Judul: Suria Vs Kaca Mata
Pengarang: Farihah Iskandar
Penerbit: PTS ONE Sdn Bhd
Muka surat: 229 halaman
ISBN: 078-967-5406-90-4
Harga: RM 13.50 (Sem. M’sia) / RM 15.50 (S&S)
Kata kulit buku:
Cik nerd! Cik nerd!
Suria mengalami masalah rabun jauh yang semakin serius. Banyak kemalangan kecil yang suria alami akibat masalah rabun. Jihan selalu mengusik dia ‘Cik nerd’ apabila membayangkan Suria berkaca mata. Ini menambahkan lagi ketidakinginannya pakai kaca mata.
Power mata kiri: 200
Power mata kanan: 275
Tidak cukup dengan itu, suria juga mengalami masalah silau! Oh! Tidak!
Kata KK:
Karya Farihah Iskandar buat saya senang dan tidak teragak-agak untuk mendapatkannya.
Suria kawan Jihan. Suria tinggal di asrama. Suria ada masalah. Masalah baginya adalah sesuatu yang cacat bagi dirinya iaitu masalah rabun. Kerana rabun, Suria juga mengalami kemalangan. Atas pertolongan kawan-kawannya, Suria menerima keadaan dirinya dan harus memakai cermin mata.
Novel ini sesuai untuk golongan muda remaja. Cerita Suria bagi saya adalah comel. Buat saya teringat kembali zaman sekolah walaupun tidak pernah tinggal di asrama tapi zaman sekolah adalah zaman terindah. Untuk keseluruhan ceritanya adalah menarik. Buku ini banyak berkisar tentang persahabatan. Saling sokong-menyokong terutama Suria yang mempunyai rasa rendah diri yang tinggi.
---
Khaulah Khalid
Oct 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment