Oct 21, 2011

KK: Cabaran 50 Buku: (37) Contengan Jalanan

Tajuk: Contengan Jalanan
Pengarang: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Halaman: 262 + 291 muka surat
ISBN: 978-967-5118-53-1
Harga: RM21.00 (Sem. M'sia)/ RM24.00 (Sabah/Sarawak)


Kata kulit buku:

Dua contengan dalam satu coretan ~ Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan

Kata KK:

Pertamanya dua cerita berbeza tapi dengan satu tema iaitu "the man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th.”

Kedua, buku ini saya beli ketika di pesta buku 2011. Perasaan saya tidaklah teruja seperti orang lain sebaik saja melihat buku ini kerana kisah pertama pernah disiarkan diblognya pada ramadhan tahun lepas. Maka, awal ramadhan tahun ini saya yang ingin semarakkan ramadhan mula membuka lembaran buku ini. Cuba mendapatkan roh ramadhan dengan perjalanan seorang Fend.

Ketiga, mari saya kisahkan tentang Fend. Fend, hatinya mudah tersentuh iaitu mudah saja dia menerima hidayah hanya dari kata-kata seorang perempuan. Maka, ketika di bulan ramadhan dia bersama sepupunya ke Australia. Perjalanan dia mencari Tuhan bermula disitu. Cemburu benar bila Fend dan Chad dapat habiskan ramadhan mereka dikalangan orang baik-baik.

Keempat, kisah kedua dalam CJ ini iaitu K2. K2 cuba memamahmi apa yang Fend alami tetapi perjalanan k2 mencari Tuhan bukan di Australia tapi di Indonesia. Dua Negara berbeza dari segi bangsa, agama dan budaya. Pada awal pencariannya dia rasa sangat sukar namun dalam sekelip mata hidayah itu datang. Dari seorang yang bukan islam. Akhirnya dia memahami apa yang Fend cuba sampaikan walaupun dia menemuinya dengan cara yang berbeza.

Lima, ada dua perspektif yang berbeza H cuba garapkan. Saya, secara jujur lebih senang dengan penerimaan Fend. Lebih terkesan berbanding dengan K2. Walaupun penerimaan K2 saya kurang gemar tetapi saya lebih berharap perjalanan K2 mencari Tuhan lebih mencabar sesuai dengan watak K2 itu sendiri - hati kering.

Enam, karya H kali ini saya rasa sedikit hambar dan bimbang. walaupun keterujaan H cuba menceritakan tentang lukisan, muzik, fotografi tetapi saya tidak mencapai rasa itu.

Walauapapun, saya suka mesej H cuba sampaikan. Fend – sekarang dan K2 – masa depan. Bagaiamana rasanya perasaan untuk berubah dan bagaimana kita mengajak orang lain sama-sama berubah atau adakah anda akan mengajak orang yang anda sayang berubah? Sungguh, untuk mengajak orang terdekat dengan kita mencari Tuhan bukanlah senang.

---
Khaulah Khalid

0 comments: