Aug 19, 2011
Ain : Cabaran 50 Buku : (21) Lagu Cinta Buatmu
Tajuk buku : Lagu Cinta Buatmu
Penulis : Qaseh Qaisara
Keluaran : FP(Fajar Pakeer)
Halaman : 491 m/s
Ulasan Ain Sabrina :
Daniel sepatutnya melansungkan perkahwinannya dengan tunangnya, Nadia. Namun di saat akhir Nadia menghilangkan diri. Buntu, Daniel cuba menyelamatkan maruah keluarga, lali dia mencari jalan untuk meneruskan perkahwinannya itu.
Dan kerana itu, dia ditemukan dengan Anis. Demi sayangkan ibu tirinya, Anis terpaksa menjadi penganti pengantin perempuan buat Daniel. Pertemuan dan perkenalan yang hanya sekejap akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Walaupun perkahwinan mereka ini boleh dikategorikan kahwin tak rela, respon mereka berdua seakan mereka rela.
Perkenalan yang sekejap membuatkan mereka menjadi pasangan yang kekok. Tiada bicara di antara pada 2 minggu yang pertama. Daniel yang pendiam manakala Anis yang peramah, ternyata mereka berbeza. Sampaikan ada suatu peristiwa yang berlaku yang membuahkan bicara antara mereka.
Bicara selepas itu datang tanpa dipaksa. Daniel yang pendiam seakan berubah menjadi Anis yang peramah, bercakap tiada henti apabila bersua dengan Anis. Juga ada rasa rindu antara mereka pabila mereka berjauhan. Mereka makin kenal kelemahan dan kelebihan masing-masing . ini membuahkan rasa kasih antara mereka.
Di saat mereka berkongsi kasih yang sama, Nadia muncul kembali. kasih Nadia masih pada Daniel, lalu dia bersungguh cuba merampas Daniel kembali. Ini menguji tahap kasih dan kesetian Daniel buat Anis.
Komen Ain Sabrina :
Kisah novel ini mudah. Kisah pasangan yang ada orang ketiga. Kisah klise yang santai dan tidak berat. Kisahnya dari awal dah boleh diagak pengakhirannya. Apa-apapun saya ‘tabik hormat’ pada kedua-dua watak utama dalam novel ini. watak Anis yang tidak mudah bersangka buruk sedangkan nampak jelas Nadia cuba mengambil hati Daniel kembali. Juga watak Daniel yang setia dan mencuba sedaya baik menghalang salah sangka wujud dalam hati Anis. Perkahwinan mereka walaupun bukan perkahwinan yang berlandaskan cinta namun mereka seakan lengkap melengkapi dan menghargai setiap hari yang wujud dalam perkahwinan mereka.
---
Ain Sabrina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
wah, macam menarik ja saya baca sinopsis cerita nie.. kahwin paksa agak cliche tapi cerita mcm nie yg jdi kesukaan ka.. =)
Post a Comment