Oct 17, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (26) Tunas


Tajuk buku : Tunas.
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 539 m/s

Ulasan Ain Sabrina :

Tunas mengisahkan kisah zaman sekolah menengah dan ragam setiap seorang mereka. Menarik !!! Membuatkan pembaca merindukan kenangan zaman sekolah.

Asrama lazim dengan kisah penghuninya, dengan ragam yang pelbagai. Ada yang menyakitkan hati, ada yang alim-alim kucing, ada yang pakar IT, ada yang berlagak diva, juga ada kisah melangar peraturan. Dan kisah Tunas membawakan Addin watak utamanya, juga ada watak tambahan yang lain dengan ragamnya yang menarik hati.

Addin, gadis yang menyamar menjadi orang kebanyakkan sehinggakan kembar sendiri dibuat macam orang asing. Sehinggakan dia pernah kena ‘tangkap basah’ dengan abang kandungnya sendiri. Kemudian mereka dilantik menjadi ketua pelajar bersama.

Masuk tahun akhir di sekolah, ada pelajar baru yang masuk. Gayanya pelik, namanya pun pelik – Benz Alif. Nama ala-ala nama kereta kata Addin. Dari awal mereka seakan tidak sebulu, seakan ada perjanjian musuh antara mereka.

Tahun akhir ini juga dia dikenalkan dengan Magnificient 7 , 7 orang seangkatan dan pasti dengan ragamnya pelbagai. Ada MoU antara mereka, sama-sama men’cover’ kesalahan masing-masing. Dan dengan bantuan mereka juga, Addin berjaya mengenakan Benz. Dan siapa sangka kerana Mags 7 ini juga, Addin terpaksa digandingkan dengan Benz Alif dalam Malam Annual Dinner.

Berpasangan sedangkan bermusuh sejak awal lagi. Berpasangan sehinggakan mereka ditabalkan ‘Ideal Couple of the Night’ malam itu. Terkejut .

Dan siapa sangka selepas itu , mereka dan boleh duduk semeja berkongsi ilmu bersama.Benz jadi guru add maths Addin, Addin jadi guru fizik pada Benz.
Namun tak lama selepas itu , ada satu peristiwa yang berlaku di Jusco hingggakan perjanjian musuh antara mereka kembali berlaku.

Komen Ain Sabrina :

Saya adalah peminat tegar tulisan HLOVATE. Di saat tulisannya masih di laman blog dan belum dibukukan lagi , saya sudah jatuh cinta dengan karyanya. Karyanya lain dari yang lain , karyanya membuat saya memikir atau dalam bahasa lainnya - “thinking out of the box”.

Kisah Tunas memang boleh membuatkan kita terasa muda kembali. Membaca kisah-kisah zaman sekolah mengingatkan kita kepada memori zaman sekolah dahulu. Walaupun kisah Tunas , kisah zaman sekolahnya lebih berencah dan nampak lebih menarik , tetapi masih ada diterapkan perasaan seronok belajar di situ. Cara Hlovate mengaitkan setiap kisahnya dengan subjek-subjek penting sekolah , membuatkan pembaca rasa teringin belajar dan menaikkan semangat belajar dalam diri pembaca .

Watak Addin juga menarik. Walaupun ada nakalnya , dia tetap masih kuat pada agama dan ada semangat juang yang tinggi untuk belajar. Watak Benz juga ada karektor yang kuat, budak jenayah tetapi masih ada baiknya. Juga watak-watak yang lain , semua ada karektor dan keunikan masing-masing.

---
Ain Sabrina

0 comments: