Aug 20, 2011
XX : Cabaran 50 Buku : (14) M.A.I.D.
M.A.I.D.
Penulis : Suri Ryana
Halaman : 753
Harga : RM 26.00
Terbitan : Kaki Novel
Cetakan 6 - 2011
Secara ringkas :
Senang sahaja pandangan Noorul terhadap Harris. Cerewet! Cerewet dalam bahasa inggerisnya orang panggil Fussy. Jadi kesimpulannya Harris yang cerewet = fussy = Mr. F.
Noorul yang terdesak mencari pekerjaan terpaksa menerima tawaran bekerja sebagai pembantu rumah Harris yang pada pandangannya, makhluk paling cerewet pernah dia jumpa!
Sikap Noorul yang kelam-kabut selalu mengundang marah Harris. Ada sahaja benda yang hendak dimarahkan Harris. Kerja-kerja Noorul juga teruk dikritik! Itu tak kena , ini salah, masak tak sedap, lap habuk tak bersih, macam-macam lagi lah sampaikan Noorul dah rasa benci dengan sikap Harris yang cerewet tu. Bak kata Noorul “Muka saja yang hensem tapi perangai cerewet sungguh!”. Tapi secerewet mana pun Harris, Noorul terpaksa dan kena bersabar dengannya disebabkan hendak menjaga periuk nasinya itu.
Pada awal permulaan bekerja dengan Harris, hanya nota-nota kecil yang menghubungkan mereka kerana itu walaupun, sudah lama berkerja sebagai pembantu rumah Noorul tak pernah bersemuka dengan majikannya itu secara rasmi. Tapi selama manapun Noorul cuba mengelak dari berhadapan dengan Harris dia tetap terpaksa bersemuka dengan Harris. Bermacam-macam insiden mencuit hati yang berlaku setelah mereka bersemuka sebabnya sebelum nie mereka selalu bertembung cuma dalam keadaan Noorul selalu melanggar Harris.
Kemudian angkara dendam mereka difitnah dan bermula dari saat itulah, kisah mereka yang pada mulanya hanya majikan dan orang gaji bertukar menjadi suami dan isteri. Suka sama suka tapi tak berani meluahkan perasaan masing-masing menyebabkan mereka meneruskan kehidupan majikan dan orang gaji. Tetapi sampai bila mereka berkeadaan sebegitu? Betulkah Harris langsung tiada perasaan dengan Noorul?
M.A.I.D. penyudah segala persoalan. =)
Komen saya :
Santai, best, tak banyak konflik, senang faham cuma satu ja agak meleret sikit mula-mula cerita nie. =)
Jalan ceritanya mungkin kita akan rasa agak dah biasa tapi penulis berjaya membuat kelainan contohnya cara Noorul dengan Harris berhubung menggunakan nota-nota kecil. Mula-mula kita baca cerita nie kita akan cara mereka berhubung nie unik tapi bila kita dah baca kesuluruhan cerita nie kita akan rasa mereka nie pasangan yang sweet.
Watak Harris yang pada mulanya digambarkan garang, suka marah, tak suka senyum tapi sebenarnya romantik sangat-sangat. Bahagian selepas Noorul dan Harris berkahwin pasti menarik perhatian orang ramai. Dengan lawaknya dengan romantiknya, saya rasa cukup rasa.
Konflik yang tak terlalu berat dan dihabiskan cepat. Gaya bahasanya juga mudah walaupun menggunakan penggunaan aku tapi tak timbul rasa keliru. Tahniah penulis. =)
Tapi keseluruhan cerita nie bagi saya memuaskan. Bagi pembaca-pembaca novel yang sukakan cerita kahwin paksa sangat disyorkan beli novel M.A.I.D. nie sebabnya sangat romantik.
XX Quotes : Best! Sangat di syorkan beli dan dijadikan koleksi. =)
---
Xana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment