Aug 16, 2011

AMAL : Cabaran 50 Buku (15) : Bilik 616




Tajuk Buku : Bilik 616
Penulis : Zaifuzaman Ahmad
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 538




Ulasan Buku

‘Bilik 616’ pasti memuaskan peminat-peminat mistik seperti saya. Saya salah seorang peminat cerita mistik seperti karya Zaifuzaman Ahmad. ‘Bilik 616’ mempunyai jalan cerita yang menarik dan penuh kejutan. 538 muka surat bagaikan tidak terasa tebal apabila saya berjaya menghabiskan bacaan saya dalam masa sehari sahaja. saya yakin ‘Bilik 616’ ini pasti dinanti-nantikan oleh peminat cerita mistik yang penuh misteri.

‘Bilik 616’ terbitan Buku Prima ini mengisahkan sebuah bilik di Sri Melayu Resort di Melaka yang penuh misteri dan mistik apabila sesiapa sahaja yang menghuni bilik tersebut pasti akan hilang tanpa meninggalkan kesan punca kehilangannya. Pengurus resort tersebut hilang punca apabila kes pelanggannya hilang sering berlaku di resortnya. Irene, pengurus resort mengupah seorang wartawan cerita mistik dan geng momok.com mencari punca kehilangan pelanggan-pelanggannya yang menghuni bilik 616 setelah kegagalan anggota polis menyelesaikan kes tersebut. Mereka berjaya mencari jawapan kehilangan penghuni-penghuni bilik 616 tetapi salah seorang diantara mereka turut menjadi korban bilik 616 apabila dia juga didapati hilang seperti mangsa-mangsa yang lain.

Buku karya Zaifuzaman Ahmad ini menarik perhatian saya dan saya pasti menanti keluaran karya mistiknya yang akan datang. Tahniah kepada penulis!! Saya sangat berpuas hati dengan karya anda dan saya terus menyokong anda menerbitkan karya-karya mistik yang penuh dengan misteri.


Sinopsis

Satu kejadian aneh berlaku di sebuah resort di Negeri Hang Tuah, Melaka. Dengan tidak semena-mena beberapa orang pengunjung yang datang menginap di resort ini tiba-tiba hilang secara misteri. Kehilangan secara misteri itu telah dihidu oleh seorang wartawan bernama Azhar. Dia berminat untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang kehilangan beberapa orang di resort itu. Baginya, kehilangan misteri itu serupa dengan kehilangan yang pernah ditulis di dalam majalahnya itu. Namun permintaan Azhar tidak dilayan oleh pengurus resort itu, Irene. Kejadian misteri itu berulang lagi menyebabkan pelbagai spekulasi buruk menimpa resort tersebut. Irene mula berasakan jika kejadian ini tidak dibendung, ianya akan menyebabkan resort itu hilang pendapatan. Irene menjadi buntu memikirkan hal ini dan akhirnya dia bersetuju dengan Azhar untuk membongkar misteri itu.

“Kehilangan mereka terlalu misteri. Tak ada siapa nampak dan taka ada siapa yang tahu macam mana mereka boleh hilang. Peliknya mereka ghaib macam tu aje.” –Irene

“Mangsa-mangsa yang hilang kali ini tidak dikembalikan. Kalau begitu ke mana mereka pergi?” – Roslan

“Apa yang Irene fikirkan sebenarnya ni? Papa tak faham. Tiba-tiba papa rase macam papa dah tak kenal anak papa sendiri.” – Robert Tan

“Dari pemeriksaan pihak forensic memang terdapat rekahan pada tengkorak Carina Wong. Perempuan itu diketuk dengan satu benda tumpul dengan ketukan yang cukup kuat.” – Azhar

---
Nur Amalina

4 comments:

Anonymous said...

best ke novel ni? saya tgk mcm best jugak. rasa cam nak beli

Syamimi said...

wah,macam best lak buku nie,dah beli tapi blum baca lagi,
:D

Anonymous said...

best sangat baca buku Bilik 616... awesome book ever!

Anonymous said...

Wah! Best lah cite nih! Gempak habis! :D