Oct 21, 2011
AMAL : Cabaran 50 Buku (21) : Humor Dalam Pengajian
Tajuk Buku : Humor Dalam Pengajian
Penulis : Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz, Abdul Rashid Mohamed
Terbitan : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
Muka Surat : 136
Ulasan
Buku ini sangat berguna kepada ibubapa dan guru yang tidak jemu dan berputus asa menaburkan jasa demi mendidik anak bangsa. Beberapa tips mengajar telah disediakan oleh penulis bagi membantu pengajar atau guru bagi menghidupkan suasana belajar yang seronok dan ceria. Antara tips-tips penulis ialah menggunakan cerita, sindiran dan aksi dalam pembelajaran. Selain itu menggunakan bahan kartun daripada akhbar dan majalah. Penggunaan muzik, dan lagu dalam pembelajaran juga antara tips-tips yang disenaraikan oleh penulis.
Mengajar bukan tugas yang mudah. Tanggungjawab seorang guru sangat besar. Guru memerlukan kesabaran, ketabahan, kecekalan yang kuat. Selain itu, kemahiran dalam mengajar juga sangat penting bagi menarik minat pelajar. Oleh itu, buku ini sangat sesuai bagi guru-guru dan bakal guru untuk menambah ilmu dan mempraktikkannya dalam pembelajaran terhadap pelajar-pelajar. Pelajar yang berjaya bermula daripada minat mereka terhadap belajar. Jadi, guru-guru perlu menarik minat pelajar terlebih dahulu sebelum mengharapkan pelajar tersebut berjaya dalam pelajaran mereka. Guru boleh menggunakan unsur humor seperti cerita lucu, aksi lucu, serta bahan kartun daripada akhbar dan majalah sebagai strategi atau teknik dalam pembelajaran. Penggunaan unsur seperti ini dapat menghidupkan suasana yang seronok, bukan sahaja dalam diri pelajar bahkan juga dalam diri guru itu sendiri. Suasana seperti ini membolehkan proses penyampaian dan penerimaan ilmu menjadi seria, dantai, berkesan dan bermanfaat.
Kulit Belakang Buku
Guru perlu mempunyai seni mengajar. Ramai yang mampu mengajar tetapi bukan semua orang dapat mengajar dengan baik, menarik dan berkesan. Menggunakan humor semasa mengajar diyakini dapat menjadikan sesi belajar lebih seronok, ceria dan berkesan.
Buku ini membantu guru memahami, apa itu humor, kepentingan humor semasa mengajar, kebaikannya pada minda dan kesihatan, keperluan humor di dalam bilik darjah menggunakan cerita lucu, anekdot, aksi lucu serta bahan kartun daripada akhbar dan majalah.
Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed adalah dekan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Dr. Abdul Ghani Abdullah dan Abd. Rahman Abd Aziz adalah pensyarah di pusat pengajian yang sama.
---
Nur Amalina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment