Judul: Quartet
Pengarang : Saidatul Saffa
Penerbit: Jemari Seni
Muka surat: 471 halaman
ISBN: 978-967-5118-60-9
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia) /RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh;
dan salju pula jadi cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.
Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang
tanpa gelap malam.
Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun jarinya terluka.
Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?
Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.
Buah tangan SAIDATUL SAFFAA kali ini dengan lembut mahu membawa anda mencari cinta yang hakiki. Mencintai diri untuk mencintai Allah.
Kata KK:
Kisah Misa dan rasanya. Kisah Misa dan cintanya. Kisah Misa dan lelaki. Kisah Misa menjadi baik. Kisah Misa yang makin berubah. Ia lebih kepada tentang arah hidup seorang Misa.
Bagi saya, melihat dari sinopsis saya mengharap lebih dari tu. Saya lihat bukanlah tentang isu yang ibu Misa kemukakan tetapi tentang pemahaman Misa terhadap Islam.
Apa yang sedikit terkilan adalah perjalanan kisah Misa seperti terlompat-lompat. Sekejap begitu kemudian begini buat saya keliru. Tentang empat lelaki tersebut tidaklah saya tahu Misa pernah dikecewakan awal-awal lagi. Selepas muncul Irfan baru saya tahu dan faham. Maka, Bilal bukan lah yang pertama. Setelah itu muncul pula Ustaz Mustaqim. pendekatan Misa untuk dapatkan Ustaz Mustaqim bagi saya kurang sesuai. Sebagai seorang saya, saya sangat segan untuk dekat dengan seorang ustaz. Kerana bagi saya seorang ustaz itu yang sangat dihormati. Ilmunya juga tinggi. Walaupun ustaz itu masih muda.
Tapi pengalaman yang dialami Misa pasti dialami oleh setiap perempuan. Dilemma. Dilemma mencari lelaki yang baik. Dilemma dengan diri sendiri. Apakah diri sendiri sudah cukup baik.
Saya suka SS akhirkan kisah ini dengan ayat
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
[Surah At-Talaq, ayat 2 - 3]
---
Khaulah Khalid
Oct 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment