Aug 2, 2011
KK: Cabaran 50 Buku: (25) Alahai, Jijah!
Tajuk: Alahai, Jijah!
Penulis: Dihsar Ludba Haqifa
Terbitan: Jemari Seni Sdn Bhd
Muka surat: 250 halaman
ISBN: 978- 967- 0201-09-2
Harga: RM 17 (Sem M’sia) / RM 19.00 (S&S)
Kata kulit buku:
Abang Abu, bagi cendol dua!
“Tengah buat apa tu? Dah siap kemas rumah belum? Tak nampak macam istana pun rumah kita ni.”
“Istana apanya makcik? Kalau rumah dah diperbuat daripada kayu, kayu juga. Tak ada maknanya boleh jadi istana. Ini kira okey apa.”
“Yalah. Yalah. Dah, dah. Kau pergi masuk dapur. Sekejap lagi orang kaya tu nak datang. Nanti kalau mereka nampak muka kau, terus tak jadi nak masuk rumah kita. Maklumlah, orang hodoh memang tempatnya di dapur.”
“Amboi! Sedapnya menghina.”
“Apa kau cakap?”
Apakah benar kesudahan hidup seorang budak sepuluh tahun ini akan sentiasa didera oleh ibu dan kakak tirinya? Mungkinkah ada seseorang yang akan muncul dan mengoyak muka surat terakhir itu dan menulisnya semula supaya kesudahannya akan berakhir dengan kegembiraan?
Jangan harap.
Terlalu klise.
* * * *
DIHSAR LUDBA HAQIFA graduan universiti tempatan ini hanya gemar membaca hanya novel-novel Inggeris. Keputusan bahasa Melayunya pun atas pagar sahaja. Namun dia berjaya menyudahkan sebuah novel dalam bahasa ibundanya sendiri dengan jaya dan bergayanya; ‘mustahil’ adalah perkataan hanya untuk ‘orang yang kalah’.
Kata KK:
Kesiannya dia seorang budak sepuluh tahun didera oleh ibu tiri kemudian disuruh melakukan kerja-kerja rumah. Dia seorang budak sepuluh tahun tetapi tempat tinggalnya yang layak dipanggil reban ayam. Dia seorang budak sepuluh tahun sanggup mengambil upah menebas lalang. Kerana dia sabar, dia mendapat kembali kasih sayang yang telah hilang bersama kematian ayahnya. Akhirnya, dia mendapat haknya kembali. Dia kini boleh bergembira.
Apa yang tidak menarik, terlalu banyak dialog yang tiada makna. Apa yang tidak menarik, Alahai, Jijah terlalu drama. Seperti di kulit buku ini, jangan harap. Terlalu klise. Teruja saya hilang bersama jijah. Jiji pula tergantung walaupun pengakhirannya memang tergantung tentang kakak tiri Jijah.
Apa yang boleh saya katakan, perasan setelah menghabiskan Alahai, Jijah adalah penuh dengan perasaan terkilan…
---
Khaulah Khalid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment