Aug 16, 2011
AMAL : Cabaran 50 Buku (14) : Biarkan Aku Pergi
Tajuk Buku : Biarkan Aku Pergi
Penulis : Azlin Ayub
Terbitan : Penerbitan Zharfan
Muka Surat : 92
Ulasan Buku
Buku karya Azlin Ayub ini bertemakan kasih sayang. Sofia merupakan anak angkat kepada pasangan suami isteri Mariam dan Malik. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang anak kandung selepas kematian Malik. Malik sanggup memberikan sebelah buah pinggang kepada Sofia walaupun Sofia bukan anak kandungnya. Ini menunjukkan kasih sayang Malik iaitu ayah angkat Sofia terhadap Sofia tidak berbelah bagi sehingga sanggup menggadaikan nyawanya sendiri. Mariam menyalahkan Sofia apabila suaminya, Malik meninggal dunia sebaik sahaja mendermakan buah pinggangnya kepada Sofia.
“Biarkan Aku Pergi” mengandungi banyak pengajaran yang boleh diambil oleh pembaca. Antaranya, sikap sabar dan tabah Sofia menghadapi segala dugaan yang dialaminya walaupun dia masih muda. Sofia watak utama “Biarkan Aku Pergi” merupakan seorang remaja yang baik hati dan tinggal bersama keluarga angkatnya. Sifat sabar Sofia dengan sikap mak dan ayah angkatnya serta penyakit buah pinggangnya sangat menyentuh hati saya.
Buku terbitan Penerbitan Zharfan banyak mengajar nilai-nilai murni dan pengajaran kepada pembaca. Pembaca pasti mengalirkan air mata apabila menyelami cerita ini.
Sinopsis Belakang Buku
Buku ini mengisahkan tentang dilema yang dihadapi oleh seorang remaja yang bernama sofia. Sofia tidak tahu bahawa dia merupakan anak angkat kepada Mariam dan Malik. Mereka merahsiakan perkara itu daripada pengetahuannya.
Sofia serba salah apabila bertemu semula dengan saudara kandungnya. Walaupun dia gembira tinggal bersama dengan keluarga kandungnya, tetapi dalam masa yang sama dia berasa amat sedih untuk meninggalkan keluarga angkatnya.
Apakah yang terjadi seterusnya? Bacalah buku ini sehingga tamat untuk mengetahui kesudahannnya.
---
Nur Amalina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment