Salam Semua,
Alhamdulillah satu bulan lagi sudah berjaya kita lepasi. Pastinya masing-masing sedang berlomba baca untuk mencapai misi 50 buah buku untuk tahun 2011 ini kan? Bagi yang sudah hampir nak cecah angka 50, tahniah pada anda! Bagi yang masih belum cukup, jangan bimbang masih ada lebih kurang 7 bulan lagi untuk cukupkan jumlah bacaan anda.
Bagi kakwan pula, semangat membaca ada, tapi masa pula seakan tidak mengizinkan. Apatah lagi kerja-kerja pejabat sangatlah memerlukan perhatian. Tapi melihat senarai bacaan adik-adik buat kakwan bersemangat untuk mencuri masa membaca, apatah lagi buku-buku/novel-novel yang menimbun yang belum dibaca bagaikan setinggi menara KLCC dah! huhuhu
Oklah! untuk tidak membuang masa adik-adik semua, di sini kakwan senaraikan 10 ulasan terpilih antara yang terbaik yang telah dipilih oleh panel penilai.
1- Aimie - Mencari Suami@JS.Com
2- Ain - Sweet Sour
3- Arirada - Baju Melayu Hijau Serindit
4- AS - Valentina Nervosa
5- FHS - Langsir Biji Remia
6- MB - Perempuan Politikus Melayu
7- Rinn - Impikan Mentari
8- SAL - After Office Hour
9- WA - Kaca Jendela Ainnur
10- XX - Iman Suraya
Tahniah ya pada pemenang. Pada adik-adik yang belum berjaya, jangan berputus asa, usaha lagi. Mungkin ulasan anda bagus tetapi tidak dipilih kerana tidak mencapai 'piawai' panel penilai. (Psst: kakwan beri klu ya... cuba gunakan struktur ejaan yang betul & tanda baca yang betul).
Di sini, selain tempat untuk kita berlumba baca, selain tempat untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kita, kita juga berusaha untuk menjaga dan memartabatkan bahasa kebangsaan kita ini dan salah satu caranya dengan menggunakan struktur bahasa dan ejaan yang betul dalam ulasan yang kita sediakan. Juga sebagai usaha untuk menyahut cabaran pihak Jemari Seni selaku penaja sesuai dengan usaha mereka memartabatkan Bahasa Melayu dengan cara menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Cubalah! Mungkin sukar untuk mengubah kebiasaan kita, tapi kalau kita tak cuba, kita tak tahu kan?
Seperti biasa, hadiah akan diposkan kepada adik-adik seperti biasa. Kakwan mohon sangat, supaya kalian dapat maklumkan pada kakwan sekiranya bungkusan telah selamat kalian terima. Kakwan bimbang jika hadiah yang dikirimkan tidak sampai ke tangan kalian kerana kakwan gunakan perkhidmatan pos biasa. Jika ada antara pemenang yang belum mendapat hadiah, juga, sila maklumkan pada kakwan. Bukan apa, kakwan memegang amanah daripada pihak JS yang telah menyerahkan hadiah (novel) yang telah anda menangi kepada kakwan. Kakwan mohon ya?! Dan terima kasih kakwan ucapkan atas bantuan dan kerjasama adik-adik semua.
Akhir kata, jangan lupa untuk terus menghantar ulasan-ulasan kalian pada kakwan untuk dipaparkan di blog ulatbuku. Dan juga terima kasih kerana kalian sudi menjadi sebahagian daripada 'keluarga Geng Baca' di blog Ulatbuku ini. Moga usaha yang sedikit ini memberi manfaat kepada pembaca lain di luar sana!
Jom kita 'Lomba Baca'!! Sesungguhnya... Membaca Itu Jambatan Ilmu!
Salam Sayang,
Jun 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
tahniah utk yg menang esp aimie...amboi..kena belajar ngan aimie bahasa yang betul :D
kak wan,
sy baca juga..curi2 tapi nk review amatlah tidak sempat :D nk tolong kawan pun alahai..ampun my kekanda :D
Congrats~~ :D
Alahai! Part bahasa yang betul tu agak lemah hehe2 Akan diusahakan lagi :D
Macam komen Kak Adhan, baca curi2 juga. Review? Tak tahulah bila kih5
terima kasih kakwan & panel penilai yang memilih resensi saya...
kak adhan...terima kasih kak...huhuhu...bahasa yang betul tu entah betul @ tidak yang saya guna...kena bertatih lagi ni...kena buka kamus bahasa juga sebab dah banyak perkataan2 baru skrg nie..ejaan pun dah banyak yang berubah...sy juga terpaksa mencuri waktu utk membaca dan menulis resensi...
Tahniah juga pada pemenang yang lain...
Adhan,
It's ok semuanya masih lagi under control :D
Aimie...
Belajar adalah satu proses yang berterusan... kakwan juga masih belajar hingga ke saat ini.
Nota: Hadiah kemenangan akan dikirimkan sebaik sahaja kakwan dapat 'barang'nya daripada pihak JS :) Dah pos nanti kakwan inform di FB kakwan ya :) harap bersabar.
Terima kasih buat yang ke sekian kalinya kepada panel penilai yang masih memilih ulasan saya yang kerdil itu.Akan saya usahakan untuk memperbaiki kelemahan berbahasa saya. Terima kasih juga buat kakwan.Tahniah untuk semua.
Terima kasih kpd para panel penilai kerana memilih sy dlm ramai. dan tahniah juga untuk kawan2 yg lain. ^_^
Terima kasih :)
ni jadi pendorong juga buat saya utk terus membaca :) sikit lagi ni nak sampai target tapi mood membaca tengah merudum
RinnTisan...
Jumpa kita kat sini...
Kak Chik juga mood tengah merudum tapi sebab dari awal dah personal target 75 buah buku, jadi kena kuat semangat...dan kesian pada buku-buku yang dah lama tunggu giliran...:(
hai kak chik :)
huiyo ada personal target. saya sejak suka baca novel, tak penah letak target. baca ikut mood (dan bajet). kadang-kadang sangat banyak, kadang-kadang sangat sikit
hai rin...
kak chik kena tunjuk 'rajin' pd si cilik...kasi dia jd ulat buku...:)
Post a Comment