Oct 17, 2011
Ain : Cabaran 50 Buku : (27) aA+bB
Tajuk buku : aA + bB
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 495 m/s
Ulasan Ain Sabrina :
Kisah Aa+Bb adalah kesinambungan kisah Tunas. Masih berkisar kisah Addin. Namun Kisah Addin yang lebih dewasa. Kini Addin bukan lagi budak sekolah yang asyik nak buat jenayah sekolah, addin yang dewasa kini ada tanggungjawab yang lebih besar.
Kisah dimulakan dengan perkenalannya dengan Aie di saat dia tersesat di Leiden. Perkenalan mereka tidak berhenti di situ. Selepas itu, mereka kembali terserempak di Malaysia. Dari hanya bertukar email, maju ke ‘chatting’ sentiasa dan akhirnya bertukar nombor telefon. Di saat itu, watak Benz kembali muncul. Bukan muncul sebagai kawan lama, namun muncul sebagai calon suami Addin pilihan ibu dan ayah Addin. Di saat dibelengu dengan masalah demi masalah, Aie jadi teman untuk Addin meluahkan masalah.
Dalam tidak mahu, dalam tiada rasa cinta, akhirnya mereka jadi suami isteri. Suami isteri hanya pada nama. Bersua, bercakap bagaikan orang asing. Kucai menjadi orang tengah, cuba merapatkan mereka, kerana dia tahu ada rasa yang termetrai antara mereka berdua.
Peristiwa mereka dikejut dengan lawatan mengejut ibu dan ayah Benz memaksa mereka menjadi pelakon, menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas itu, ada peristiwa yang menimpa Addin, sedih, Benz jadi teman.
Tak cukup dengan itu, Nina, adik Benz, menjadi salah seorang ahli rumah mereka. Mahu atau tidak, sekali lagi terpaksa mereka lakonkan watak ‘ayong’ dan watak ‘along’ dalam versi suami isteri bahagia. Panggilan nama sudah bertukar, Didi dan Benji . Dan tanpa mereka sedar, hubungan yang kekok sebelum ini, kembali damai. Seminggu Benz menghilang kerana Outstation, ada rasa rindu yang muncul dalam hati Addin, juga ada rasa rindu pada Addin dalam hati Benz.
Di saat hubungan mereka baru mekar, ada rahsia Benz yang baru diketahui Addin. Rasa tertipu, Addin kembali menjadikan Benz sebagai orang asing. Mujur ada watak Kucai dan Chik yang mengharmonikan kembali segalanya. Di saat mereka sudah menerima satu sama lain sebagai suami isteri yang sebenar, mereka sekali lagi ditimpa dugaan yang menjadikan Addin seperti insan lain.
Komen Ain Sabrina :
Seperti saya katakana sebelum ini , saya memang peminat karya Hlovate dan dalam banyak-banyak karya Hlovate, saya paling suka karya yang ini. Mungkin sebab kisahnya panjang. Perhubungan Addin dan Benz yang dari sekolah akhirnya termetrai menjadi hubungan halal, suami dan isteri. Dari cinta monyet, dari bermusuhan akhirnya mereka jadi pasangan yang paling romantik.
Watak Benz boleh membuatkan saya yang membaca turut jatuh cinta seperti Addin.dan mungkin juga kerana watak Addin, seorang doktor membuatkan saya juga terasa saya adalah watak utama saat membacanya. ^^ berangan sekali namanya. Cerita ini membuatkan saya berangan hinggakan ada satu persamaan matematik saya buat dahulu : doktor + engineer = happy family. Haha mungkin persamaan iu dipengaruhi dengan kehidupan saya waktu itu. Sehinggakan ada kawan-kawan pernah bagi kad ‘happy birthday’ pada saya, bercakap pasal benda ini. Pabila teringat balik, nak tergelak pun ada. ^^
Watak Benz yang paling menarik hati saya, adalah di saat dia sama-sama ada di saat Addin jatuh. Di saat Addin rasa putus asa dengan kehidupan, Benz menjadi teman setia Addin. Dan saya amat suka babak dimana mereka sama-sama membetulkan diri masing-masing dan mendekatkan kembali dengan Maha Pencipta. Dan sekali lagi, bila rezeki itu ada, mereka menjaganya bersungguh-sungguh dan saya sangat-sangat suka cara Benji menjaga. Dan ini dialog yang saya suka
Addin : “ u sound like an O&G doc, psychiatrict, dietrician, maternity nurse and ustaz rolled into one”
Benz : “ it’s called a daddy in a hubby“
---
Ain Sabrina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment