Aug 4, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (31) M.A.I.D


M.A.I.D
Penulis : Suri Ryana
Terbitan : Kaki Novel
Cetakan April 2011

Kepekaan Saya:

M.A.I.D mengisahkan kehidupan gadis yang bernama Noorul. Noorul seorang gadis yang sedikit kelam-kabut. Noorul juga pandai memasak kerana perangainya yang sedikit pemalas untuk jejakkan kaki ke dapur. Noorul datang ke bandar Pulau Pinang untuk mencari rezeki dan menyara ibunya di kampung. Tetapi, malang telah menimpa Noorul, dia terpaksa menjadi penggangur terhormat kerana kilang kicap, tempatnya mencari rezeki selama ini terpaksa ditutup kerana telah bankrap.

Noorul tinggal bersama kawan baiknya yang bernama Iman sebuah rumah flat. Imanlah yang banyak menberi nasihat dan semangat untuk Noorul terus mencari pekerjaan baru. Akhirnya, Noorul berjaya mendapat pekerjaan baru hasil daripada dia mendaftarkan diri pada satu agensi pencari kerja.

Noorul mendapat kerja sebagai pembantu rumah. Iman agak terkejut kerana Noorul sanggup menggalas tanggungjawab sebagai pembantu rumah, sedangkan Noorul tidak pandai memasak. Kepala otak Noorul yang sedikit gila-gila, mendapat ideal, jika, tuan rumahnya mahukan makanan, dia akan membeli di kedai sahaja. Sememangnya, Noorul suka mengambil jalan mudah dalam semua perkara. Noorul tidak pernah terfikirkan risiko yang bakal dihadapinya kelak.

Perjalanan hidup Noorul ke alam yang baru bermula apabila mendapat pekerjaan pembantu rumah. Noorul menjadi pembantu rumah di ‘penthouse’ mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan yang cerewet. Noorul telah menggelarkan majikannya sebagai Mr. F kerana sikap yang cerewet yang telah ditunjukkan pada setiap syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian kerja Noorul. Mr. F bermaksud ‘fussy’ atau cerewet. Setiap kerja yang Noorul lakukan, tidak pernah dihargai, malah Noorul sentiasa mandapat habuan iaitu tengkingan dan jelingan maut dari Mr. F.

Segala tugasan yang perlu Noorul selesaikan, Haris hanya sampaikan melalui nota-nota yang diletak di tempat yang perlu sahaja. Hanya satu panggilan telefon pada pukul 8 pagi sahaja yang Haris lakukan untuk memastikan Noorul betul-betul sudah sampai ke ‘penthouse’nya.

Sememangnya Noorul seboleh mungkin tidak mahu menjelmakan diri di hadapan majikannya kerana sudah dua kali Noorul terlanggar Haris sebelum Noorul bekerja sebagai pembantu di rumah Haris. Perlanggaran yang paling teruk di pasar malam apabila, pencicah keropok yang Noorul tengah makan tertumpah di baju Haris dan lelaki itu mengamuk sakan. Perlanggaran tersebut menyebabkan Noorul takut untuk bersua muka dengan Haris kerana Noorul fikir, dia akan kehilangan kerja jika Haris mengetahui siapa pembantu rumahnya.

Selama mana Noorul mampu menyembunyikan identiti dirinya kepada majikannya. Lama-kelamaan, Haris dapat tahu juga siapa pembantu rumahnya. Setelah Haris mengetahui Noorul, gadis yang telah melanggarnya sebanyak dua kali adalah pembantu rumahnya, Haris semakin tegas. Pelbagai peraturan dan arahan yang tidak masuk akal terpaksa Noorul ikuti. Haris lakukan itu semua kerana tidak mahu tertewas dengan perasaannya sendiri. Rupa-rupanya, Haris telah jatuh cinta pandang pertama pada Noorul. Haris melakukan ketegasan keatas Noorul adalah untuk menafikan semua kata hatinya.

Seboleh-bolehnya, Haris mahu Noorul berhenti menjadi pembantu rumahnya dan pergi jauh dari hidupnya. Haris sememangnya tidak lagi mempercayai wanita kerana dia tidak kecundangn pada cinta pertamanya bersama gadis yang sangat dicintai. Haris takut untuk menerima realiti yang dia jatuh cinta sekali lagi.

Noorul, gadis yang terlalu polos, sentiasa menegakkan kebenaran dan mengikut segala peraturan yang dibuat oleh Haris untuk terus mencari rezeki. Nasib Noorul cukup baik kerana Haris mempunyai seorang adik lelaki, Haikal yang sentiasa menyokong Noorul untuk terus bekerja di rumah abangnya. Haikal cukup mengambil berat pasal Noorul, rupa-rupanya, Haikal menaruh harapan pada Noorul. Tetapi, Noorul hanya menganggap Haikal sebagai seorang sahabat.

Malang menimpa hidup Noorul, akibat perbuatan dengki dan khianat seseorang, Noorul dan majikannya Haris di tangkap khalwat. Pelbagai fitnah yang melanda mereka berdua. Demi untuk menjaga nama baik keluarga Haris yang mempunyai pengaruh besar dalam perniagaan, mereka berdua terpaksa disatukan. Bimbangnya hati Noorul hanya Allah saja yang mengetahui.

Noorul cukup risau kerana dia tidak yakin Haris boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Manakan setaraf, pembantu rumah dan majikan. Namun, setelah menjadi suami isteri, andaian Noorul selama ini, betul belaka, layanan Haris terhadapnya tetap sama seperti majikan dan pembantu rumah. Keadaan masih tidak berubah. Tetap sama seperti dulu.

Noorul yang telah jatuh sayang dan cinta pada Haris terpaksa memendam rasa. Siapa yang tidak sayang suamikan? Walaupun perkahwinan mereka adalah satu perkahwinan paksa. Terlalu banyak dugaan yang Noorul perlu tempuhi setelah bergelar isteri kepada Haris dan menantu kepada Datuk dan Datin. Ibu mertua Noorul juga tidak suka pada Noorul. Noorul terpaksa belajar untuk mengambil hati ibu mertuanya.

Mampukah Noorul menangani semua masalah yang melanda hidupnya? Pada mulanya, saya ingatkan Noorul akan kecundang dan terus menerima Haikal dalam hidup kerana tidak tahan dengan perangai Haris yang sering merendah-rendahkan kemampuan dirinya. Rupa-rupanya, andaian saya silap. Noorul seorang insan yang tabah, yang pandai mengambil hati semua orang. Akhirnya, Noorul diterima oleh semua ahli keluarga Haris dan berjaya mengecapi kebahagian seorang isteri.

---
Noor Hekmat

0 comments: