Oct 21, 2011

AMAL : Cabaran 50 Buku (20) : Asas-asas Pengajian Hadith Hukum

Tajuk Buku : Asas-asas Pengajian Hadith Hukum
Penulis : Dr. Azwira Abdul Aziz
Terbitan : Fakulti Pengajian Islam, UKM
Muka Surat : 89

Ulasan

Penulis merupakan salah seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Unversiti Kebangsaan Malaysia. Buku beliau ini dijadikan sumber utama oleh pelajar dalam mata pelajaran Hadith Hukum. Buku ini membincangkan asas-asas yang terpenting dalam mempelajari hadith hukum. Penulis membuka mata pembaca terutamanya saya bahawa hadith-hadith berkenaan dengan hukum memerlukan asas-asas agar pembaca tidak tersalah menafsir hokum yang terkandung dalam hadith tersebut selain memastikan kesahihan hadith tersebut.

Buku terbitan daripada UKM ini dimulakan dengan pengertian hadith dari pelbagai sudut dan pandangan ulama-ulama dahulu dan terkini. Terdapat tiga aspek utama yang ditekankan dalam buku ini oleh Dr Azwira iaitu pertama, pengajian berdasarkan nas (dalil) sahih. Kedua, berpegang kepada prinsip al-ittiba’ dan yang terakhir ialah menjauhi takalluf. Apa maksud yang ingin disampaikan oleh penulis ini? perlulah baca dan fahaminya. Buku ini mempunyai maksud yang sangat mendalam dan ia perlu dipelajari dan dibaca oleh mereka yang ingin dan selalu mempelajari hadith-hadith Nani s.a.w.

---
Nur Amalina

0 comments: