Oct 20, 2011
AMAL : Cabaran 50 Buku (19) : Doa-doa Kejayaan Dari Hadis Nabi S.A.W
Tajuk Buku : Doa-doa Kejayaan Dari Hadis Nabi S.A.W
Penulis : M.H. Ikhlas
Terbitan : Mohasbi Enterprise
Muka Surat : 101
Ulasan
Buku comel ini dimulakan dengan nilai-nilai doa dan pengenalan tentang doa oleh M.H Ikhlas. Kemudian penulis meneruskan tulisannya dengan “waktu-waktu doa diterima” dan diteruskan lagi dengan “doa siapa yang diterima”. Tajuk-tajuk kecil sedemikian menarik minat pembaca seperti saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang doa kerana kita sebagai manusia sentiasa berdoa tetapi tidak mengetahui waktu mustajab berdoa. Penulis ingin berkongsi ilmunya dengan pembaca agar sama-sama berusaha meneruskan amalan Nabi kita s.a.w walaupun dengan mengamalkan doa-doa harian.
Buku terbitan Mohasbi Enterprise sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Doa-doa yang disusun didalamnya beserta dengan terjemahannya memudahkan pembaca untuk menbaca dan memahami maksud doa yang disediakan. Doa-doa yang dimuatkan dalam buku ini oleh penulis bersumberkan daripada hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w. Terdapat 60jenis doa yang mudah dan ringkas untuk diamalkan oleh pembaca selain itu mudah juga untuk dihafal. Ibubapa boleh menggunakan buku ini dalam mendidik anak-anak dalam mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w dan menghafal doa-doa harian.
Doa Pilihan 1
Doa Selepas Makan
Menurut Abu Said al-Khudri r.a, kebiasaan Rasulullah s.a.w apabila selesai makan, baginda membaca doa:
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
“segala puji-pujian bagi Allah yang telah memberi kita makan dan minum serta menjadikan kita orang Islam” (Riwayat Ahmad)
Doa Pilihan 2
Doa Untuk Pengantin
Abu hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w apabila selamat untuk sepasang pengantin, mengucap :
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ
“semoga kamu hidup rukun dan damai, direstui akan Allah dan dibahagiakanNya”. (Riwayat Ahmad dan Hakim)
Belakang Kulit Buku
Doa sememangnya sangat besar ertinya dalam kehidupan kita selain memberi sinar petunjuk serta bantuan paling berkesan untuk kita mencapai kejayaan dan kemajuan.
Amalkanlah doa-doa yang dipetik khusus dari hadis-hadis Nabi s.a.w ini dengan khusuy dan penuh tawaddhu’. Insya Allah semoga segala apa yang dicitakan akan direstui allah S.W.T
---
Nur Amalina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment