Aug 16, 2011
SS: Cabaran 50 Buku : (5) Akulah Cinderella
Tajuk buku : Akulah Cinderella
Penulis : Nozi Danisya
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM18.00
Halaman : 376
Jalan cerita:
Bila terbaca tajuknya akulah Cinderella, terus terbayang cerita dongeng Cinderella; mak dan kakak tiri yang garang, ada labu dan tikus yang bertukar jadi kereta kuda, ada part acu-acu kasut dan akhirnya kahwin dengan putera raja. Tapi dalam novel ini tiada langsung semua perkara-perkara tersebut. Maka, apa kaitannya dengan Cinderella?
Perkara yang digambar oleh penulis sebagai Cinderella ialah apabila watak utamanya, Syah seorang anak yatim piatu yang mempunyai enam orang adik beradik, hidup dalam keadaan yang daif tiba-tiba berpeluang menjalani hidup mewah setelah di bantu oleh Datin Zulaikha yang telah mengambil mereka adik beradik sebagai anak angkat. Datin Zulaikha terhutang budi kerana Syah telah berjaya menyelamatkan nyawanya.
Sebelum menjadi anak angkat Datin Zulaikha, Syah membawa imej tomboy demi tidak menjadi mangsa buli setelah kehilangan kedua orang tuanya. Nak dijadikan cerita, rupanya Shafiq, lelaki yang pernah Syah jumpa beberapa kali dalam beberapa kejadian adalah anak kepada Datin Zulaikha. Hubungan Syah dan Syafiq sebelum ini agak tegang kerana setiap pertemuan ada sahaja pertelingkahan antara mereka. Shafiq digambarkan sebagai seorang yang ego, panas baran dam bermulut celupar.
Persoalan pada blurb adalah; Bolehkan mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboy dan bersikap dingin terhadap Shafiq?
Jawapannya ialah, Syah telah mebuang imej tomboy, menjadi sorang gadis manis dan akhirnya jatuh cinta pada Shafiq, lalu mereka bertunang. Untuk jawapan yang lebih terperinci, silalah membaca novel ini.
Ulasan :
Pada saya, jalan cerita dalam novel ini biasa-biasa saja. Kisah yang bermula dari benci membenci akibat dari beberapa siri pertelingkahan dan akhirnya jatuh cinta. Saya mencari-cari, dimanakah muka surat yang menarik untuk saya mengulang baca buku ini. Tetapi hampa kerana jalan ceritanya agak mendatar.
Saya kurang gemar dengan beberapa dialog di dalam buku ini yang pada saya agar kasar. Ia agak tidak sesuai digunakan kerana digambarkan watak Syah itu seorang kakak yang menjadi contoh kepada adik-adiknya.
Cuma apa yang terlintas di fikiran saya, alangkah indahnya jika dapat bertemu dengan orang yang begitu baik hati dan penyayang seperti Datin Zulaikha yang sanggup mengambil enam orang anak yatim piatu menjadi anak angkatnya dan mengajak mereka tinggal bersama menjadi ahli keluarga serta memberi kemewahan kepada mereka .
“Tumpahkanlah kasih sayang walaupun sedikit cuma kepada anak yatim kerana mereka juga insan yang memerlukannya.”
---
Syena Sharuddin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment