Oct 22, 2011

Keputusan Cabaran 50 Buku : September 2011

Salam semua,

Wah! lama sungguh rasanya kakwan tidak menyapa adinda-adinda kakwan di sini. Harapan kakwan agar masing-masing masih teruja untuk meneruskan Cabaran 50 Buah Buku kita yang sudah 3 suku kita laluinya. Juga harapan kakwan agar adinda-adinda semua diberikan kelapangan oleh Dia untuk membaca dan mengulas... Insyallah.

Okeylah, kalian semua pastinya tertanya-tanya siapakah 10 gerangan yang telah dipilih oleh panel untuk pengulas terpilih bulan September ini kan? Untuk tidak membuang masa, (lagipun kakwan sendiri tersangattttlah sibuk dengan kerja-kerja pejabat, hinggakan nak curi masapun tak berkesempatan... huhuhu) di sini kakwan senaraikan 10 ulasan terpilih untuk bulan September ini.

1- Aimie - Melur Bunga Ivy
2- Ain - Seharum Kasih
3- Amal - Lebih Dari 60 Mutiara Hikmah Al-Fatihah
4- AS - Syurga Diwajahmu
5- FHS - Grrr...Geramnya
6- KK - Dia & Dia
7- MB - Minda Tertawan
8- R - Kau Curi Hatiku
9- UA - Sweet Sour
10- XX - Langsir Biji Remia


Tahniah untuk kesekian kalinya buat adinda-adinda yang telah berjaya mencuri hati panel. Pada mereka yang tidak terpilih, masih ada masa lagi... ayuh gandakan usaha kalian... mana tahu bulan depan ulasan kalian pula yang dipilih oleh para panel kita yang baik hati itu.

Cuma satu yang kakwan nak minta tolong pada adinda sekelian, KALAU BOLEH janganlah dirungkai segala 'rahsia' yang tersembunyi dalam sesebuah naskhah yang dibaca itu, simpan sedikit rasa teruja biar menjadi tanda tanya pada pembaca yang lain juga. Biar rasa suspen boleh dirasai sama pada pembaca yang belum lagi menekuni naskhah yang telah kita baca itu ya.

Selamat membaca moga matlamat kita semua tercapai bila tiba detiknya... challooo :))

Salam sayang,
~kakWan

3 comments:

Khaulah Khalid said...

alhamdulillah.terima kasih. :)

tahniah pada yang lain. selamat berusaha! :)

RinnTisan said...

Terima kasih panel juri yang sudi 'memandang' luahan rasa saya :) terima kasih juga buat Jemari Seni :)

Ummu Ammar said...

Alhamdulillah wa syukurillah. :)

Terima kasih buat semua panel juri dan hakim yang sudi memilih ulasan dari jiwa saya.

Tahniah buat pemenang yang lain juga..