Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN 978-983-893-935-5
Harga: RM22.90 / RM25.90
M/S: 444
Cetakan 2011
Kasihnya jauh tercicir
Blurb:
Dia selesa hidup di dalam kesederhanaan. Kemewahan padanya sering melalaikan. Punca ayah lupa diri, lupa tanggungjawab dan lupa pada mamanya yang setia. Mama yang sebelum ini menjadi tulang belakang kepada empayar yang dibina. Tercabar dan dicabar; tidak menjadi kudis padanya. Melayan rasa sakit hati jua hanya membuang masa. Dia memiliki prinsip diri yang harus dipertahankan dan dihormati. Lalu kedudukan itu bukan ukurannya.
Kak Chik menukil:
Dia menyisihkan diri dari ayah sendiri kerana terlalu kecewa. Apatah lagi mama yang selama ini menjadi tulang belakang ayah tega dilukai sebegitu. Kenapa harus kemewahan yang dikejar ayah selama ini menjadikan ayah lelaki yang tidak dia dan mama kenali lagi?
Dia tega menempuh segala cemuhan namun untuk kembali kepada si ayah tidak sekali dia merayu. Orang sekeliling tidak pernah tahu bahawa dia sememangnya anak tunggal kepada ayah yang terkenal; terkenal kerana harta tetapi lebih dia malu kerana si ayah lebih terkenal kerana sikap yang sering menjadi gossip di dada media masa.
Kenapa manusia sering kali memandang pada yang cantik dan kaya harta sahaja? Dia yang berkhidmat dengan segala daya usaha juga tidak pernah dihormati waima dijaga perasaan disebabkan kekurangan diri pada hemat mereka. Yang lebih dia terguris lelaki-lelaki di sekeliling yang sepatutnya menjadi pelindung wanita sewenang-wenangnya mengutuk dan merendahkan martabatnya sebagai seorang manusia.
Namun begitu tidak selamanya dia tega berdiam diri kerana pada dia harus sentiasa melangkah dan terus melangkah untuk kebaikan diri sendiri. Pada dia segala peluang yang ada harus diraih dan mengapa tidak dia belajar untuk memaafkan pada suatu kesalahan?
Bahagiakah yang menanti jika itu keputusan yang dipilih? Mengapa mesti hanya pesanan itu yang ditinggalkan buat pendampingnya?
Sudut pandang Kak Chik:
Akhirnya dapat juga Kak Chik miliki naskhah ini, buat ganti pada naskhah yang sudah hilang bertahun lalu. Terubat rindu pada Iqa yang sentiasa tenang dan berdikari. Pada Kak Chik karya ini walaupun sedikit ringan tapi masih ada nilai estetikanya.
Walaupun sudah bertahun tidak membaca karya ini, setiap kali dibaca mesti ada perasaan benci pada Nik Ariff. Mungkin pada orang lain, dia lelaki yang nampak serba romantic tp pada Kak Chik watak Nik Ariff dibangunkan seperti terlebih romantik dan cara penerimaan Atiqah juga seperti terlalu ‘murah’ sedangkan sedari awal Nik Ariff suka mengutuk Atiqah dan memandang rendah pada gadis itu. Nik Ariff sering berprasangka buruk pada Atiqah kerana padanya tiada apa pada gadis yang tergedik-gedik tersenyum dan berbuat baik pada ibunya.
Masih ada lompong-lompong yang tertinggal tidak tertampal seperti pengakhiran kisah Zakiah yang terlalu sopan, hilangnya June dari rumah sewanya terlalu senang dan penamat pada perjalanan bisnes Tuan Ahmad dan Faizal serta keangguhan Kasmah tanpa pembalasan. Sesuatu yang Kak Chik tidak suka pada Iqa kerana dari satu sisi dia bagaikan membiarkan Nik Ariff mengambil kesempatan ke atasnya tanpa usaha untuk mengelak. Kak Chik tak suka perihal itu!
Namun begitu Kak Chik sangat suka ketegasan mama Atiqah menolak pelawaan bekas suaminya kerana bukanlah sesuatu yang senang untuk kita melupakan walaupun kata maaf sudah berpuluh kali diberi.
Penamat yang kita harap mampu menjadikan kita juga tidak terlalai seperti Datuk Marzuki.
LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment