Aug 20, 2011
XX : Cabaran 50 Buku : (16) Sweet Sour
SWEET SOUR
Penulis : Nasz
Halaman : 570
Harga : RM 21.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1, 2, 3, 4 - 2010
Secara ringkas :
Zarul dan Alia, bertahun lama menyulam cinta tapi dah ditakdirkan jodoh Alia bukan dengan Zarul. Bahkan jodohnya dengan abang kepada Zarul sendiri!
7 tahun bersama Zarul, bukan satu tempoh yang singkat tapi Alia dihampakan dengan sekeping kad jemputan perkahwinan Zarul yang diberi oleh Zarul sendiri. Betapa hancur luluhnya hati Alia, terasa dirinya dipermainkan.
Pada masa yang sama Joe cuba memenangi hati Alia, Cuma Alia saja yang tidak sedar akan kehadiran Joe. Sehinggalah Joe mahu mengahwini Alia. Alia yang ketika itu masih marah dengan perbuatan Zarul terus menerima lamaran Joe dan mereka berkahwin walaupun Alia tak cintakan Joe.
“Aku pun boleh kahwin dengan orang lain macam dia buat. kita jadi satu keluarga, habis cerita!” -Alia
Setelah berkahwin disangkakan semuanya akan reda. Tapi Alia masih menaruh perasaan dengan Zarul, Zarul pula seolah-olah mengabaikan isterinya hanya untuk Alia. Joe sedar akan semua yang berlaku tetapi dia ada cara lain untuk selesaikan masalah nie. kalau dulu dia berjaya jadikan Alia sebagai miliknya sekarang dia akan pastikan hati Alia hanya untuknya.
Rancangan apa yang Joe lakukan? Alia bercinta dengan adik ipar sendiri? Tetapi akhirnya rahsia mengenai Alia yang tersimpan kemas selama ini berjaya Joe bongkarkan. Apa rahsia tu? Kenapa Alia sangat bencikan Joe setelah perkara sebenar terbongkar?
Novel yang penuh kekusutan yang perlu dileraikan. Sweet Sour cukup rasanya untuk menjawab persoalan anda. =)
Komen saya :
Jodoh kita tak semestinya dengan orang yang kita sayang. Bercinta macam nak rak sekali pun belum tentu jodoh kita dengan dia. =) macam tu la cerita Sweet Sour nie.
Pada permulaan bab kita diperkenalkan dengan watak Zarul dan Alia yang sedang bercinta walaupun tak secara terang-terangan tetapi kita boleh agak Zarul dengan Alia ada perasaan cinta. Tapi rupa-rupanya bukan Zarul heronya. Zarul tu watak sampingan saja. Sebabnya Joe Jambul lebih mendominasi jalan cerita nie. bila dah nak habis kita baca novel nie kita akan rasa Zarul nie pulak orang ketiga yang cuba nak pisahkan Lia dari Joe padahal awal cerita kita akan nampak Joe sebagai watak jahat yang cuba rampas kekasih adik sendiri.
Tapi bila Alia dah kahwin dengan saya pula yang rasa happy, maknanya terkesan apa yang penulis cuba gambarkan. Bila Alia dengan Joe dah berkahwin, Joe saya nampak seorang suami yang sangat penyabar. Sangat-sangat penyabar. Walaupun Alia cakap anaknya anak Zarul, Alia lari dari rumah, Alia dingin dengan dia tapi Joe tetap sabar dan maafkan Alia. Memang Joe saya nampak sebagai suami yang terbaik abad ke-21… hehe
Pendapat saya, cerita nie bila kita baca kita tak sedar masa berlalu sebab terlalu asyik dengan kisah Alia dan Joe. Cerita yang best dan sempoi tapi pada masa yang sama menghiburkan buatkan kita tersenyum ditambah lagi ada juga bahagian-bahagian yang lawak tergelak dibuatnya bila baca. =)
Mengenai cara penulisan penulis, bagi saya Nasz berjaya selitkan unsur-unsur suspen. Sebabnya saya terkejut juga mula-mula tu, bercinta punya lama dengan Alia tup-tup Zarul serahkan kad kahwinnya kepada Alia. Kemudia di hujung cerita bila asal-usul Alia dibangkitkan. Macam mana Joe rangka rancangannya untuk dapatkan Alia dengan teliti! Betul-betul tak sangka.
Sangat setuju dengan ayat di belakang cover novel ni.
“Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia? Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya Nasz ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona.”
XX Quotes : Seriously, kita akan ulang baca novel nie lepas dah sekali baca. Tak percaya? Cuba lah baca. =)
---
Xana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
xana, i agreed with ur last quote...lps habis baca sweet sour, i terus ulang balik baca...best giler bukat setakat sekali beribu2 kali sampai lunyai kulit novel...hahahaa
thanks xixi...haha.. yes, sweet sour mg best! =) rugi kalau tak baca kan.
Post a Comment