Penulis : Nazurah Aishah, Rnysa, Nasz
Halaman : 569
Harga : RM 21.50
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2010
Secara ringkas :
Tiga cerita kehidupan dalam satu WARNA.
Warna I ~ Bukan dipaksa oleh Nazurah Aishah.
“Ayu tak boleh terima abang…”
“Abang nak kita nikah… titik…”
Kenapa Ayu tak nak terima lamaran Affan? Sedangkan mereka bercinta bukannya sekejap tetapi dah lama sejak di bangku sekolah lagi. Mungkin disebabkan Ayu hanyalah seorang cikgu sekolah menengah Hajah Norma tak sudi bermenantukannya mana sesuai cikgu nak digandingkan dengan seorang doktor lulusan luar negara seperti Affan. Dari awal lagi Affan mahu meminangkan Ayu… tapi Ayu bermati-matian menolaknya. Katanya tak mahu pisang berbuah dua kali, takut hatinya akan terluka lagi. Lagi pula, bukan salahnya tetapi Affan yang memungkiri janji mereka. Bagi Affan dia lakukan semua itu kerana terpaksa! Bukan kerelaan hatinya. Sampai bila mereka akan begini dan tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak bernama Alani Hadfina Nayli memanggil Affan papa dan Ayu mummy. Apa hubungan mereka bertiga sebenarnya?
Warna II ~ Hikari Ainori oleh Rnysa
Umar, pertama kali bertemu dia telah berani untuk menegur Hazel mengenai kewajipannya sebagai seorang muslimah yang wajib memakai tudung. Dalam diam ada rasa yang bertamu di dalam hati masing-masing ketika pertemuan pertama itu cuma terlalu awal untuk mengakuinya. Hazel yang merasakan ada ruang kosong dalam dirinya mula mencari penawarnya, dia merasakan dia jauh dari Tuhan dan tak memahami apa itu islam yang sebenarnya. Hazel mula berubah untuk mencari Cahaya Illahi itu. Penampilannya sudah berubah dan adabnya mula dijaga dengan teliti sehinggakan tunangnya sendiri merasa terpinggir dek kerana prinsip Hazel yang tegas tidak mahu berjumpa dengan lelaki bukan mahram tanpa ada mahram lain.
Rafiqque cuba untuk memahami Hazel tapi padanya Hazel seolah-olah tidak memberi peluang kepadanya. Tak disangka-sangkakan Ayuni, kekasih lamanya muncul. Rafiqque mula sedar yang dia tidak boleh menerima Hazel sebagai isteri. Hazel tenang menghadapi hal ini ketika Rafiqque secara baik meminta tali pertunangan mereka diputuskan. Kemudian Hazel bertemu dengan Rayyan lelaki Jepun pada mula di sangkanya berdasarkan penampilan lelaki itu. Siapa Rayyan dan kenapa dia berkata mereka pernah bertemu sebelum ini?
Warna III ~ Karamel oleh Nasz
Nak jadi setiausaha tak susah. Itulah yang Nory Ana katakana tapi bila yang jadi bos itu adalah Encik+Tak+Berapa+Arif itu yang jadi masalahnya. Serba serbi apa yang Ana lakukan tak kena pada mata Arif. Ada sahaja modal yang nak digunakan untuk memarahi Ana. Sampaikan tukar tayar pun Ana yang buat! lelaki jenis apa Arif ini. Dengan pekerja lain elok saja pekerti Arif berbahasa tetapi dengan Ana? Jauh panggang dari api… kena marah lagi adalah. Tapi Ana sabar, kalau bukan sebab dia tak dapat cari kerja di tempat lain dah lama Ana angkat kaki dari situ. Entah kenapa Arif marahkan sangat Ana? Ana pernah reject Arif masa mereka darjah satu ke? Takkan sebab benda kecil tu Arif berdendam?
Karamel ada jawapannya. Tapi yang pasti Ana dan Arif nie macam Ayam dengan Itik ada masalah komunikasi sampaikan masalah kecil jadi besar. Kenapa ya?
Komen saya :
Pada mulanya saya beli novel ni disebabkan karya Nasz, tapi bila sudah mula membacanya saya terus jatuh hati dengan penulisan Nazurah Aishah pula. Nampak gayanya novel tulisan beliau pula yang saya beli lepas nie. =)
Warna I ~ Wah, nie kali pertama baca penulisan Nazurah Aishah, lepas tu terus jatuh cinta. Lepas nie saya nak kena beli Lili Buat Najah dan Melur Bunga Ivy pula. Cerita bukan dipaksa nie ringkas dan tak memeningkan tapi menibulkan banyak persoalan! Pada pendapat saya unsur suspen yang penulis selitkan sangat berkesan sebabnya dia berjaya buat saya tertanya-tanya kenapa Ayu tak nak terima lamaran Affan. Kemudian penulis lagi sekali berjaya kaburkan pandangan pembaca tentang status Ayu dengan Affan yang sebenarnya. Tiba-tiba di pengakhiran cerita baru kita tahu yang Ayu dengan Affan pernah berkahwin dan dah anak pun! Bahagian anak tu betul-betul saya tak duga. Paling kurang pun saya agak Ayu tak nak terima Affan sebab kena hina dengan ibu Affan ja. Tapi rupanya sebab Ayu dah pernah kena cerai. Wah, masa nie betul-betul kagum dengan penulis. =) Tahniah.
Warna II ~ Hikari Ainori. Satu kisah yang menarik berlatar belakangkan masyarakat Jepun yang mana buat saya teruja bila membacanya. Tak dapat ke Jepun pun tak apa sebab Rnysa dah ‘bawa’ saya ke sana. =) Kisah Hazel dengan Umar sangat menarik pada saya cara pertemuan mereka sangat sweet pada saya, Umar berani menegur Hazel tentang pemakaian tudung buat saya rasa yang Umar nie gentlemen. Kemudian setelah lama terpisah Hazel bertemu semula dengan Umar tapi bukan sebagai identity Umar lagi, sebagai Rayyan pula! Lelaki yang berambut perang dan cacak ala-ala Naruto. Keseluruhannya watak dan jalan cerita diolah dengan cemerlang! Saya suka… hehe.
Pertengahan cerita, saya tiba-tiba rasa ‘Deja vu’… watak Hazel dengan Umar tu saya tak ada masalah tapi bila watak Adriena Ayuni saya rasa macam sesuatu ja. Lama saya fikir. Tapi tak dapat jugak, saya pun teruskan membaca. Watak Rashdan pula muncul… rasa balik déjà vu tu. Tak dapat tangkap lagi. Tiba-tiba ada sebut pasal Burung Albatros… Ting! Mentol menyala dalam kepala. Dah ingat dah. Kebun mimpi ceritera III ~ Albatros : Antara langit dan bumi. Wah, lepas tu terus semangat baca cerita nie sebab nak tau pengakhiran Adriena macam mana. Dulu dalam Kebun Mimpi macam tergantung tak tau Adriena dengan Rashdan ataupun Atiq sekarang dah tau rupa-rupanya dengan abang Rashdan, Rafiqque!
Warna III ~ Karamel, sebab utama kenapa WARNA ada dalam koleksi novel saya. Macam biasa Nasz dengan gaya penulisannya yang santai dan memikat hati. Cuma pada pandangan saya Sweet Sour lebih seronok dan santai. Karamel pun tak kurang hebatnya cuma masih boleh diperbaiki lagi. Watak heronya kurang menarik pada saya tetapi heroinnya best, sangat cool dan lawak. Jalan ceritanya agak mendatar mula-mula, tapi bila dah pertengahan baru saya rasa cerita nie menarik. Adegan-adegan bergaduh memang lawak tapi belum sampai tahap kita tergelak cuma boleh buat kita tersenyum sorang-sorang bacanya. Apa taknya ada ke patut lelaki tak tau tukar tayar kereta lepas tu perempuan pulak yang kena tukarkan? Manalah tak senyum.
XX Quotes : Rugi kalau tak dijadikan salah sebuah koleksi novel kita. Senang cakap… baik beli tidak menyesal. =)
---
Xana
Oct 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment