Aug 22, 2011
SNF: Cabaran 50 Buku: (2) Kemilau Mutiara Raudhah
Penulis: Saidatul Saffa
Penerbit: Jemari Seni Publishing
[ISBN 978-967-5118-25-8]
Harga: Sem. Malaysia/SabahSarawak RM22.00/RM25.00
M/s: 616
Cetakan 1 – September 2009
Sinopsis
biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki, kerana cinta itu letaknya di hati seorang abadi
Kerana pasir, terbentuknya mutiara.
Kerana tanah, lahirnya manusia.
Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan.
Kembara hati dalam jiwa hamba.
Kembara daripada hina kepada mulia.
Ini kisah kembara hidup.
Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.
Kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya.
Lalu kata mereka, langit kawannya bumi, laut pasangannya pantai, siang temannya malam, petang sahabatnya pagi, isteri pula pendampingnya suami.
Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?
Ulasan
Sepanjang pembacaan saya menerusi novel ini, ada satu perasaan yang sering berlegar dalam diri saya iaitu marah. Itu yang saya dapat jelaskan apabila cuba menghayati setiap watak dalam penceritaan ini terutama watak heroin. Heroin, adalah watak yang agak keras dan mungkin juga boleh dikatakan degil. Ya, kerana dia seperti seorang perempuan islam yang menganggap dirinya hanya layak mendapat balasan kebaikan semata.
Kenapa saya berkata demikian? Raudhah adalah seorang wanita yang amat berpegang dengan Islam dan beruntunglah dia kerana dibesarkan dalam persekitaran yang mengamalkan nilai hidup Islam. Tetapi, ditakdirkan Allah SWT, dia telah berjodoh dengan Izzat yang boleh dikatakan jahil dulunya dan tidak merasai keberuntungan seperti Raudhah. Raudhah terlalu awal menghukum Izzat dan dia tidak dapat menerima Izzat sebagai suaminya walaupun sudah sah diijab kabul.
Tetapi sebenarnya penulisan ini adalah seimbang bagi saya. Penulis mahu memperbaiki situasi. Saya percaya kebanyakan wanita islamik tipikal adalah seperti Raudhah (tidak semua ya). Saya juga teringat satu kata-kata, ‘tiada insan hina yang tidak mempunyai masa depan & tiada insan suci yang tidak mempunyai masa silam’. Semua hamba ada hak untuk mencari kebaikan dan semua hamba tiada hak untuk menghukum terus kejahilan. Percayalah pada kata-kata Allah, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. InsyaAllah.
---
Fazlina Hamid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment