Jun 1, 2011

A&N : Cabaran 50 Buku : (16) Bebunga Kasih

Bebunga Kasih
Hani Fazuha

ISBN: 9789831244623
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 - 2009
Halaman: ~ 502
Harga: RM 19.90

~ Rasaku… ~

Ardyana [Dya] mengalami episod hitam yang pahit. Diperkosa oleh abang kandungnya sendiri; Abang Ari semenjak dia berusia 10 tahun. Mungkin kerana itu Dya kurang menyenangi kaum lelaki. Apatah lagi dalam keluarganya, dia dipandang umpama sampah. Ayah tidak pernah menganggapnya sebagai anak. Apa salahnya hingga sering saja disisihkan.

Sejak peristiwa itu Dya menjadi gadis yang pendiam dan suka menyendiri. Tetapi kehadiran Dya rupanya berjaya menarik perhatian Zarif, teman sekolahnya. Cuma cara Zarif saja yang tak berapa nak kena, sudahnya mereka berdua umpama musuh. Kemuncaknya Dya menampar Zarif, dan akibatnya ayah Dya mengamuk. Dya yang memang sering saja dianggap pembawa malang dihantar ke kampung.

Semasa di UPM, Dya bertemu kembali dengan Zarif. Jarak masa tidak dapat menghilangkan rasa sakit hatinya pada Zarif. Berkawan dengan Syamir semata-mata untuk mengelak dengan Zarid bukanlah satu perkara yang bijak. Episod seterusnya bagaimana kehidupan Dya sesudah bekerjaya. Diintai oleh Nasri; ketua di tempat kerjanya, begitu juga dengan kehadiran Syamir yang masih menyayangi Dya walaupun sudah beristeri. Ada masanya aku merasakan kesemua watak lelaki di dalam kisah ini digambarkan sebagai lelaki yang suka ambil kesempatan.

Konflik berlaku apabila Dya dipaksa bertunang dengan anak kenalan bapanya. Tiba majlis, Dya menerima kejutan yang maha hebat. Bakal ibu mentuanya adalah seseorang yang amat dia kenali. Lebih terkejut bila melihat bakal suami sendiri. Siapa? Tak susah pun nak teka :D

Tetapi aku tak faham satu perkara. Kenapa Dya begitu membenci Zarif tetapi mudah pula memaafkan Abang Arinya? Kalau ikutkan kesalahan Zarif adalah disebabkan kenakalannya, sesuai dengan usia mereka ketika remaja. Tetapi kesalahan Abang Ari? Dya sering saja gagal mempercayai kesungguhan Zarif sedangkan mudah pula dia mempercayai Abang Ari yang kononnya dah insaf. Mungkin aku ada tertinggal di mana-mana, ada masa nanti aku ulang baca.

Happy reading (^-<)
---
Airina

0 comments: