Oct 11, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (21) Sukma Rindu

Penulis : Fariza Zuliana
Halaman : 312
Harga : RM 13.00
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 1 - 2002
Cetakan 2, 3 - 2003
Cetakan 4, 5, 6 - 2004
Cetakan 7 - 2005

Secara ringkas :

Dianza Wilis Zainal seorang anak gadis melayu tulen yang bermatakan biru kehijauan. Ramai yang menyangka dirinya adalah anak kacukan tetapi tidak. Matanya itu istimewa.

Pertemuan Dianza dan Azril ketika di kompleks sukan adalah satu kebetulan. Azril cuma membantu Dianza yang pengsan ketika itu. Dianza yang merasakan terhutang budi mengucapkan terima kasih kepada Azril dan dari situ mereka mula berkenalan. Masing-masing mula menyimpan rasa. Tetapi kerana merasakan mereka terlalu muda untuk bercinta mereka hanya memendam rasa. Pada Dianza dia tidak mahu memusnahkan persahabatannya dengan Azril hanya kerana cinta dan Azril akur dengan kehendak Dianza.

Di kampus Dianza bertemu pula dengan Fredie jejaka pendiam yang berkacukan melayu mexico. Pada orang Fredie nie susah untuk di bawa berbincang kerana dia pendiam tapi pada pandangan Dianza, Fredie istimewa dan tak lah sukar dibawa berbincang. Program anak angkat yang disertai mereka sedikit sebanyak merapatkan lagi hubungan mereka dan membuahkan rasa kasih dalam diri masing-masing.

Bumi kampus meninggalkan kenangannya dengan Fredie. Setelah beberapa tahun dan Dianza di alam pekerjaan pula… dia bertemu semula dengan Azril dan Fredie. Masing-masing memburu cinta Dianza. Dianza perlu membuat pilihan antara simpati kepada Azril yang sakit atau memilih kasih Fredie…

Komen saya :

Sukma Rindu cerita yang penuh ceritera cinta remaja. Pada pandangan saya macam tu lah… kisah cinta antara Dianza dan Fredie dan Rasa cinta Azril untuk Dianza.

Novel nie tidak terlalu sarat dengan konflik. Watak jahat seperti watak ketiga saya rasa tak ada pun sebabnya Dianza tak cintakan Azril jadi Tania bukanlah orang ketiga dalam memenangi hati Azril. Dalam perhubungan Fredie dengan Dianza pula, Azril bukanlah orang ketiga sebabnya Tania dengan Azril. Jadi konsep rebut-merebut memang tak ada macam novel yang biasa kita baca.

Apa yang boleh saya simpulkan novel nie sesuai di baca untuk hilangkan tekanan. Jalan ceritanya ringkas tetapi menarik untuk dibaca dan tak terlalu membebankan otak dengan konflik yang pelik-pelik tu. =)

Yang pasti…siapa yang baca pasti tertawan dengan Dianza Wilis Zainal. Selamat membaca.

XX Quotes : Nostalgia. Saya jadikan koleksi sebab jarang nak jumpa novel alaf 21 yang lama-lama nie. =)
---
Xana

0 comments: