Oct 22, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (24) Yong Tau Foo

YONG TAU FOO
Penulis : Faizal Dzasrik
Halaman : 396
Harga : RM 21.90
Terbitan : PTS ONE
Cetakan 1 - 2007


Secara ringkas :

Disebabkan angkara jahat orang yang dianggapnya sebagai sahabat, hidup Adibah telah musnah. Dia diperangkap sehari sebelum hari peperiksaan pentingnya. Natijahnya, dia gagal dalam matapelajaran bahasa inggerisnya. Perkatan ‘GAGAL’ yang tertulis di sijil keputusan peperiksaannya membuatkan dirinya seringkali gagal dalam temuduga untuk mendapatkan kerja dan dia terpaksa menjadi penganggur walaupun hakikatnya Adibah seorang yang bijak.

Adibah atau Yong hanya membuat kuih dan dijual digerai-gerai berhampiran bagi mendapatkan duitnya. Sedih bukan? Tetapi mujur ada abang Salleh sebagai pengubat hati. Dialah racun dialah madu bagi Adibah. Tapi malangnya hubungan yang dijalin sejak mereka sekolah lagi mendapat tentangan dari ibu Salleh. Mereka terpaksa berpisah.

Adibah cuba bangkit dari jatuh. Mujurlah ada Taufik dan emaknya dibelakang yang sentiasa membantunya. Mereka satu keluarga sangat suka memakan Yong Tau Foo… siapa sangka bermula dari suka akhirnya menjadi punca pendapatan mereka! Tapi perjalanan sebagai usahawan muda yang berjaya tak semudah yang disangka Adibah. Ada saja orang yang berdengki.

Hidup Adibah lagi sekali teruji. Sudahlah dalam hal pelajaran dia ‘gagal’. Kecundang pula dalam percintaan. Adakah dalam perniagaan pun Adibah akan tewas?

Yong Tau Foo sesedap rasa, sedap lagi cerita yang digarap Faizal Dzasrik.


Komen saya :

Best gila! Tu ayat yang saya nak gambarkan cerita nie. =)

Kita pasti terhibur dengan keletah Adibah(Yong), Taufik(Tau) dan Ah Foo(Foo). Silap haribulan orang akan ingat kita nie tak betul. Yala tiba-tiba ja gelak seorang diri baca cerita nie. Ayat yang penulis gunakan sangat bersahaja dan lawak. Lawaknya pula bukan hanya buat kita tersenyum tapi siap gelak terbahak-bahak lagi. Sebab tu saya syorkan kalau nak baca buku nie, bacalah seorang diri dalam bilik. Jangan depan orang ramai. Takut orang salah faham dengan kita nanti. =)

Dalam kita bergelak ketawa tu, penulis tak lupa terapkan unsur-unsur positif. Saya boleh nampak apa yang penulis cuba sampaikan. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita nie dan adaptasikan dalam dunia kita yang realiti. Antaranya, gagal dalam peperiksaan tak bermakna kita nie tak pandai. Sijil tu tak mampu mengukur kita sebabnya kita boleh jadi lebih baik dari masa ke semasa. Bila kita dipertemukan dengan orang yang salah bermakna Tuhan dah sediakan orang yang jauh lebih baik untuk jadi pedamping kita. Dan seperkara lagi yang saya belajar berdendam takkan membawa kita ke mana. Bahkan akan merosakkan diri sendiri.

Apa pun saya rasa apa yang penulis cuba sampaikan. Gagal sekali tak bermakna kita akan gagal selamanya. =)

XX Quotes : Sangat-sangat disyorkan beli dan baca karya tulisan Faizal Dzasrik. Nescaya tak rugi punyalah. Kita berhibur, bergelak ketawa tapi pada masa yang sama ada mesej untuk kita pelajari. =) Ini yang pembaca nak.

---
Xana

0 comments: