Aug 9, 2011

MB : Cabaran 50 Buku : (36) Totto-chan The Little Girl at the Window







Judul : Totto-chan The Little Girl at the Window
Penulis : Tetsuko Kuroyanagi
Terbitan : Kodansha International
ISBN : 978-4-7700-2594-4







1. Little Totto-chan made Japanese publishing history by selling 4,500,000 copies in a single year.

2. Buku ini dicetak kali pertama pada tahun 1981, dan pada penghujung tahun 1982 ia telah memecahkan rekod jualan buku terlaris sepanjang sejarah penerbitan negara Jepun.

3. Edisi bahasa Inggeris mula dikeluarkan pada tahun 1984 dengan diikuti oleh beberapa bahasa lain di dunia selepas itu, antaranya, Chinese, French, Italian, German, Korean, Tagalog, Vietnamese, Indonesian, Thai, Russian, Uyghur, Sinhala, Lao, Telugu, Kannada, Assamese, Hindi, Gujarati, Marathi, Malayalam, dan lain lagi.

4. Mahu memberitahu bahawa buku ini telah berada di seluruh celahan dunia, dan dibaca oleh jutaan manusia.

5. Ketika mula mendapat buku ini, buku ini dihadiahkan seorang kawan kepada saya, saya tertanya-tanya pesona jenis bagaimanakah yang dimiliki buku ini sehingga terjual jutaan naskhah.

6. Buku ini adalah kisah benar penulisnya, Tetsuko Kuroyanagi, yang menulis mengenai pengalaman zaman kanak-kanaknya sewaktu di sekolah. Beliau merupakan kanak-kanak biasa, yang bersekolah di sekolah luar biasa dengan guru yang lebih luar biasa!

7. Setiap hari di sekolahnya, Totto-chan diajar banyak perkara baru, dari hari ke hari, peristiwa demi peristiwa dinukilkan penulis ke atas buku ini. Yang mana kesemua kejadian itu telah mendewasakan dan memahamkannya dalam melihat kehidupan.

8. Buku ini sebenarnya mengajarkan pembaca cara bagaimana seorang anak kecil itu harus diajar dan dibesarkan dengan kaedah yang lebih memberi kebebasan kepada anak tersebut. Dua watak yang sangat berpengaruh kepada penulis dalam buku ini adalah ibunya sendiri dan gurunya, Mr Sosaku Kobayashi. Contohnya pada perenggan ini,

"Mother never told Totto-chan that she must do this or must do that, but when Totto-chan wanted to do something, she would agree, and, without asking all sorts of questions, she would go ahead and make the arrangements." (ms 131)

9. Namun sebagai orang Islam, pastinya kebebasan yang mahu diberikan kepada anak kecil punya syariat yang harus dipatuhi. Kebebasan yang terkawal. Buku ini banyak berkisar tentang pendidikan dalam membesarkan anak. Di rumah, di sekolah, Totto-chan sentiasa mempelajari sesuatu tanpa dipaksa atau disekat perkembangan mindanya, berbeza dengan sekolah-sekolah biasa pada zaman itu. Yang mana, pada pandangan saya, menjadi salah satu faktor mengapa ia mencatat angka jualan yang begitu tinggi.

"At an ordinary elementary school, anyone who taught the children anything would probably have to have teaching qualifications, but Mr Kobayashi didn't worry about things like that. He thought it important for children to learn by actually seeing things done." (ms 134)

10. Dan seperkara lagi yang saya rasa begitu menarik perhatian pembaca adalah buku ini bercerita mengenai kanak-kanak. Dunia yang penuh keriangan, keceriaan. Dan sering menampakkan hal-hal lucu dari kanak-kanak tersebut, sehingga membuat pembaca sukar untuk menghentikan bacaan.

11. Bab demi bab disusun begitu menarik, membuat pembaca membaca dari satu kisah ke satu kisah yang lain dengan mudah. Menurut penulisnya, beliau menuliskan kisah silamnya di waktu kanak-kanak, yang bersekolah di sekolah yang hebat, adalah untuk berkongsi rasa dengan orang ramai, betapa sekolah seperti Tomoe (nama sekolahnya) patut diwujudkan lebih banyak lagi yang mana memiliki sistem pengajaran yang tidak statik seperti sekolah-sekolah lainnya, sehingga anak-anak berasa sangat seronok untuk ke sekolah.

"I am quite sure that if there were schools now like Tomoe, there would be less of the violence we hear so much of today and fewer school dropouts. At Tomoe nobody wanted to go home when school was over. And in the morning we could hardly wait to get there. It was that kind of school." (ms 194)

12. Satu lagi faktor yang saya rasakan mengapa buku ini diminati adalah kerana ia bermain dengan emosi pembaca. Pada awal penceritaan, pembaca dihidangkan dengan kisah kanak-kanak comel bersekolah dengan peristiwa-peristiwa yang lucu yang dialami. Namun pada akhirnya, pembaca disentap simpatinya dengan kisah-kisah yang sedih. Seperti kematian seorang rakan Totto-chan, anjingnya hilang/mati, dan sekolahnya terbakar akibat di bom semasa meletusnya peperangan dengan Amerika.

13. Beberapa perkara yang disebutkan itu menjadi antara ramuan yang mengangkat buku ini sehingga dikenali di seluruh dunia. Buku ini memang menarik, seronok membacanya. Kalau boleh saya katakan, Laskar Pelangi karya Andrea Hirata, saling tak tumpah gaya dan persembahannya dengan Totto-chan ini.

14. Buku ini boleh diperolehi di toko-toko buku ternama, dalam pelbagai bahasa. Bacalah, dan ambil manfaat darinya.

*terima kasih kawan yang menghadiahkan

---
Melihat Buku

0 comments: