Aug 8, 2011
Ain : Cabaran 50 Buku : (16) Chicken Soup for the Soul - Living Your Dreams
Tajuk buku : Chicken Soup for the Soul-Living your dreams.
Penulis : Jack Canfield & Mark Victor Hansen
Keluaran : HCI ( Health Communications,Inc. )
Halaman : 371 m/s
Ulasan Ain Sabrina :
Buku siri Chicken Soup for the Soul memang terkenal dan diketahui sebagai buku yang mengumpulkan kisah-kisah yang dihantar dari pelosok dunia. Dan buku ini , Chicken Soup for the Soul, Living your dream mengumpulkan kisah-kisah pelbagai manusia mengejar kejayaan dan impian masing-masing.
Halaman depan buku ini dimulakan dengan teori bagaimana mahu memotivasikan diri dan menyusun langkah untuk mencapai kejayaan.
Penulis mengetengahkan 10 langkah.
Langkah pertama : Putuskan apa yang anda mahu. Di langkah pertama ini penulis mengajak pembaca bermimpi dan berangan sekejap. Namun ia bukanlah angan-angan mat jenin apabila penulis mengajak pembaca-pembaca menuliskan impian masing-masing dan mengajak pembaca member target masa untuk setiap impian masing-masing. Penulis mengajak pembaca untuk merealisasikan impian masing-masing.
Langkah kedua : Percaya pada diri sendiri.Mimpi sudah, menulisnya sudah. Langkah seterusnya penulis cuba menanamkan unsure keyakinan dan kepercayaan dalam diri. Penulis mengalakkan pengunaan kata-kata dan ayat-ayat positif dalam kehidupan seharian dan cuba mengelakkan unsur-unsur negative wujud dalam diri pembaca.
Langkah ketiga : Bina bakat yang ada dalam diri anda. Setiap manusia dilahirkan ada kelebihan dan bakat masing-masing. Buku ini mengajak kita mencari kelebihan itu dan memperkasakan nilai yang ada.
Langkah keempat : Bina satu kumpulan bersama. Kita sebagai manusia perlukan sokongan dan bantuan manusia yang lain. Buku ini mengajar kita untuk membina satu ‘support system’ yang boleh memotivasikan, menaikkan semangat dan membantu kita untuk mencapai impian kita. Di dalam buku ini turut dihuraikan cirri-ciri kumpulan yang diperlukan.
Langkah kelima: Bayangkan hasil yang anda inginkan. Bayangan kejayaan yang datang penting sebagai motivasi untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang diinginkan. Ada banyak cara bayangan yang diajar, antaranya , secara bayangan minda (mental rehearsal)-memikirkan hasil kejayaan yang bakal datang. Bayangan gambar (goal picture)- mengunakan imej sebagai bayangan hasil yang diinginkan. Contohnya, anda inginkan sebiji kereta, anda gunakan imej kereta itu sebagai bayangan imej motivasi anda. Dan beberapa lagi bayangan yang boleh digunakan.
Langkah keenam : Bertindak !!! Ini adalah langkah yang membezakan pemenang dengan orang yang kalah.
Langkah ketujuh : respon kepada maklumbalas. Setiap usaha perlu ada maklumbalas untuk mengetahui keberkesanannya. Kadang-kadang maklumbalas itu negatif dimana penulis berkongsi kisah Thomas Edison, yang berusaha berulang-ulang kali sebelum akhirnya mencapai kejayaan.
Langkah kelapan : jangan putus asa. Ini berkait rapat dengan langkah ketujuh. Walau bagaimanpun maklumbalas yang akan diterima, benda paling penting sekali adalah keazaman yang tinggi juga jangan sekali-kali putus asa.
Langkah kesembilan : raikan kejayaan dan hulurkan ucapan terima kasih. Setiap keazaman yang tercapai perlukan diraikan. Ia tidak perlu besar-besaran, ia hanya sekadar penghargaan kepada diri sendiri juga pada orang di sekeliling kita yang turut sama menyumbang bakti. Dan tidak lupa terima kasih pada Dia yang memungkinkan semua ini terjadi.
Langkah kesepuluh / langkah terakhir : beri sesuatu kembali. Ini merujuk kepada masyarakat sekeliling. Setelah kejayaan dicapai, jangan lupakan pada masyarakat yang memerlukan. Kongsi hasil kejayaan bersama dengan yang lain sama ada dari segi tenaga kerja mahupun wang ringgit. InsyALLAH hasil yang dikongsi yang lagi berlipat ganda hasilnya datang pada kita kembali.
Selepas teori-teori kejayaan dikongsi, halaman seterusnya adalah perkongsian cerita-cerita motivasi dan kejayaan dari pelosok dunia. Setiap kisah seakan kisah motivasi di dalam kisah fiksyen sedangakan ia kisah realiti manusia yang boleh kita jadikan pendorong untuk kita mencapai impian masing-masing.
Komen Ain Sabrina :
Buku ini bagi saya adalah buku terbaik dalam siri Chicken Soup for the Soul. Saya memang adalah pembaca tegar buku-buku motivasi dan dalam banyak buku-buku motivasi yang ada, saya paling suka buku ini. Teori-teori yang diajar seakan mudah untuk dipraktikkan. Juga dalam buku ini dikongsikan kisah-kisah usaha-usaha yang lain untuk mencapai kejayaan. Ini mendorong kita dan seakan member nasihat yang kita juga boleh beroleh kejayaan yang sama suatu hari nanti.
Buku ini sudah 5 tahun lebih bersama saya, peneman saya. Di saat rasa lemah dan rasa tertekan dengan kehidupan pelajar perubatan, kadang-kadang saya akan tarik buku ini dari rak buku dan akan selak kisah-kisah yang ada. Saat itu ada semangat yang timbul kembali. Antara kisah yang ada, kisah kejayaan yang mustahil dijadikan realiti membuatkan kita juga berkobar-kobar mengejar impian sendiri. Jadi jom motivasikan diri kita dan jadikan mimpi kita realiti !!!
---
Ain Sabrina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment