Aug 2, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (13) ENTAH BILA BERSEMI


ENTAH BILA BERSEMI
Penulis : Auni Amauni
Halaman : 454
Harga : RM20.00
Terbitan : Fajar Pakeer
Cetakan 1- 2011


Secara ringkas :

Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Nazifa yang memiliki kehidupan yang cukup sempurna baginya. Sebuah keluarga yang bahagia, sahabat yang setia dan buah hati yang sangat dicintainya. Tetapi segala-galanya berubah dengan kedatangan Faris. Lelaki yang tidak pernah kenal erti putus asa. Setiap apa yang dia mahu akan dia dapatkan. Termasuklah Nazifa. Dia tercabar dengan Nazifa yang seolah-olah tidak menyedari kewujudannya.

Rencana diatur dan Nazifa akan menjadi miliknya. Faris akan berbuat apa sahaja demi mendapatkan Nazifa walaupun melalui cara yang keji sekalipun. Seperti yang dirancang, Nazifa akhirnya jatuh ke tangan Faris. Faris bahagia walaupun Nazifa menderita. Kerana tidak mahu angkara busuk Faris akan mengaibkan keluarganya Nazifa terpaksa menuruti kemahuan Faris dengan berkahwin dengannya. Apabila Nazifa mengambil keputusan untuk mengahwini Faris, dia dibuang keluarga, sahabatnya marah akan tindakan Nazifa yang meninggalkan Saiful kekasih hatinya dahulu begitu sahaja dan Nazifa turut kehilangan Saiful. Lelaki yang sangat dia sayangi. Sekelip mata Nazifa kehilangan segala-galanya. Semuanya angkara Faris! Faris adalah penyebab Nazifa kehilangan segala-galanya dan kerana itu Nazifa sangat membenci Faris walaupun lelaki itu telah bergelar suaminya.

Berbeza dari sudut pandangan Faris. Dia terlalu menyayangi, menyintai dan memuja Nazifa sehinggakan dia sanggup berbuat begitu. Mengugut Nazifa demi memilikinya. Saban hari dia terpaksa berhadapan dengan kerenah Nazifa yang sangat bencikannya. Tetapi Faris tetap sabar dia telah berjanji akan memenangi hati isterinya itu walaupun terpaksa menunggu sekian lamanya.

Mungkinkah Nazifa akan lembut hati dan menerima Faris? Satu persoalan yang memerlukan jawapannya dan Entah Bila Bersemi akan menjawabnya.

Komen saya :

Buah tangan pertama Auni Amauni. Penulis e-novel yang tidak kurang terkenalnya juga. Antara e-novelnya yang menjadi kegemaran saya Virus vs Shuji dan Hak Milikmu. Seorang penulis muda yang berbakat. =) untuk karyanya yang pertama pada saya berjaya menambat hati pembacanya. Watak Faris yang obsess dengan Nazifa sehingga sanggup lakukan apa sahaja demi memiliki wanita itu kadang-kadang agak menakutkan. Buat saya terfikir wujud ke lelaki yang macam nie? tetapi dalam dunia apa-apa pun boleh terjadi. =)

Walaupun watak Faris digambarkan sebegitu, hakikat yang sebenarnya dia seorang yang penyanyang. Semua tu kita nampak bila Faris berdialog dengan ibunya. Faris juga membaca novel dan menulis diari menunjukkan Faris memiliki watak yang sentiasa ingin mendominasi dan juga lembut. Agak menarik watak yang digambarkan. Watak Nazifa juga berjaya dikembangkan dengan baik.

Jalan penceritaannya walaupun agak mendatar sedikit pada permulaannya tidak menggangu mood saya untuk terus membacanya. Sebabnya bila bahagian Nazifa hilang ingatan tu sangat menarik bagi saya. Sangat geram bila ada juga manusia macam Khairy tu, sanggup mengaku isteri orang isteri dia… ish, ish, ish… memang tak patut.
Apa-apa pun pada saya novel ini menghiburkan. =)

XX Quotes : Menarik dan sangat disyorkan untuk dijadikan koleksi. =D

---
Xana

0 comments: