Oct 25, 2011

A&N : Cabaran 50 Buku : (39) Nuansa Kota Merah

Nuansa Kota Merah
Khairyn Othman

ISBN: 9789675118623
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Jun 2011
Halaman: 511
Harga: RM 20

~ Rasaku… ~

Seperti mengembara ke tanah Andalusia. Ya, memang ini satu pengembaraan. Bersama-sama penulis mengenali erti makna pejuang. Kagum kerana semangat penulis yang mahukan para pembacanya turut mengenali erti ‘pejuang’ yang sebenarnya wujud dalam diri kita.

Kisah Dina pada awalnya agak tipikal. Kisah si gadis bebas bersosial yang kemudiannya mengalami rasa rusuh dalam jiwa setelah pemergian neneknya. Dina didatangi mimpi aneh berulang kali menyebabkan dia mula rasa tak tenteram. Bersama-sama temannya; Najihah mereka merancang percutian ke Sepanyol dan di sini, persepsi Dina tentang hidup mula berubah.

Dina bertemu dengan Aaron yang tiba-tiba menjadi ‘pemandu pelancong’nya kerana kenalan mereka, Joaquin ditimpa kemalangan. Najihah pula yang sudah jatuh hati pada Joaquin memutuskan untuk menjaga si buah hati. Tinggallah Dina dengan Aaron yang ‘sombong’ dan ‘menjengkelkan’.

Tiada pilihan, Dina mengikut saja pelan Aaron yang membawanya ke Granada. Di situ, Dina berkenalan dengan seluruh ahli keluarga Aaron. Tanpa disangka, Dina bertemu Miguel, adik Aaron yang seiras wajah lelaki dalam mimpinya. Dia juga dikejutkan dengan potret seorang wanita yang saling tak tumpah seperti raut wajahnya.

Apa erti kesemuanya ini? Apakah benar mimpi aneh dan keluarga Aaron itu bukanlah satu kebetulan? Siapa diri Dina sebenarnya dan kaitannya dengan potret wanita itu? Nak tahu? Apa tunggu lagi, cepat cari novel ini :D

Kekuatan cerita ini pastinya pada plotnya yang begitu smooth. Teratur daripada perjalanan Dina hingga menemui Aaron, kisah perjuangan dan cinta Salma-Shuaib hinggalah pertemuan ringkas Dina dan Aaron di bumi Mukarramah, kesemuanya dijalin dengan baik hingga terasa aku ini seperti bayang-bayang si Dina. Cuma sedikit terganggu dengan kesalahan minor seperti “Granada” yang sepatutnya Gharnatah di halaman 312 & 313, dan “Sarah” yang sepatutnya Salma di muka surat 204 & 465. Siapa Sarah? Adakah KO teringat-ingat Sarah dalam Dame Zoete Sarah? :P

Oh, ya! Seperti novel KO terdahulu, jangan harap ada kisah cinta uda dan dara ya. Tiada. Cuma yalah, terselit juga kata-kata yang bisa mencairkan hati si dara yang keras. Misalnya ini:-

selamat beradu, mujahidahku [page 489]

perrgghhhhhhhhh....... hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)
Airina

0 comments: