Jun 1, 2011

A&N : Cabaran 50 Buku : (18) Langsir Biji Remia

Langsir Biji Remia
Noor Suraya

ISBN: 9789670201139
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2011
Halaman: ~ 263
Harga: RM 17

~ Rasaku… ~

Sejujurnya aku amat mengagumi watak Duha Hafa [Duha]. Anak gadis yang periang yang ramah. Si mata bundar yang cantik tersembunyi di balik purdah hitam. Gadis yang walaupun pada mulanya takut dengan kelemahannya sendiri tetapi bangkit semula. Andai saja memang wujud gadis seperti ini, memang aku pergi meminang untuk adik lelakiku [mengarut! Abaikan kih5 :P].

Benar kata orang, cinta kalau hanya di mata tidak kekal lama. Dulu Umair pernah sukakan Duha. Mereka berdua adalah teman bicara jendela. Saling berkongsi cerita dan tawa, tetapi itu dulu. Kisah sepuluh tahun dahulu. Dan bila saatnya dia bertemu dengan Duha Hafanya yang baru, suasana tidak sama seperti dulu.

Menyingkap kisah Duha, tidak dapat tidak aku jadi geram dengan Umair. Pemuda yang aku kira cukup pandai mencipta alasan. Katakan saja kalau tak suka, tak perlu pusing sana, pusing sini. Sudahnya? Bukankah hati kecil Duha terluka lagi?

Namun mungkin dengan wujudnya Umair, barulah kita sedar mungkinkah kita sendiri seperti Umair? Suka dengan kecantikan, biasa dengan keindahan dan bila ia tidak serupa dengan apa yang kita jangkakan, mudah saja rasa suka itu pergi. Berganti pula dengan rasa benci. Aduh, hati! Mudah saja ia dibolak-balikkan.

Mujur saja ada watak Ahmad Muhsin yang berjaya meneutralkan keadaan kecewaku pada Umair :D Sejuk je bila nampak nama Muhsin di halaman-halaman seterusnya. Lebih-lebih lagi bila di ayat ini:

Apa yang saya hendak kata ini, tak perlu tulis. Sudah ada dalam hati, lama sudah [page 243]

Waktu ini aku rasa bagus pula Umair itu tak jadi dengan Duha. Yalah, kalau tidak siapa pula yang sesuai nak dipadankan dengan peguam syarie yang ala-ala jiwang seperti Ahmad Muhsin? kih5 :P Tetapi kalau Duha menahan tawanya bila mendengarkan gelaran ‘saudari’, aku pula dah menyeringai. Tak tahu nak cover langsung hik3 lalala5 :D ‘Saudari’ - serius, masih adakah golongan Adam yang memanggil Hawanya begitu?

Penamatnya aku cukup suka. Tak perlu cerita panjang cukup dengan hanya sebaris ayat [soalan lebih tepat lagi :D].

Pada mulanya aku letakkan 4 bintang, tetapi bila meneliti sasaran pembacanya – siri Si Manis 17 [ala-ala novel chitlit seperti keluaran PTS :D], aku tambah satu bintang lagi. Untuk adik-adik manis, LBR memang sesuai untuk kamu. Belajar melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Belajar bagaimana mahu mensyukuri apa yang kamu ada :))

Bila angin menari, hatiku pun berlari [page 1]

Jiwaku sudah tahu berlagu
Dia di balik awan
Apa kamu dengar nyanyian lagu rindu? [Gobokairina, 2011]

Tak tahu malu. Rima berterabur ada hati mahu sambung kata-kata puitis Kak Su kih5 Jadi kamu-kamu yang membaca anggap saja yang aku tulis di atas itu hasil daripada SS [syok sendiri] hik3 lalala5 :P


Happy reading (^-<)
---
Airina

0 comments: