, rupanya kisahnya lagi sukar dari itu. Ibu Affan, Hajah Normah menjadi punca kepada segala masalah. Siapa sangka munculnya anak kecil, zuriat Ayu dan Affan bernama Nayli mengubah cerita duka menjadi bahagia.
Warna II - Hikari Ainori
Ada empat watak utama dalam kisah ini. Pergolakan hati dan pencarian diri dalam watak Hazel , Umar , Rafique dan Ayuni.
Awal kisahnya Hazel sudah ditunangkan dengan Rafique. Mereka disatukan atas pilihan keluarga. Bagi Rafique, bertunang mestilah berjumpa dan berhubungan selalu tapi tidak bagi hazel yang banyak pantang larangnya. Berhubung jangan selalu, berjumpa biar ada mahramnya, itu antara syarat Hazel.
Hazel perlu ke Langkawi untuk urusan kerja. Peluang itu dia ambil untuk menaiki keretapi. Siapa sangka dia akan bertemu Umar, watak yang pernah muncul dalam hidupnya di Jepun dahulu. Watak Umar berubah 100% dan watak Hazel juga berubah 100%. Dulu, Umar yang berperwatakan warak yang berani menegur perwatakan Hazel yang 'free hair' waktu itu. Kini, Hazel yang dah terjaga aurat, bertudung litup pula yang menegur Umar yang sudah bertukar-tukar warna rambutnya.
Saat Hazel jauh di Langkawi, Rafique terjumpa kekasih lamanya, Ayuni. Ayuni meninggalnya dulu tanpa kata kini telah berubah. Antara Hazel dengan Ayuni, Rafique memilih Ayuni.
Apakah akhirnya? ingin tahu kisah lanjut antara Hazel, Umar, Rafique dan Ayuni, kenalah baca sendiri ye kawan-kawan.
Warna III - Karamel.
Kisah ini ternyata ringan jika dibandingkan dengan kisah Warna I & II. Kisah bos dan setiausaha memang selalu kita baca, namun bagi kisah karamel ada kelainan yang tercipta. Kisah pertelingkan antara Arif, tuan bos dengan Ana, setiausahanya. Kerana satu salah faham, Arif seringkali membuli Ana habis-habisan sedangkan pada pekerja-pekerja yang lain, dia sangat baik.
Apakah salah faham itu? dan apakah pengakhirnya? ingin tahu lebih lanjut, kena dapatkan Novel Warna ni secepat yang mungkin ^^
komen ainsabrina :
buku ini muala-mula saya beli sebab berminat dengan cerita Hikari Ainori karya rynsa. cerita Hikari Ainori itu memang saya ikut di blog kak Rynsa jadi nak tahu la pengakhirnya dan saya suka sangat watak Umar Rayyan tu. ^^
keseluruhannya, saya suka ketiga-tiga cerita dalam novel ini. Ketiga-tiga cerita ada kelebihan masing-masing. kisah penuh dengan air mata dan gelak ketawa semuanya dalam satu novel-WARNA.
---
Ain Sabrina
Jun 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment