Oct 14, 2011

UA : Cabaran 50 Buku : (16) Ikhlas, A.K!

Judul : Ikhlas, A.K!
Penulis : Nirrosette
Terbitan: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Halaman: 528 m/s
ISBN : 978-967-5118-65-4
Cetakan pertama Ogos 2011

Kulit belakang novel :

Kata Adam Khalis:
Hidup ini tak boleh berdasarkan ‘saya-suka-awak’ dan ‘awak-suka-saya’… and we live happily ever after – aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu, Kaseh. Hidup ini ada duri dan ranjau.

Kata Kaseh:
Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi; Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam; termasuklah tidak mewarisi harta benda daddy. Kaseh sanggup hidup macam orang biasa. Percayalah, Kaseh bersedia memberi semuanya, kerana sekali dalam hidup Kaseh, apa yang Kaseh ‘tahu’ apa yang Kaseh ‘mahu’ hanyalah Adam Khalis!

Kata Orang:
… opposite attracts. Bad girls go for good guys. True much? Tapi…sejauh manakah kebenaran teori ini? Boleh ke Adam – stok budak masjid, bertahan dengan Kaseh – playgirl of the century? Well, we’ll see, we’ll see! … opps, dan jangan lupa Adam bakal menjadi kekasih yang ke-34 Nur Kaseh Kaisara!

Bicara Ummu Ammar :

Percubaan pertama Nirrosette dalam bidang penulisan nyata tidak sia-sia. Ikhlas, A.K!…Selain daripada judulnya yang luar biasa, sinopsis di kulit belakang juga telah menjadi pemangkin kepada keterikatan hati UA dengan Ikhlas, A.K! Kalau UA pun sudah teruja, bagaimana pula dengan anda?

Percayalah..tidak rugi memiliki naskah ini. Garapan sepenuh hati dari penulisnya. Ada mesej yang ingin disampaikan. Ada pengajaran yang perlu dijadikan iktibar. Ada peristiwa yang mematangkan kita. Ada pengalaman yang bisa menjadi panduan. Ada tingkah yang perlu pada sempadan. Dan ada kalam-kalam Tuhan yang dijadikan sebagai penguat dan bukti kepada segala sesuatu.

Pastinya Nirrosette menulis dari hatinya. Kerana menulis dari hati akan terus sampai ke hati. Hati UA yang pastinya. Mengingatkan UA bahawa suatu niat yang mulia itu tidak pernah menghalalkan cara. Terima kasih Nir.

Sepintas lalu berkenaan Ikhlas, A.K! Berkisarkan hidup seorang Nur Kaseh Kaisara. Bagaimana kisah penghijrahannya dari keadaan yang luar biasa kepada keadaan biasa. Mengapa UA katakan luar biasa? Kerana ia sangat luar biasa bagi seorang muslim itu yang tidak tahu menahu tentang agama yang dianutinya. Seperti Kaseh sendiri yang sememangnya tidak didedahkan dengan cara hidup Islam apatah lagi peraturan Islam. Apa itu aurat, solat dan sebagainya.

Lain pula ceritanya dengan Adam Khalis. Jejaka tampan dari Fakulti Kejuruteraan yang pernah menjadi budak masjid suatu ketika dahulu. UA gelarkan Adam sebagai seorang pencinta paling agung. Perihal Adam yang telah lama mencintai seorang Kaseh. Terlalu lama dahulu. Sewaktu Kaseh belum perasan akan kewujudan Adam.

Jadikan Ikhlas, A.K! sebagai salah satu koleksi anda. Tidak rugi anda memilikinya dan yang pastinya banyak pedoman dan iktibar yang bisa di kutip daripadanya.

---
Ummu Ammar

0 comments: