Aug 4, 2011
KK: Cabaran 50 Buku: (27) Ok Ok
Tajuk: Ok Ok
Penulis: Jong Ching Lai
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Muka surat: 232 halaman
ISBN: 978- 983- 46-0582-7
Kata kulit buku:
Ok Ok, hanyalah seekor anak orang utan yang telah diselamatkan oleh Atuk Jabau daripada kejahatan pemburu haram di kampungnya, tapi kehadirannya telah banyak member kesedaran moral terhadap keluarga Jabau dan teman-temannya.
Orang utan tersenarai dalam spesies haiwan terkawal, bagaimananakah keluarga Jabau mengatasi situasi ini? Sanggupkah mereka berpisah? Ikuti dan selamilah bauran perasaan tersebut dalam novel Ok Ok ini.
Kata KK:
Novel kanak-kanak dengan kulit depan yang sangat comel. Kisah tentang anak orang utan bernama Ok Ok yang pelihara oleh datuk Jabau kemudian berpindah ke rumah Jabau kerana datuknya tinggal sendirian. Pada awalnya, Jabau tidak menyukai Ok Ok kerana Ok Ok berbau tetapi setelah dibersihkan, Jabau mula menyayanginya. Malah Jabau dan kawan-kawannya mengisi masa cuti sekolah dengan membuka mini zoo untuk Ok Ok untuk dipertontokan kepada orang ramai. Namun, ada yang nakal telah melepaskan Ok OK dan mendapat balasan dengan tindakan tersebut. Kesannya juga terkena pada Ok Ok.
Novel ini sangat menarik kerana berkisar tentang anak orang utan. Malah didedahkan tentang peliharaan haiwan yang terkawal. Ok Ok mengajak supaya menyayangi binatang dan setiap tindakan yang dilakukan harus difikirkan akibat dikemudian hari sama ada baik atau buruk.
---
Khaulah Khalid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment