Aug 19, 2011

DN - Cabaran 50 Buku : (14) Nuansa Kota Merah : Khairyn Othman

Nuansa Kota Merah (NKM) merupakan sebuah novel yang mempunyai unsur Islam dan keinsafan. Melalui NKM, Khairyn Othman (KO) membawa pembaca ke satu dimensi yang berbeza zaman dan peradaban serta merentasi benua yang berbeza. Kita dibawa mengenali Dina  yang goyah pegangan agamanya, iaitu Islam. Kemudian, kita turut dibawa mengenali Shuaib dan Salma seterusnya menghayati perjuangan mereka yang mahu menegakkan syiar Islam dengan cara mereka, iaitu berperang.
NKM boleh dikategorikan sebagai salah sebuah naskah sejarah Islam. NKM juga diselitkan unsur cinta namun kisah cinta yang diselitkan bukan seperti kisah cinta sekarang yang agak terpesong tetapi ia adalah kisah cinta yang diredhai. Secara keseluruhan NKM sebuah novel yang penuh pengajaran yang baik untuk kita ambil jadikan pedoman. Saya puas membaca NKM walaupun pada awalnya saya rasa celaru sikit dengan kemunculan mimpi yang dialami Dina dan juga beberapa perkataan atau ayat dari bahasa lain. Walaupun pada akhir novel ini disertakan maksud ayat atau perkataan tersebut tapi alangkah baiknya kalau terjemahan itu diletakkan di bahagian ‘footer’ jadi tak lah susah nak selak ke belakang untuk mengetahui maksud ayat atau perkataa..apa pun TAHNIAH untuk KO yang Berjaya menghasilkan semua novel islam+sejarah+cinta yang begitu ‘sedap’.

0 comments: