Aug 23, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (60) Lili Buat Najah


Penulis: Nazurah Aishah
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN978-967-5118-02-9
Harga: RM21.00
M/S: 530
Cetakan 1 – April 2008
Cetakan 2 – Mei 2008
Cetakan 3 – Januari 2011


telah kau tunai seribu janji
satu kau mungkiri, hidup bersamaku…


Blurb:

Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford,
Berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air,
Aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.

Itulah permulaan kisah ini…yang bagaikan sudah terang lagi bersuluh.
Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah?
Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan?
Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan,
kerana perasaan itu tidak pernah ada
bau dan warna: lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai…

Tulis Najah:
apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung
apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana
jadi bagaimana aku harus terus hidup
kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya
dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya…?

Najah, sudah jadi fitrah alam…mentari itu tetap terbit dari arah timur, dan
Bulan pula tetap setia menemani malam!


Kak Chik menukil:

Selepas tiga tahun karya ini di pasaran baru Kak Chik berpeluang untuk ‘merasai’ ruang lingkup kehidupan Tasha-Najah. Penulis menggarap rasa kisah ini dari sisi aku – Tasha anak tunggal yang dibesarkan oleh umi tanpa kasih saying ayah sedari Tasha dalam kandungan umi.

Permulaan kisah ini bermula perkenalan Tasha-Najah ketika sama-sama belajar di Tanah Ratu, perkahwinan yang pada zahir tanpa pengetahuan keluarga Najah kerana sedari awal mama Najah, Tunku Helena sudah ada calonnya sendiri untuk anaknya, Najah - anak bongsu dari tiga beradik dan anak kesayangannya.

Apabila mereka kembali ke tanah air, mereka terpaksa berlakon bagaikan tidak mengenali sesama sendiri. Saat derita mereka makin getir apabila Najah membuat pengakuan tentang perkahwinan mereka, sehingga mamanya memberi kata dua – memilihnya dengan menceraikan Tasha atau Najah akan tidak diakui sebagai anak lagi. Lalu bagaimana mereka harus mencari jalan keluar kemelut meruncing ini?

Namun tidak pernah Tasha terbayang langsung, saat mereka bahagia dengan penerimaan mama selepas insiden di parker kereta rupa-rupanya ada rahsia Najah yang selama ini tidak pernah Najah kongsi bersamanya. Kuatkah Tasha untuk kehilangan Najah saat anak-anak masih kecil dan usia Tasha masih muda?

Sudut pandang Kak Chik:

Aduh! Merembes lagi air mata sepanjang bersama Tasha dan Najah. Cik Nazurah Aishah - anda memang suka Kak Chik cuci mata. Pada Kak Chik kisah ini penuh dengan kasih sayang – yang nyata kasih sayang Najah yang paling berkesan di hati Kak Chik. Najah itu lelaki yang penuh ‘kelembutan’ dan kasih sayang sehingga dia sentiasa berusaha yang terbaik untuk keluarganya walaupun saat sukar dia ketika terpaksa menahan rasa rindu yang membuak terhadap mama selepas dia menolak pilihan mama. Tapi kenapalah Tunku Helena itu bagai buta mata dan hati dengan memilih Farah, anak kawan baiknya sedangkan karektor Farah itu sendiri tidak disenangi ibunya sendiri.

Oleh kerana jalan cerita dirasakan dari sudut aku – Tasha, kita tidak berpeluang untuk tahu rasa hati Najah yang tersembunyi itu. Najah yang sentiasa kelihatan tenang dan bertanggungjawab di mata dan hati Tasha sehingga rahsia yang paling besar menjadi bebannya sendiri tanpa dia sanggup berkongsi dengan isterinya itu. Selain itu Najah begitu mengasihi Tasha sehingga mahu menjodohkan Tasha dengan kawan baiknya sendiri iaitu abang sepupu Tasha, menggambarkan dia terlalu takut Tasha tidak mampu berdiri sendiri pada saat dia sudah tiada di sisi Tasha.

Walaupun begitu pada sudut rasa Kak Chik – Najah sudah aman di sana kerana dia pergi bersama dengan penuh kasih sayang keluarga dan dua zuriat yang menemani Tasha sebagai hadiah yang tidak ternilai dan impian untuk menyediakan rumah yang lengkap dengan taman untuk Tasha dan anak-anak.

Sesuatu yang perlu direnung – Allah mengambil sesuatu yang kita cinta dan sayang untuk menguji keimanan kita kepadaNya namun pada masa depan mungkin kehilangan itu akan diganti dengan sesuatu yang lebih manis.

Sedih sangat saat Najah berpesan buat kali terakhir pada papanya supaya menjaga Tasha dan anak kembarnya…L


LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)

0 comments: