Jun 25, 2011

MB : Cabaran 50 Buku : (28) Bogel Menuju Tuhan

Judul : Bogel Menuju Tuhan
Penulis : Zahiril Adzim
Terbitan : Orange Dove Sdn Bhd
ISBN : 978-967-10126-3-5



1. Antara puisi di dalam buku ini yang saya gemar untuk mengulang-ulangkan bacaan padanya adalah puisi dengan judul Gagalnya Pemerintahan.

2. Kedengaran politik, tetapi tunggu sehingga titik terakhir dalam puisi.

3. Buku ini menghimpun beberapa siri tulisan Zahiril di blog, puisi dan catatan-catatan harian, sekitar tahun 2008 dan 2009. Dihimpun dan dicetak dari blog menjadi buku, blook.

4. Puisi Gagalnya Pemerintah dimulakan dengan frasa,

Aku seorang pemerintah, yang memerintah

5. Kemudian disambung dengan beberapa keterangan mengenai wilayah pemerintahan si Aku tadi,

kepala, rambut, dahi, mata, hidung, bibir, lidah, gigi, dagu, telinga, aku.

6. Dan rangkap seterusnya diteruskan lagi mengenai kawasan-kawasan tubuh yang diperintah si Aku. Lalu pada rangkap terakhir,

Aku seorang pemerintah yang?
yang gagal.
Gagal memerintah semua ini dengan baik.
Aku mahu pemberontakan.


7. Puisi ini adalah berkisah tentang diri Aku yang mungkin telah merasa bersalah kerana gagal mengawal setiap satu anggota tubuh badannya dengan baik. Mungkin selepas melakukan maksiat-maksiat besar, Aku teringat akan Tuhannya, lalu ingin segera insaf, mahu segera kembali ke pangkal jalan, mahu membersihkan hati dan diri yang selama ini sering gagal dan tewas kepada nafsu yang serakah, Aku ingin pemberontakan ke atas dirinya, diri Aku yang baru.

8. Itu yang mungkin dapat saya fahamkan setelah membaca puisi ini. Dan penulis juga membawa kita, para pembaca, untuk melihat setiap seorang dari kita, yang diamanahkan tubuh badan ini, jasad dan rohani ini, oleh Tuhan untuk dikendalikan sebaik mungkin, adakah telah diperintahkan mereka, kaki, tangan, mata, mulut, jiwa, minda, dengan perkara-perkara yang baik?

9. Dewasa ini kita sering menyalahkan pihak pemerintah, kerajaan yang berkuasa, akan sesuatu kejadian yang berlaku, kita menuntut keadilan dan ketulusan dalam pemerintahan, tetapi melalui puisi ini, penulisnya menyedarkan kita, di sebalik keinginan kita untuk kerajaan yang jujur dan prihatin, satu soalan terlebih dahulu harus ditanya kepada diri sendiri, sudahkah kita adil, tulus, jujur, dan prihatin terhadap diri sendiri? Sudahkah kita sebagai pemerintah yang berkuasa kepada jasad dan tubuh sendiri telah berjaya mengendalinya dengan baik sesuai dengan tuntutan agama? Kerana di akhirnya kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita telah perintahkan.

10. Ada beberapa lagi puisi dan catatan Zahiril di dalam buku ini yang saya gemar dan dapat selami, tetapi kerana sudah memasuki poin ke 10 hanya dengan satu puisi, saya risau entri ini akan menjadi panjang, maka cukuplah saya tuliskan tajuk-tajuknya sahaja. Untuk membacanya, boleh membeli buku ini nanti.

11. Sudah pasti Bogel Menuju Tuhan juga saya gemari, makna tersiratnya cukup menusuk. Juga puisi Apa Masalah Sini?, dan Orang Lain turut memberikan saya satu sudut pandang melihat kehidupan dengan cara yang beza selepas membacanya, begitu juga dengan catatan Aku Sungguh Prejudis, terkesan dengan paranoia yang digambarkan. Di samping beberapa tulisan lain lagi. Namun sambil suka-suka itu, ada lah juga sana sini, puisi cinta yang saya kurang faham dan tak faham langsung mengapa perlu dimuatkan sama.

12. Tetapi secara keseluruhannya, terbaik!

13. Rasanya tidak seberapa sukar untuk mempromosikan buku ini. Zahiril seorang pelakon muda yang sedang mencacak naik namanya kini. Bukan sedikit yang menonton drama Juvana kerana nak tengok watak Daim lakonan Zahiril di dalamnya. Walaupun ada juga yang tak sabar menunggu waktu siarannya hanya kerana nak tengok pelakon Eyka Farhana.

14. Di samping itu buku ini turut juga memuatkan kata-kata aluan daripada blogger terhangat seperti Hanis Zalikha dan Sultan Muzaffar. Dan turut sama mengundang penyanyi Ana Raffali menulis blurb pada kulit belakang sebelah dalam buku ini.

15. Dengan himpunan orang-orang terhangat di pasaran yang dimuatkan dalam sebuah buku, ditambah gambar-gambar eksklusif Zahiril sendiri, Bogel Menuju Tuhan adalah buku yang sangat dicari waktu ini. Tapi bukanlah kerana nama-nama itu kita membeli, ada sesuatu yang Zahiril mahu kongsikan lewat tulisan-tulisannya. Ambil manfaat dari bacaan. Itu yang utama, kerana di hujungnya tetap kita yang akan dipertanyakan.

*buat Zahiril, tahniah atas kelahiran buku ini, teruskan berkongsi rasa lewat tulisan dan lakonan, semoga ada kebaikannya di sana.

R: Cabaran 50 Buku: (48) Kurela Cinta Ini Bertamu




Kurela Cinta Ini Bertamu
Penulis: Nuril Bahanudin
Terbitan Kaki Novel
RM24.00
Sabah/Sarawak: RM27
Editor: Jabatan Editorial KNE
9789675067747
721 mukasurat


"Tatkala cinta mengetuk hati,
Aku masih dalam terpinga,
Perlukah kuterima takdir ini,
Yang aku dan kau perlu bersama..."


Perjalanan kisah Qish dan Daniel dalam kisah ini agak klise jika diletakkan sebaris dengan mana-mana kisah novel cinta selepas kahwin. Bagi yang menggemari kisah-kisah genre ini mungkin takkan jemu menjadikan novel ini sebagai santapan mata.


Daniel seorg jejaka kaya yg ada ramai kekasih. Qish pula seorang gadis biasa yang tiba-tiba menjadi tanggungjawab Daniel setelah Daniel tersalah masuk bilik ketika sedang mabuk dan Qish pula tengah weng lepas makan ubat selsema. Setelah mengetahui Qish mengandung, Daniel menjaga kebajikan Qish tetapi kedua-duanya merahsiakan perkahwinan mereka dari keluarga Daniel. Sepanjang tempoh Qish mengandung mereka mula merasa keserasian walaupun masing-masing ada kekurangan.


Rahsia mereka terbongkar apabila Daniel sendiri terpaksa menyambut kelahiran anak mereka di tepi jalan dan kejadian itu dilaporkan dalam berita perdana. Walaupun terkilan, ibu bapa Daniel gembira menerima cucu dan menantu serentak. Ketika usik-usik membawa bahagia, Suhail mencemarinya dgn mengaku anak dikandungnya milik Daniel. Ketika berada dalam keadaan meragukan itu, Daniel seperti tidak bersungguh-sungguh mempertahankan diri. Seolah-olah membenarkan saja tuduhan Suhail tanpa berusaha menidakkannya. Di hari pernikahan, Ricky muncul menyelamatkan keadaan dgn mengahwini Suhail tetapi Qish melarikan diri kerana merasa sudah tidak diperlukan lagi dalam keluarga kaya itu. Daniel berjaya menjejak Qish dan berusaha memulihkan semula hubungan mereka.


Masa baru nak mengecap bahagia lagi sekali, Haizam pulak tiba-tiba sedar dengan perasaannya terhadap Qish selama ini adalah cinta. Tindak tanduknya telah melukakan hati tunangnya dan hati Daniel yang sudah salah faham dengan kedudukan Qish dalam kejadian itu. Tanpa mahu mendengar apa-apa penjelasan, Qish dihalau dan tidak lama selepas itu bayi mereka disahkan sakit dan memerlukan pemindahan hati. Kebetulan Qish hospitalized selepas kemalangan, jadi secara sorok-sorok dia mendaftarkan diri sebagai penderma hati untuk anaknya. Tetapi pembedahan gagal dan anaknya meninggal dunia.


Qish sudah tawar hati untuk menerima Daniel dan membawa diri. Tetiba jer Qish tu rupa-rupanya pandai melukis dan buka galeri. Sepanjang penceritaan sebelum ni tak der pulak menunjukkan bakat-bakat seni Qish. Tup-tup ujung-ujung timbul pulak galeri lukisan. Daniel tidak pernah menandatangani tuntutan cerai Qish dan cuba membawa Qish kembali ke rumahnya tetapi pada masa yang sama dia mencemburui Adri yang kelihatan rapat dengan Qish di galeri. Ibu Daniel berjaya memaksa Qish kembali dan terserahlah kepada Daniel untuk memastikan isterinya terus berada di situ sebagai isterinya dalam erti kata sebenar.


Bagi aku cerita ini mempunyai jalan cerita yang bergerak laju dan tidak membosankan. Binaan cerita terasa menaik tetapi pada masa yang sama terasa seperti ada kekurangan emosi dalam penceritaan. Ia lebih kepada bercerita dan memberitahu apa yang terjadi. Past and Present kadang-kadang bercampur aduk membuat aku berpatah balik ke muka surat sebelumnya untuk memastikan aku tak terskip muka surat. Sayang pula kisah yang ada binaan cerita sebaik ini tidak diperkemaskan. Mungkin penulis masih mengumpul pengalaman dan harap-harap plot cerita ciptaannya yang 'fast phase' seperti ini akan dikekalkan. Looking forward to her next novel :)


yang penting, happy ending :)


sure fine whatever
rinn


blurb/novelcinta/sinopsis


Kurela Cinta Ini Bertamu... hidup ini banyak sangat rahsianya sehingga kadang-kadang kita tak jangka orang yg selalu kita jumpa, terlanggar bahu dengan kita itulah jodoh kita. Eh, eh macam-macam ada kan? Qistina Balqish gadis biasa, hidup sederhana, susah utk jatuh cinta. Namun sekali bercinta... selamnya tetap cintanya. Berbeza dgn Daniel Muaz, cintanya murah, sehingga kepada semua yg ditemuinya ingin diberi segalanya rasa yg ada. Modalnya mudah. Wang, kedudukan dan raut wajah.


Pertemuan tanpa diduga telah mewujudkan sebuah ikatan yg rumit, masing-masing belum bersedia dengan rasa dan beban yg perlu digalas, namun terlanjur perbuatan, selamanya terikat dgn sebuah ikatan melainkan lafaz cerai yan gdiberikan. Namun, nikah cerai bukan mainan, banyak maruah yg perlu dijaga. Masing-masing serba salah, rumit dan argh pening kepala!!!


Qistina Balqish: Arghhh... tanya pada hati, hati kata tak tahu. Namun kau tak kulihat sehari jiwa sudah berlagu rindu, bagaimana? apakah yg perlu kubuat demi mempertahankan mahligai ini? Sedangkan ada benih yang kian bercambah di dalam rahimku.


Daniel Muaz: Huh, kenapalah sikap kau selalu menduga sabarku? Kau ingat aku ni kejam sangat ke sampai gelaran itu kau berikan? Kau tak cantik, kau bukan wanita idaman aku, tapi aku dah mula angaukan kau Qish!


Haizam: Kenapa baru sekarang kusedar yg kau sebenarnya kucintai? Bolehkah kita bersama? Aku sanggup menunggu seberapa lama pun demi cinta ini.


Yasmin: Aku perempuan... aku faham renungan matanya, aku tahu erti pandangan itu. Kenapa kau tak mahu percaya sayangku???


Mampukah mereka mencapai bahagia sendiri? Entahlah , biarlah masa menentukan tapi bukankah bahagia itu perlu dicipta, bukannya datang bergolek begitu saja.

Jun 23, 2011

MB : Cabaran 50 Buku : (27) Bohemian

Judul : Bohemian
Penulis : Imaen
Terbitan : Jemari Seni
ISBN : 978-967-5118-03-6



1. Rata-rata pembaca yang saya google, berpuas hati dengan novel ini.

2. Ada yang kerana jalan ceritanya, ada yang kerana watak-wataknya, dan ada juga kerana gaya penulisan penulisnya.

3. Tetapi saya belum berjumpa satu ulasan yang menerangkan siapa sebenarnya Bohemian di dalam novel ini dan apakah yang cuba diketengahkan melalui Bohemian itu?

4. Bohemian seperti yang tertulis pada helaian awal novel ini bermaksud, orang (terutamanya orang seni) yang cara hidupnya tidak mengikut adat kebiasaan masyarakat di sekelilingnya. Juga bermaksud, insan seni yang selalunya mempunyai pandangan politik dan sosial yang tidak ortodoks dan anti-establishment.

5. Ok, saya tuliskan sedikit mengenai novel ini, seringkas dan sepadat yang mungkin. Supaya entri ini tidak menjadi panjang dan berjela, kerana saya pun bukannya suka membaca entri yang beribu patah perkataannya, jadi saya sedaya upaya akan mengelak daripada menjadikan entri ini entri yang panjang, entri yang jenuh untuk dihabiskan bacaannya.

WA : Cabaran 50 Buku : (18) Dia & Dia

Pengarang : Bunick Firdaus
Halaman : 584
Tahun : Februari 2011
Terbitan : Jemari Seni Sdn Bhd
Harga: RM21.00
ISBN: 978-967-5118-54-8


Rasa Saya:

Hidup seorang Arissa tenang-tenang sahaja. Hinggalah saat dia dilamar oleh Fazril di puncak Kinabalu. Di puncak ketinggian 4,101 meter Fazril melafazkan hasrat hati dan janji termeterai, secara sah dia menjadi teman wanita Fazril dan dalam tempoh tiga bulan mereka akan mengikat tali pertunangan. Bahagia Arissa berganda-ganda. Daripada sahabat baik menjadi insan yang bakal bergelar suami.

Namun bukan itu takdir yang tertulis buat Arissa. Belum sempat rombongan peminangan bertandang ke rumah orang tuanya, kad undangan perkahwinan antara Syed Adam Fazril bin Syed Ahmad Al-Idrus bersama pasangan Sharifah Zhaliya Bt Syed Hashim Al-Idrus sampai ke tangannya. Hancur luluh hatinya. Punah sudah mahligai impiannya. Fazril harus dia lupakan. Walau perit, walau pahit itu yang harus dia lakukan.

Sukarnya untuk membuang Fazril dari hidupnya. Siksanya jiwa untuk menguburkan segala kenangan indah yang mereka kongsi bersama. YA, bukan mudah untuk dia melupakan Fazril dalam sekelip mata!

Di saat dia berperang mengubati jiwa yang parah, Irfan hadir dalam hidup Arissa. Kehadiran yang membantu menyembuhkan luka di hati. Dia menjadi suri hidup Irfan. Doa dan harapannya moga bahagia kekal miliknya. Namun jalan untuk dia mengapai bahagia bukan laluan lurus. Ada ranjau berduri yang harus dia tempuhi. Kehadiran Dania mengugat bahagia yang cuba diraihnya. Bahkan nyawanya juga hampir melayang angkara Dania.

Sesungguhnya rasa cinta itu adalah anugerah yang Esa. DIA pernah tiupkan rasa cinta Fazril pada Arissa. DIA anugerahkan ‘roh’ cinta Irfan buat Arissa. Dan DIA duga Arissa dengan cinta dan kasih sayang Fazril dan Irfan. Antara Arissa dan Fazril, Zhaliya berdiri di tengahnya. Antara Arissa dan Irfan ada Dania yang mengekorinya. Jadi di mana letaknya Arissa dalam kemelut ini?

Jun 22, 2011

AMAL : Cabaran 50 Buku (4) : Tuan Rumah Pembantu Rumah

Penulis : Orkid Edyliyne
Terbitan : Fajar Pakeer
Muka Surat : 517


Novel karangan Orkid Edyliyne ini sangat menarik dari segi watak utama dan suasana yang dibawakan. Intan Asha Areen merupakan watak utama sebagai pembantu rumah, manakala Emir Jihan adalah watak utama sebagai tuan rumah. Asha adalah gelarannya sewaktu dia menjadi pembantu rumah kepada keluarga Emir. Dia juga seorang peminat artis korea serta filem dan drama korea. Lantaran minatnya terhadap artis korea, Asha telah menggelarkan Emir dengan gelaran Xiah Celup kerana wajah Emir seakan-akan mirip artis korea Xiah Jun-Su, salah seorang ahli kumpulan DBSK. Asha sebenarnya anak kepada Tan Sri Fadilhuddin dan bekerja sebagai Head Chef di hotel ayahnye, Hotel Intan Purnama. Asha sebenarnya lari dari rumah kerana tidak mahu berkahwin dengan tunangnya, Taufeeq yang curang dengannya. Asha seorang yang ceria dan kehadirannya di villa Emir dapat menceriakan penghuni villa tersebut.

Emir Jihan merupakan seorang doktor. Sejak kehadiran Asha sebagai pembantu rumah di villanya, hobinya ialah menyakat dan mengusik Asha. Pada Emir, Intan Asha Areen mempunyai tarikan tersendiri. Setiap hari dia akan menyakitkan hati Asha dengan pelbagai cara. Emir semakin mengerti perasaan yang hadir dalam dirinya. Sehari Asha tiada, hatinya sudah merindu. Rindu untuk melihat gelagat Asha apabila diusik olehnya.

Jun 21, 2011

MB : Cabaran 50 Buku : (26) Terbang Tinggi

Judul : Terbang Tinggi
Penulis : Muslim Burmat
Terbitan : Pustaka Nasional
ISBN : 9971-99-502-6



1. Pak Samad (SN A Samad Said) pernah membisikkan mengenai buku Al-Amin beliau ketika ditanya bagaimana karya beliau dapat dipastikan benar-benar sampai kepada golongan muda, "saya fikir bukan soal saya akan sampai kepada mereka, seharusnya mereka akan sampai kepada saya, itu harusnya."

2. Pernyataan itu semacam memberi kesedaran dan kekuatan kepada penulis yang sedang mengira-ngira adakah karya mereka akan diterima pembaca.

3. Dan membaca Terbang Tinggi ini saya bertanya-tanya pula, adakah saya telah sampai kepada maksud penulisnya yang sebenar?

4. Menerusi Terbang Tinggi, Muslim Burmat membawa pembaca berhijrah dari dunia yang serba kesibukan memasuki hutan yang serba hijau yang kaya dengan flora dan faunanya. Atau lebih terperinci lagi, membawa imaginasi pembaca bersama dengan Yusuf menjerat burung di dalam hutan.

Jun 20, 2011

AMAL : Cabaran 50 Buku : (3) Sekolah Kehidupan

Tajuk Buku : Sekolah Kehidupan
Penulis : Habin Faisal Mohamed
Terbitan : HFZ Group Sdn Bhd
Muka Surat :128


Buku “Sekolah Kehidupan” ini adalah sebuah buku motivasi. Buku ini sangat sesuai untuk semua peringkat samaada orang tua, dewasa, pelajar dan kanak-kanak. Buku sekolah kehidupan mampu mengajar pembaca tentang erti kehidupan sebenar. Penulis memilih tajuk buku ‘Sekolah Kehidupan’ berdasarkan pendapat beliau bahawa kehidupan ini umpama sekolah yang memerlukan guru, kelas, sistem pembelajaran, kokurikulum, peraturan, ujian, peperiksaan. Ianya juga tidak terlepas daripada denda dan anugerah. Kita pula sebagai pelajar sedang mencari kehidupan dan kejayaan untuk masa hadapan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang terus berusaha dan rajin serta tidak berputus asa walaupun kerap kali mendapat markah terendah. ‘Sekolah Kehidupan’ ini merungkai 1001 rahsia kehidupan sebenar yang sering kita lupakan dalam kehidupan seharian kita. Ramai di kalangan kita yang sering lupa dengan sistem alam ini dan mengakibatkan setiap di kalangan kita menghadapi kesukaran serta musibah yang berterusan. Bahkan terpaksa menghadapi masalah yang sama berulang-kali kerana ketidakfahaman atau kedegilan yang berterusan itu. Masalah-masalah ini sebenarnya boleh diatasi dan ditangani dengan penuh berhemah dan berhikmah, caranya ada di dalam buku ‘Sekolah Kehidupan’ ini..

AS: Cabaran 50 buku (31) Sayangku Merajuk

Tajuk: Sayangku Merajuk
Penulis: Ayu Emelda
Penerbit : Alaf21 (2011)
504 Mukasurat
Harga: RM21(SM)/RM24 (SS)

“Jangan dipendam rasa amarah,kelak hati yang parah. Jangan dilayan rasa kecewa, kerana jiwa pasti merana.”

Sayangku Merajuk, sebuah karya yang berjaya menyentuh hati dan membuatkan air mata saya bergenang (mungkin kalau rakan lain yang membaca boleh sampai merah mata kerana menangis). Menarik, walaupun mungkin bagi orang lain biasa-biasa saja.

Rasa geram dan tidak puas hati betul dengan tindakan Aireen yang begitu tegar hatinya untuk membenci dan mendendami Shahir, suaminya. Kekadang sakit hati juga bila dengan selamba dia keluar berdua dengan Zarul sedangkan dia tahu dia masih isteri Shahir. Sedangkan Shahir hanya mampu memandang dengan hati yang bagai disiat-siat saat isteri tercinta melebihkan kekasih hati berbanding suami sendiri. Berdiam bukan bermakna Shahir suami yang dayus tetapi dia ingin memberi ruang kepada Aireen untuk berlajar menerimanya kembali secara perlahan-lahan. Memang kekadang dapat dirasakan betapa penat dan terseksanya saat Shahir ingin menjernihkan kembali hubungannya dengan Aireen. Nasib baik adik iparnya Hanis, ibu mertuanya dan dua anak kembarnya dengan cepat dapat menerima Shahir kembali dan merasakan Shahir memang patut mendapat peluang kedua. Mereka memang betul-betul ‘sporting’.

Jun 17, 2011

AMAL : Cabaran 50 Buku : (2) Indahnya Hidup Tanpa Derita

Tajuk Buku : Indahnya Hidup Tanpa Derita
Penulis : Noor Laila Aniza Zakaria
Terbit : Galeri Ilmu
Muka Surat : 242


Buku ini lebih kearah rohani dan dapat membuka mata pembaca terhadap kehidupan yang berlaku disekeliling. Buku Terbitan Galeri Ilmu ini menghimpunkan kisah-kisah benar tentang masalah rumah tangga, anak-anak, menantu dan masalah mertua. Kisah-kisah yang dihimpunkan adalah hasil luahan pengadu kepada penulis yang mana penulis merupakan salah seorang perunding motivasi di Syarikat Excel Training & Consultancy.

Susulan kisah benar yang dipaparkan, penulis memberi nasihat dan panduan terhadap pengadu. Nasihat dan panduan tersebut sangat berguna dan bolehlah diamalkan oleh pembaca yang mempunyai masalah yang hampir serupa. Setiap yang beriman pasti akan diuji, tetapi bagaimana cara untuk menghadapi ujian tersebut perlulah dipelajari. Sesungguhnya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Hidup pasti indah apabila derita berjaya diatasi!

Aimie: Cabaran 50 Buku: (48) Maaf, Saya Bukan Bibik!

Penulis: Nashmin
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
ISBN978-967-0201-10-8
Harga: RM17.00
M/S: 340
Cetakan 1 – Mei 2011

bencilah pada mat ni…

Blurb:

Bahasa Melayu SPM tu ‘kacang’ baginya. Lalu dia luangkan masa baca majalah hiburan sahaja. Hasil: Bahasa Melayu – 9G. Dia nekad mahu ambil semula SPM, tapi dia kesian pada ibu yang sudah jadi balu. Mereka sekeluarga bukan orang berada, tinggal pun di rumah pangsa DBKL saja.

Dia perlu cari duit sendiri!

Peluang terbuka luas apabila ada kerja kosong jadi orang gaji di Selama, Perak. Tapi mampukah dia gadis Kuala Lumpur hidup jauh di pendalaman? Lebih-lebih lagi, anak lelaki majikan yang sudah bertunang itu sangat benci padanya.

Bibikkkk!!! Siang ikan bersih-bersih ya!!!

Kerenah Zaki yang memang seperti mahu menghalaunya itu buat Suhana jadi geram bercampur sedih. Perl uterus bertahan? Atau dia mengaku kalah sahaja dan katakana pada Zaki: Maaf, Saya Bukan Bibik!

*****
Ini memang novel pertama NASMIN. Namun karyanya sudah memperihatkan kematangan; dia menulis daripada hati yang jujur lagi polos. Pemilik Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu ini garap bahasa Melayunya dengan baik sekali, menarik dan bersahaja. Prinsipnya, ‘ segala usaha dan kerja yang dilakukan kerana Allah maka akan dinilai sebagai ibadah.’

Kak Chik menukil:

Garapan kisah Suhana, anak sulung tiga beradik yang sudah kematian ayah. Hanya ibu tempat bergantung yang bersusah payah mengasuh anak jiran pada siang hari dan malam hari pula menjahit tempahan baju kurung dari penghuni rumah pangsa DBKL tempat mereka menginap. Suhana yang menjadi kebanggaan semua bukan sahaja keluarga tetapi masyarakat sekeliling sehingga anak-anak kecil pun tahu hormatkan dia. Dia cukup dia hormat di sekolah dan juga di rumah pangsa itu. Tetapi apabila pelajar harapan sekolah itu gagal dalam SPMnya kerana mendapat 9G untuk Bahasa Melayunya – apa yang Suhana rasa? Menyesal? Malu? Keliru dengan harapan ibu dan ayah yang sudah pergi?

Aimie: Cabaran 50 Buku: (47) L.U.V.E

Penulis: Pingu Toha
Penerbit: Jemari Seni Publishing
ISBN978-967-5118-08-1
Harga: RM16.50
M/S: 325
Cetakan 1 – September 2008
Cetakan 2 – September 2009

Blurb:

The Love. The Other Girl. The Old Flame. The Other Guy.

Siapa yang harus dipilih?
Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! Sama ada untuk memilih The Love atau The Other Girl ataupun The Old Flame. Semuanya membelit Uthman Huzir dan memutarkan hidupnya 360° secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya!

Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame… dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love. Lalu bagaimana?

Namun untuk ‘I love you’? Jawapan yang pasti untuk The Love. Tapi…

*****
Benarkah penulis lelaki menyembunyikan rasa cinta dalam tulisan mereka? Pernyataan itu tentunya salah sekiranya anda membaca romantic-komedi L.U.V.E dari hati seorang PINGU TOHA!

Kak Chik menukil:

Kak Chik terbuka hati untuk membeli buku pertama PT selepas Kak Chik baca karya PT dalam Tiga Ceritera dalam Sebuah TINTA. Sebabnya? Kak Chik rasa PT ada sesuatu yang unik pada ideanya.

Aimie: Cabaran 50 Buku: (46) Hati Bergetar Rindu

Penulis: Dhiya Zafira
Penerbit: Alaf 21 @ Grupbuku Karangkraf Sdn Bhd
ISBN978-983-124-659-7
Harga: RM21.00 / RM24.00
M/S: 530
Cetakan 1 – 2011

Mengapa gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia sendiri lahir daripada sebuah kemesraan?

Blurb
:

Hidup ini adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka, jangan ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meskipun yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum walau perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Sesungguhnya, DIA tidak akan mensia-siakan usaha kita.

Ari – Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Dalam dunia ini, tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yang paling dipercayai dan disayangi.

Sid – Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah… kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah… kebenaran hanya mampu diihat oleh mata hati, dan Ari… yakinlah ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.

Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa makna sebuah perjuangan.

Kak Chik menukil:

Owhhhhhhhhhhhh….Kak Chik sudah tersilap anggap pada heroin…Kak Chik ingatkan Ari itu --> lelaki; kerana amat jarang kita mendengar perempuan bernama seperti itu tetapi setelah membaca, baru Kak Chik tahu bahawa Ari itu --> Arisa Nur Adilia. Hehehe

Jun 16, 2011

A&N : Cabaran 50 Buku : (21) Mortar & Pestle

Mortar & Pestle
Ju Asu Ra, Amal, Mak Su, Hanie, Citahrudin, Mimie Candycane, Zaradgreat, Mcjust.lol, Jo, Mirachantek, Reen, Masy, Balqissy feat. Nurafiqah Balqis & Norain Insyirah

ISBN: 9789675561009
Penerbit: Soltura Inc
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2011
Halaman: ~ 80
Harga: RM 17.00 [termasuk kos pos]

~ Rasaku… ~

Sinis? Sarkastik?
Dua perkataan ini membayangi minda selama aku menekuni himpunan koleksi catatan para bloggers perempuan geng Soltura. Mahu tahu apa itu geng Soltura? Boleh klik sini

Teringat blurb belakang bukunya:-

“…Jujurnya saya berpendapat arena blog di Malaysia ini sebenarnya bukanlah kekurangan bloggers perempuan. Tetapi untuk mencari bloggers yang menulis dalam acuan dan gaya yang tersendiri tanpa dipengaruhi mana-mana unsur, itu adalah sesuatu yang saya anggap ‘rare’…”

Jadi pastinya aku merasakan himpunan ini adalah yang terbaik antara yang terbaik. Mungkin harapanku terlalu tinggi :P Namun catatannya masih menarik. Cuma aku masih tidak begitu 'selesa' dengan membaca beberapa perkataan yang masih dieja dengan ringkas kerana ia membuatkan aku terasa membaca blog bukannya sebuah buku. Sesetengahnya dihitamkan atau diitalickan, tetapi masih ada yang dibiarkan saja. Mungkin ia mahu ditulis secara itu, baiklah aku pejam mata :P

Kombinasi ramai penulis memang mengujakan. Boleh baca pelbagai cerita, dari catatan seorang ibu, wanita dewasa, remaja dan anak kecil. Jadi bila dihimpunkan ia punya banyak warna, pelbagai rasa yang menjengah hati. Ada lawak, tangis, suka, duka. Boleh buat kita tersenyum dan sesekali gedegang [bayangkan anda terlanggar pintu], ayatnya memukul! Makan dalam tau! kih5 :P

ABB: Cabaran 50 Buku: (6) Gurindam Jiwa

Gurindam Jiwa Yang Mengasyikkan.

'Gurindam Jiwa’ yang ini sememangnya mampu membuai rasa yang sedang bermalas-malas sepanjang waktu terluang. Rentak ‘pop’ Schubert’s Serenade (Hlovate), Heavy Metal Vendetta (Imaen) dan Balada Hati Andriyana (Noor Suraya), gurindam kisah yang membuai tiga rasa pada jiwa.

Schubert’s Serenade karya Hlovate mengalun lagu remaja. Tunas-tunas cinta yang tumbuh dalam ruang rasa sayang kepada seorang abang tiri. Ceritanya mengajar kita tentang adab hidup dalam keluarga yang punyai abang tiri- lelaki bukan ajnabi.

Vendetta karya Imaen mengalun pula gurindam yang berentak ‘kasar’ dalam dunia gansterism. Dunia yang dikelasifikasikan sebagai dunia lelaki –maskulin. Vendetta menyelami hati AKU yang penuh dengan marah yang membentuk api dendam yang melangit tinggi kepada perompak kedai emas. Di mana peluru mereka yang tersesat, masuk ke dalam jasad isteri aku.

AMAL : Cabaran 50 Buku (1) : Roti Cicah Susu

Tajuk Buku : Roti Cicah Susu
Penulis : Liza Nur
Penerbit : Buku Prima
Muka Surat : 480
Tahun Terbit : 2011


Novel ini menarik perhatian saya kerana muka hadapannya yang menarik juga tajuk novel ini lain dari yang lain. Novel ini saya pinjam dari sahabat saya dan saya membacanya selama dua hari sahaja. Apabila saya mula membacanya, saya dapati novel ini mempunyai mesej yang sangat mendalam.

Novel ini mengisahkan tentang kebahagiaan dan penderitaan penghuni rumah anak yatim iaitu Teratak Markissa bagi menyembunyikan seorang anak ketua gengster. Mereka semua tiada pertalian darah tetapi kasih sayang antara mereka sangat mendalam. Qaseh Umaira (Mai) seorang budak nakal, petah berkata-kata, comot dan berhingus. Mai suka makan roti tawar cicah air susu. Abang-abang dan kakak-kakak di Teratak Markissa tahu kegemarannya itu dan untuk memujuk Mai hanya belikan roti tawar dan buatkan air susu serta makan bersamanya. Itu sudah cukup untuk memujuknya. Aiman (Ayim) merupakan kawan baik Mai dan dia menyimpan perasaan terhadap Mai. Elmiyya (Elmy) dan Arissa (Aris) merupakan kawan baik mereka. mereka mempunyai abang-abang dan kakak-kakak yang sentiasa melindungi mereka.

AS: Cabaran 50 Buku (30) Mungkin Nanti

Tajuk: Mungkin Nanti
Penulis: Anita Aruszi
Penerbit: Fajar Pakeer (2011)
645 Mukasurat
Harga: RM22.90(SM)/ RM25.90(SS)

Membaca sebuah lagi karya Anita Aruszi membuatkan saya tidak sabar untuk mengetahui pengakhirannya. Mungkin Nanti mungkin tidak banyak menampilkan kelainan dari novel-novel beliau yang terdahulu ( kecuali Kasihku Arina). Namun karya-karya beliau tetap saya suka.

Seperti biasa, watak-watak yang ditampilkan mempunyai kaitan masa silam antara satu sama lain. Aqila Murni, ditampilkan sebagai watak yang kurang sempurna. Walaupun berwajah manis namun, Aqi dilahirkan buta warna. Namun Aqi tidak pernah menyesali hidupnya yang tidak seindah hidup orang lain. Aqi juga tidak pernah mengenali ayahnya sejak lahir kerana ibunya diceraikan saat dia masih dalam kandungan.

Namun, ketika pertama kali bertemu Nadzihar Hakim (Zahar), entah mengapa dia dapat melihat warna-warna yang begitu indah apabila dia memandang Zahar. Walaupun Zahar tidak pernah menyukai Aqi kerana pernah terluka disebabkan seorang wanita yang bergelar ibu, namun takdir menemukan mereka berkali-kali sehingga akhirnya Aqi terpaksa tinggal sebumbung dengan Zahar.

A&N : Cabaran 50 Buku : (20) Tinta

Tinta
Nasron Sira Rahim, Syud, Pingu Toha
ISBN: 9789675118579
Penerbit: Jemari Seni Publishing Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mac 2011
Halaman: ~ 551
Harga: RM 21.50

~ Rasaku… ~

Seperti biasa aku memang akan selak helaian terakhir sesebuah novel :D Jadi bila saja melihat ilustrasi manga yang comel tu, aku dapat merasakan Ceritera III sebuah cerita yang comel. Tetapi aku simpan dulu kisah pasangan ini, kerana pembacaanku perlu bermula daripada ceritera yang pertama :D


Ceritera I: Wajah Ketiga oleh Nasron Sira Rahim

Ini merupakan kali pertama aku membaca karya NSR. Jadi bila ada wujudnya kisah tentang pembunuh obituari – Nama Atas Kertas, aku jadi teruja untuk tahu sama kisah itu. Jadi nampaknya kena pergi mencari novelnya yang itu [bocor lagi poket kecilku hik3 lalala5 :P].

Dalam kisah ini, pembunuhan seorang lelaki di banglo terasing di Mentakab menimbulkan banyak keraguan dan misteri. Mangsa dibunuh dan ditikam di tengah leher [gerun bila membayangkannya!], pembunuhnya pula meninggalkan teka-teki berupa jujukan nombor sebagai klu.

Inspektor Ridzuan yang bertanggungjawab menyiasat kes ini merasakan modus operandi mirip kepada pembunuhan bersiri di Kedah. Berganding bahu dengan Inspektor Faiz, mereka saling cuba merungkai misteri. Namun dalam menyelesaikan kes, masih terselit kisah rumah tangga Inspektor Ridzuan. Sedikit-sebanyak kisah itu mampu mengundang para pembaca untuk terus meneliti karya ini. Manusia, walau siapa pun dia memang tak bisa lari daripada masalah.

A&N : Cabaran 50 Buku : (19) Hidup Bukan Rahsia

Hidup Bukan Rahsia. Anda, Saya dan Kita
Zabrina A. Bakar

ISBN: 9789834353865
Penerbit: Wise Words Publishing Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mac 2010
Halaman: ~ 222
Harga: RM 24.50

~ Rasaku… ~

Pernah tak rasa bosan bila membaca buku motivasi? Atau pernah tak rasa diri tidak 'ngam' dengan siri-siri pembangunan jiwa? Pernah kan?

Jadi apa yang membuatkan aku selesa dengan karya penulis ini adalah kisah garapannya yang mudah untuk difahami. Tidak berselindung dengan kata-kata pujangga yang berlebihan, kiranya tiada juga jargon yang buat kita pusing kepala. Ayatnya mudah. Isinya padat. Memang cukup menyenangkan, malah ada masanya tidak terasa kita sedang membaca kisah motivasi.

Seperti tulisannya sebelum ini, 18 kisah inspirasi yang dibingkaskan kali ini masih dan akan terus relevan. Kisahnya juga menyingkap pengalaman penulisnya sendiri. Jadi pastinya ia lebih dekat di hati.

Daripada kisah ‘Si Abang dan Adiknya’ hinggalah kisah ‘Sembilan Pelari Pecut’ akan membawa kita mengembara dalam dunia Sis Zabrina. Prinsipnya mudah - belajar dan terus belajar. Jangan cepat merasa kita sudah bagus kerana di situ timbul riak. Diamlah kita di saat insan lain sedang berbicara, jangan cepat menyampuk atau mencelah walaupun mungkin kita lebih arif tentang topik yang diutarakan [baca selanjutnya Rahsia ke-16; Dengarlah, Ia pasti Berbaloi].

Jun 15, 2011

R: Cabaran 50 Buku: (47) Baju Melayu Hijau Serindit


Baju Melayu Hijau Serindit
Penulis: Syud
Terbitan Jemari Seni
Editor: Noor Suraya binti Adnan Sallehudin
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.90
9789675118593
430 mukasurat


Tak start baca lagi pun dah senyum :) Bila dah abis baca, lagi la senyum. :)


Kalau sesiapa yang sudah pernah membaca karya-karya Syud mungkin Pacai bukan nama asing lagi.


Watak Wardah pada permulaan cerita (sebelum berinteraksi dengan Pacai/Faris) kelihatan biasa-biasa sahaja. Tetapi apabila dia mula berinteraksi secara langsung dengan Pacai, keseluruhan jalan cerita yang kelihatan agak tipikal menjadi sangat istimewa dan manis :) Syud menggunakan keistimewaannya dalam mencetuskan dialog manis untuk menangkap perhatian pembaca. Tanpa dialog menarik seperti itu, jalan cerita ini akan kelihatan tipikal.


Pertemuan pertama sibaju hijau dan si kasut merah di kedai buku mungkin kelihatan biasa-biasa saja di mata kasar tetapi bermula di saat itulah kedua-dua mereka mula merasai kehadiran satu sama lain dalam pertemuan demi pertemuan yang berikutnya. Si dia yang tak bernama mula dirujuk sebagai Shrek dan Dorothy (dari Wizard of Oz) sebagai tanda pengenalan yang hanya mereka yang tahu.


Apa terjadi apabila Shrek dan Dorothy mula mengenali nama sebenar masing-masing (Firas dan Wardah)? Haha... love is in the air :)


Mengapa Wardah perlukan bantuan Firas yang baru diketahui namanya? Dia memerlukan seorang 'stranger' lelaki untuk diperkenalkan kepada ibunya sebagai teman istimewa demi untuk mengelak dirinya dari dipasangkan dengan Ilham, seorang lelaki yang baru putus tunang. Dia tidak mahu menjadi seseorang untuk 'fill in the blanks' walaupun hakikatnya dia terpersona dengan perwatakan Ilham.


Firas? Pucuk dicita ulam mendatang. Tak susah nak jadi 'boyfriend' kepada Wardah asalkan mereka tidak jadi 'bestfriend' macam Teja Aulia dan Adil dulu. Jadi boyfriend yang prihatin lebih mudah dari jadi bestfriend yang memendam perasan cinta. Kan? Ketika diperkenalkan ketika kenduri doa selamat di rumah keluarga Wardah, Firas sudah diuji untuk menjadi imam. Whoaaa, good luck Firas.


Firas tak dapat mengawal diri dari mencemburui Wardah yang kelihatan rapat dengan Abang Hanan. Dah pandai merajuk dah si Firas. Wardah pun dijentik cemburu sehingga terbeli beg berharga RM600 selepas terserempak dengan Firas dan ibunya bersama seorang gadis yang sangat jelita (yang rupa-rupanya seorang doktor). Comel pula tengok diorang cemburu. Semakin terserlahlah perasaan sebenar mereka.


Sesuatu akhirnya terjadi sehingga memaksa Wardah meluahkan perasaannya. Apa ya terjadi sampai Firas menerima 105 missed calls dari Wardah? Baca lah sendiri dan senyumlah seindah suria. hehehehehe *senyum*


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside/sinopsis


Dia ibarat seperti orang yg sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.


I
Hidup seorg Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).


Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan 'mencari jodoh' mama itu?


"Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun."


II
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah 'hilang' daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!


"Apa yang I dapat kalau I tolong you?"
"You dapat jadi boyfriend I."


Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati apda seseorang, orang itu pun tak nak percaya. Sedihlah :(

-----------------

SYUD selalu menulis dalam bahasa segar dengan gaya yg memikat. Ceritanya tentang jodoh, sentiasa manis. Baju Melayu Hijau Serindit sekali lagi membuktikan kalau jodoh tidak ke mana!

Keputusan Cabaran 50 Buku : May 2011

Salam Semua,

Alhamdulillah satu bulan lagi sudah berjaya kita lepasi. Pastinya masing-masing sedang berlomba baca untuk mencapai misi 50 buah buku untuk tahun 2011 ini kan? Bagi yang sudah hampir nak cecah angka 50, tahniah pada anda! Bagi yang masih belum cukup, jangan bimbang masih ada lebih kurang 7 bulan lagi untuk cukupkan jumlah bacaan anda.

Bagi kakwan pula, semangat membaca ada, tapi masa pula seakan tidak mengizinkan. Apatah lagi kerja-kerja pejabat sangatlah memerlukan perhatian. Tapi melihat senarai bacaan adik-adik buat kakwan bersemangat untuk mencuri masa membaca, apatah lagi buku-buku/novel-novel yang menimbun yang belum dibaca bagaikan setinggi menara KLCC dah! huhuhu

Oklah! untuk tidak membuang masa adik-adik semua, di sini kakwan senaraikan 10 ulasan terpilih antara yang terbaik yang telah dipilih oleh panel penilai.

1- Aimie - Mencari Suami@JS.Com
2- Ain - Sweet Sour
3- Arirada - Baju Melayu Hijau Serindit
4- AS - Valentina Nervosa
5- FHS - Langsir Biji Remia
6- MB - Perempuan Politikus Melayu
7- Rinn - Impikan Mentari
8- SAL - After Office Hour
9- WA - Kaca Jendela Ainnur
10- XX - Iman Suraya

Jun 14, 2011

WA : Cabaran 50 Buku : (17) Menunggu Hujan

Pengarang : Adileah
Halaman : 447
Tahun : Mac 2011
Terbitan : Jemari Seni Sdn Bhd
Harga: RM19.00
ISBN: 978-967-5118-56-2

Rasa Saya:

Selepas Pada Angin Aku Berpesan, Adileah muncul bersama karya terbaharunya Menunggu Hujan. Wah! suka ya dia bermain dengan ‘cuaca’?? Jangan selepas ini taufan pula sudah ya Lia! hehehe

Menunggu Hujan berkisah tentang Malisa; si gadis lulusan Ijazah dalam Bussiness Management, bekerja sebagai jururawat peribadi di rumah agam Cik Puan Juita janda kaya kematian suami. Cik Puan Juita yang lumpuh sebelah badan akibat serangan angin ahmar perlukan jagaan khusus. Ada enam tugas utama yang disenaraikan oleh Makcik Limah merangkap ketua pembantu rumah di rumah agam itu yang Malisa harus laksanakan.
Apakah enam tugas itu? Kamu harus baca untuk mengetahui jawapannya.

Menunggu Hujan bercerita tentang Hafiz; cucu bongsu Cik Puan yang ke-50 pulang bercuti bersama rakan-rakannya ke Kampung Padang Tenggala. Kepulangan yang pada asalnya bukanlah atas alasan untuk melawat neneknya yang sedang sakit, tetapi memandangkan dia tiada tempat ke mana harus dibawa teman-temannya bercuti, jadi ke rumah neneknya lah yang dia tuju. Sementelah pula rakan-rakannya tiada kampung halaman, jadi inilah peluang untuk mereka rasai suasana kampung.

Di bilik Cik Puan mereka bertemu buat kali pertama. Tanpa basa-basi mereka berkenalan. Perkenalan yang pada mulanya menjengkelkan hati Hafiz dan merimaskan Malisa. Perkenalan yang akhirnya menyatukan dua hati yang sering bertelagah menemui titik persefahaman yang dinamakan keserasian.

Di saat hati Malisa mulai lembut untuk menerima huluran kasih Hafiz, perkhabaran tentang status Hafiz merobohkan impian yang baru terbina. Dayang Suhaila; anak kenalan En. Mustapha; bapa Hafiz yang ada syarikat perkapalan bukan tandingannya. Dayang Suhaila adalah gadis pilihan Puan Rokiah; ibu Hafiz untuk digandingkan dengan Hafiz anaknya.

R: Cabaran 50 Buku: (46) Tak Mungkin Kuhindar


Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan Fajar Pakeer
Editor: Norhafedah Jamiyil / Sari Masrul
Cetakan Pertama 2010
RM22.90
Sabah/Sarawak: RM25.90
9789673650149
628 mukasurat


"Kasihku, sayangku, cintaku tiada dua, namun mengapa hatimu penuh curiga?"

Kisah cinta mereka bermula dengan lakonan untuk menyelamatkan Maria/Lia dari gangguan Wan, bekas teman lelaki Maria. Hisyam kebetulan berada di situ lalu bermulalah lakonan mereka yang membawa kepada pertemuan demi pertemuan. Maria cuba untuk tidak mempedulikan Hisyam kerana dia masih kecewa dengan tindakan Wan yang mengahwini wanita lain.

Hisyam sudah lama berkawan dengan Salina tetapi dia tidak pernah ada perasaan kasih kepada Salina. Maria yang baru dikenali sudah mengajarnya erti rindu. Hisyam dengan sabar mengorat Maria. Huluran cintanya akhirnya bersambut tetapi keakraban mereka dicemburui Salina dan Wan. Fitnah Wan terhadap Maria sedikit sebanyak menimbulkan curiga di hati Hisyam sehingga dia hampir-hampir kehilangan Maria.

Maria mempunyai trauma perasaan terhadap lelaki bergelar bapa. Dosa bapanya tidak terampun baginya. Tindakan ibunya menerima bapanya semula telah mengguris perasaan. Kisah cabaran hidup rumahtangga Hisyam-Maria disulam kisah dilema seorg anak sama ada menerima semula bapanya yang dulunya seorang yang kejam.

Jun 11, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (11) Quartet








Penulis : Saidatul Saffa
Halaman : 471
Harga : RM20.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2011



Secara ringkas :

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki daripada jalan yang tak terlintas dari hatinya.”

Misa, gadis yang sentiasa kecundang dalam masalah percintaannya. Sehinggakan adiknya yang lelaki berkahwin terlebih dahulu darinya. Mulut-mulut jahat mengata kononya dirinya tu ‘tak laku’. Sedangkan hakikat yang sebenar, hanya Misa yang memahami. Bukan dia tidak pernah bercinta tapi sudah takdir jodoh tak berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Dalam kehidupan Misa muncul empat lelaki dalam empat keadaan yang berbeza ketika empat jenis musim serta mempunyai empat jenis ragam dan semestinya empat jenis penamatnya.

Apabila Fadhil curang dengan sahabat Misa sendiri, Aina. Misa tekad membawa diri ke negara orang berkulit putih, US untuk melayan hati yang rajuk dan sakit itu. Kemudiannya, Tasik Mendota membawa pula Misa kepada pertemuan yang tak disangka-sangkanya, quotes milik seseorang yang bakal merubah kehidupan Misa selepas itu. Tapi sayang, dah tertulis pemilik quotes yang juga ‘Bilal’ versi moden tu rupanya tunangan orang. Sekali lagi hati Misa berkecai.

Misa tak putus asa. Ketika cuti musim panas, Misa yang berada di Melaka memburu pula cinta seorang USTAZ! Ketika inilah misi ’30 hari mencari menantu untuk mak’ bermula. Tapi disangka panas sampai ke petang rupanya ribut taufan melanda di tengahari. Ustaz Mustaqim yang Misa sangka seorang yang alim rupanya hanya topeng ustaz itu. Di luar sekolah taring Ustaz Mustaqim yang sebenar terserlah. Misa hampa. Sekali lagi hatinya pecah berderai.

E-Van a.k.a Van Elektronik yang menjadi pengunjung setia blog Misa membawa kisah yang berlainan pula. Misa sangka perkenalan mereka hanya sebagai rakan maya, tapi rupa-rupanya tidak. Apabila Misa dah bersedia untuk berubah ke arah muslimah yang baik Misa tekad untuk memutuskan perhubungan mereka di alam maya kerana tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit. Tapi takdir Tuhan bila dua pasang mata yang sebelum ini hanya berhubung melalui internet berjumpa lain pula jadinya. Misa kata dia tidak mahu tersalah tafsir lagi dalam hal hati ni. Kata E-Van pula dia tak pasti. Kalau sudah begini gayanya, apa kesudahannya?
Ironik bukan kisah Misa dengan empat lelaki tu. =)


Komen saya :

XX : Cabaran 50 Buku : (10) Jet Jonah


Penulis : Ika Madera
Halaman : 528
Harga : RM21.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2010
Cetakan 2 - 2011

Secara ringkas :

Mengisahkan tentang dua sahabat yang berkawan baik sejak kecil lagi, Muhammad Izzat dan Nur Jannah atau lebih dikenali Jet dan Jonah. Sewaktu kecil merekalah juara budak nakal Kampung Ayam Berjambul. Membotakkan pokok-pokok rambutan Pak Dollah kemudian disedekah kepada orang ramai. Sembunyikan baju budak-budak nakal dari Kampung sebelah, Kampung Burung Serindit. Panjat pokok kelapa, kononnya air kelapa muda kalau diminum boleh terang hati. Macam-macam lagilah yang dilakukan mereka berdua nie bersama-sama.

Sehinggalah kemucaknya Jet merajuk dengan Jonah gara-gara mereka membotakkan pokok rambutan Pak Dollah. Mereka dihukum oleh Yah, emak Jonah. Hukumannya mereka diikat di batang pokok rambutan yang penuh dengan kerangga tu sehingga waktu zohor. Sejak itu Jet merajuk dengan Jonah sampaikan Jonah hendak berpindah rumah pun Jet tak mahu berjumpa dengannya.

Jonah pula lain ceritanya disebabkan terbongkar rahsia asal usulnya, dia membawa diri ke Kota London. Tapi kalau dah ditakdirkan ada jodoh, bertahun lamanya terpisah pun berjumpa kembali. Rupanya mereka menetap di bumi yang sama. Sesi jejak kasih pun berlaku antara Jet dan Jonah. Tapi Jonah yang merasa rendah diri dengan kekurangan dirinya tu cuba menjauhkan diri dari Jet.

Jet tertanya-tanya apa salahnya dengan Jonah. Idea yang Ikhwan beri tak sia-sia. Jet berjaya berbaik dengan Jonah semula. Kali nie Jet tak akan melepaskan Jonahnya lagi. Perancangan di atur Jonah mesti menjadi miliknya.


Komen saya :

Jun 10, 2011

MB : Cabaran 50 Buku : (25) Badai Semalam

Judul : Badai Semalam
Penulis : Khadijah Hashim
Terbitan : K Publishing Sdn Bhd
ISBN : 978-983-852-545-9



1. Novel yang dicetak kali pertama pada tahun 1968.

2. Telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dengan judul, Storms of Yesterday, bahasa Sepanyol Tormentos del ayer, di samping beberapa siri cetakan dalam bahasa Melayu daripada penerbit yang berbeza seperti Alaf21 dan yang terbaru, yang berada bersama saya, 'K' Publishing Sdn Bhd cetakan pertama 2011.

3. Juga pernah dijadikan drama tv di RTM dan televisyen Singapura, selain menjadi buku teks sastera bagi pelajar peringkat SPM di Malaysia dan Menengah Empat di Singapura.

4. Khadijah Hashim merupakan salah seorang penulis wanita tanah air yang dikagumi tulisannya. Dilahirkan dan membesar di negeri Johor, sempat menjadi guru agama beberapa ketika sebelum berkhidmat sebagai wartawan di Kumpulan Akhbar Utusan Melayu.

5. Menulis dalam pelbagai genre termasuk novel, cerpen, puisi, skrip drama radio, buku kanak-kanak, dan beberapa lagi. Cerpen dan novel beliau telah beberapa kali diangkat menjadi drama televisyen. Selain Badai Semalam ini, Mawar Merah Di Jambangan, Sekapur Sirih Segeluk Air, Ditepi Pagar, Dekat Disayang Jauh Dikenang, dan lain lagi.

NH: Cabaran 50 Buku : (24) Jiranku Kekasihku

Penulis : Lysa Allysa
Penerbit : Fajar Pakeer
Sem. Malaysia: RM22.90

Jiranku kekasihku mengisahkan percintaan antara Shahrizal dengan Faiza yang tinggal berjiran. Shahrizal seorang doktor manakala Faiza seorang ahli farmasi. Mereka bekerja di hospital yang sama.

Kisah permulaan pertemuan antara mereka yang pertama berlaku di farmasi hospital apabila Shahrizal datang mengambil ubat untuk pesakitnya, kebetulan pada masa tersebut, Faiza yang bertugas menjaga kaunter farmasi.

Pada awal-awalnya, kehadiran Shahrizal sedikit pun tidak di pedulikan oleh Faiza walaupun kelibat jejaka itu sering kali melintasi di hadapan matanya. Jejaka itu juga seringkali mencari peluang untuk menarik perhatiannya.

Jun 9, 2011

DN - Cabaran 50 Buku : (11) Kasih Benar Kasih - Aleya Anessa

Akhirnya selesai juga aku membaca Kasih Benar Kasih (KBK)..buah tangan terbaru Aleya Anessa...cover KBK punyalah comel sampai aku terfikir,betul ke novel AA ni hehehe..dah macam cover buku cerita kanak-kanak je :D

KBK ni kisah apa sebenarnya? Kisah Annura dan Dinzley..sorang dah 29 tahun, sorang lagi dah 32 tahu tapi masing-masing masih belum berkeluarga...masing-masing masih sendiri..lantaran itu, kedua ibu bapa meraka yang kebetulan pulak kawan baik sejak sekolah, buat plan untuk menyatukan anak mereka..yang bestnya masing-masing kata "kami tak paksa" tapi dalam masa yang sama berharap agar mereka dapat bebrbesan..kelakar juga..sikap Annura & Dinzley ni memang kontra la juga...Annura tu garang la juga terutama sekali bila Dinzley asyik menyakat dia dan dan perasan bagus hehehehee *cukup la cerita takat tu..nak tau lagi sila baca sendiri*

Jun 8, 2011

AS: Cabaran 50 Buku (29) Langsir Biji Remia

Tajuk: Langsir Biji Remia
Penulis: Noor Suraya
Penerbit : JS Adiwarna ( 2011)
263 mukasurat
Harga: RM 17 (SM)/ RM19 (SS)

Disaat memegang novel ini hati berbunga ria kerana tidak menyangka dapat naskah yang istimewa ini berserta tandatangan penulis lagi. Lagipun saya tidak pernah mendapatkan novel JS Si Manis 17 dan saya tidak tahu apa perbezaannya dengan novel umum yang kerap kali saya baca. Namun hati tertanya-tanya juga, sesuaikah novel Si Manis 17 ini untuk saya yang sudah 3 kali ganda di luar lingkungan 17 ini? Malah rakan-rakan yang berkongsi membaca novel turut tertanya-tanya.Nantilah, akan saya kongsikan apa yang saya rasa tentang novel ini dengan mereka.

Setiap karya Noor Suraya yang saya baca tidak pernah hanya memberi rasa keseronokan membaca semata tetapi dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang diselitkan dalam setiap ayat bahasanya yang indah terjalin. (Bukan juga bermakna novel-novel lain yang saya baca tidak menyampaikan atau menyelitkan ilmu kepada pembaca-pembacanya. Setiap satu novel yang saya baca membawa makna yang tersendiri buat saya).Tidak usahlah dilihat dari segi bahasa yang digunakan, memang berada dalam kelas yang tersendiri,punya tarikan untuk terus dihayati.

AS: Cabaran 50 Buku (28) Aku Kan Novelis

Tajuk : Aku Kan Novelis
Penulis: Nurul Syahida
Penerbit: Buku Prima (2010)
455 Mukasurat
Harga: RM17.90 (SM)/ RM20.90 (SS)

Aku Kan Novelis merupakan karya kedua Nurul Syahida yang saya pernah baca. Walaupun pernah membaca dua karya beliau tidak bermakna saya sudah faham benar cara penyampaian penulis ini. Namun apa yang saya dapat rasakan, Valentina Nervosa dan Aku Kan Novelis ini mempunyai persamaan dari cara penulis menampilkan satu-satu watak. Saya akui begitu tertarik untuk mendapatkan novel ini selepas beberapa kali membaca komen-komen yang positif dari resensi pembaca-pembaca yang lain. Sejujurnya kalau perlu memilih antara dua novel ini, saya lebih suka Aku Kan Novelis.

Saya tidaklah begitu arif untuk menilai istimewanya novel ini dari segi apa. Namun, yang pasti, di dalam novel ini saya temui kelainan. Jalan ceritanya bukanlah kisah yang membelai jiwa dan membuat anda ingin menangis. Jadi pembaca yang sukakan cerita sebegitu mungkin tidak dapat menerima cara penyampaian penulis ini ( saya dan rakan-rakan sudah terlalu kerap berbeza pendapat tentang novel-novel yang saya suka tetapi mereka tidak suka dan begitulah sebaliknya). Benar, kerana masing-masing berbeza citarasa.

MB : Cabaran 50 Buku : (24) Gelombang Kebangkitan Asia


Judul : Gelombang Kebangkitan Asia
Penulis : Anwar Ibrahim
Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN : 983-62-5951-1



1. Siapa pula yang tidak mengenali nama ini, Anwar Ibrahim?

2. Tidak kiralah kalian orang Keadilan, atau Pakatan Rakyat, atau orang kerajaan Barisan Nasional sekalipun, nama Anwar Ibrahim cukup terkenal. Pemain politik tanah air yang sangat popular.

3. Kita terpaksa akui, sebagai kawan juga lawan, bahawa Anwar Ibrahim (Dato' Seri) merupakan tokoh yang sangat berpengaruh dalam dan luar negara yang memiliki pesona tersendiri apabila berucap di khalayak ramai.

4. Buku, Gelombang Kebangkitan Asia ini diterjemah daripada edisi bahasa Inggerisnya, The Asian Renaissance terbitan Times Editions Pte. Ltd. dengan sedikit penambahbaikan.

5. Buku ini, edisi bahasa Melayu, cetakan pertama tahun 1997. Dikarang semasa Anwar Ibrahim masih bersama dengan kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir, maka tidak hairan buku ini diterbitkan kembali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jun 7, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (45) Biru Ungu Cinta

Penulis: Noor Suraya
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN983-893-490-9
Harga: RM 17.90
M/S: 339
Cetakan 1 – 2003

MASIH ADAKAH CINTA BILA KASIH SAYANG KEHILANGAN MANA?

Blurb:

Biru itu warna cintamu, Fattah. Warna yang terpacar indah dari penjuru matamu. Dalam diam aku dapat rasakan cinta yang bersinar, cinta yang tidak pernah pudar. Hangat dan menyala. Tulus dan bening… Sedangkan ungu itu warna dukaku. Yang membeku di dalam hatiku, yang mengalir dalam jantungku dengan luka yang paling dalam, berdenyut nyilu… menjalar pilu… menjulang lesu.

Kak Chik menukil:

Cinta Seera Asyikin pada Fattah tidak pernah pudar walaupun dia telah melukai hati kekasihnya apabila dia menolak pinangan keluarga Fattah dua tahun dulu. Cinta yang mereka ikat setia sejak Fattah menjejaki bumi asing untuk melanjut pelajaran tidak mampu Seera gapai. Bukan Seera tidak setia tetapi Seera sedar kekurangan diri. Dia sudah tidak seperti perempuan lain. Dia sudah tidak mampu menjadi ibu sampai bila-bila.

Aimie: Cabaran 50 Buku: (44) Cinta Yang Kurasa

Penulis: Anis Ayuni
Penerbit: Alaf 21 (Grup Buku karangkraf Sdn Bhd)
ISBN978-983-124-677-1
Harga: RM 25.00 / RM 28.00
M/S: 638
Cetakan 1 – 2011

Usah biarkan kasihku sunyi menunggu seorang diri

Blurb:

Seingat Laila Nabila, tidak pernah Mir Shahriman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shahriman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shahriman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.

Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.

“Aku mencetus situasi dan reaksi yang menekan perasaanmu agar kau membenci. Hakikatnya Laila, aku mengoyak hati sendiri.”

Kak Chik menukil:

Aimie: Cabaran 50 Buku: (43) Quartet

Penulis: Saidatul Saffaa
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN978-967-5118-60-9
Harga: RM 20.00 / RM 23.00
M/S: 471
Cetakan 1 – April 2011

Blurb:

Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu
jalurannya tujuh;
dan salju pula jadi cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.

Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang
tanpa gelap malam.


Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun jarinya terluka.

Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?

Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah

*****
Buah tangan SAIDATUL SAFFAA kali ini dengan lembut mahu membawa anda mencari cinta yang hakiki. Mencintai diri untuk mencintai Allah.

Kak Chik menukil:

Aimie: Cabaran 50 Buku: (42) Tajdid Rindumu

Penulis: Dyza Ainun
Penerbit: Buku Prima (Grup Buku karangkraf Sdn Bhd)
ISBN978-967-0184-11-1
Harga: RM 25.90 / RM 28.90
M/S: 661
Cetakan 1 – 2011

Rindumu yang tersimpan, kulakar menjadi kejora yang bertamu di denai hati…

Blurb:

Pengorbanan V’na menamatkan zaman remaja bukan relanya. Demi keterpaksaan itulah, dia menerima lamaran Siti Dalila, isteri kepada Izzul Haqeemi. Menjadi isteri kedua yang penuh dengan jutaan dugaan. Pergolakan hati dan perasaan dalam rumah tangga yang tidak dibungai rasa cinta. Berhadapan pula dengan kecemburuan Siti Dalila kemudiannya. Apa lagi, ternyata, V’na telah Berjaya menganugerahi Izzul Haqeemi dengan gelaran paling istimewa, menjadi seorang bapa kepada bayi yang selama ini amat diharapkan oleh Izzul. Namun, V’na terfitnah oleh pelbagai hasutan yang didalangi oleh Siti Dalila. Berbaloikah sebuah pengorbanan?

“Akak ingat saya ni dah tak laku sangat? Kena jadi bini nombor dua kepada mamat tu? Oh, mintak maaf! Dia dah ada isteri yang begini cantik dan bergaya. Baik dan sempurna. Bandingkan akak dan saya, jauh langit dengan bumi, kak! Memang suami akak tu gatal! Miang!” – V’na

“Kakak sedar, kakak ni perempuan yang sangat malang. Kakak isteri yang tak sempurna. Kakak tak boleh menghadiahkan Abang Izzul dengan cahaya mata. Sedangkan Abang Izzul sudah lama teringinkan anak.” – Siti Dalila

“Abang tak berbohong, saying. Abang bersumpah dengan nama Allah. Abang benar-benar dah jatuh cinta dengan V’na. Bukan sekadar untuk mendapatkan zuriat malah untuk menawan seluruh cinta V’na!” – Izzul Haqeemi

*****
Pengorbanan selalunya seiringan dengan perjalanan hidup. Tanpa perngorbanan, hidup ini seperti basi dan hambar. Lalu, kuuntaikan Tajdid Rindumu, agar setiap mata menatapi karya kalamku mengerti betapa mahalnya nilai sebuah pengorbanan. Berkorban demi untuk insane tercinta kelak nanti akan dilukiskan takdir terindah di sisi DIA. Duhai hati dan jiwa yang sanggup berkorban, pengorbananmu itu tidak dipersia oleh-Nya. Akan tercatat kelak bersama bayaran yang tertinggi nanti. – Dyza Ainun

Kak Chik menukil:

Jun 6, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (8) Warna

Tajuk buku : Warna
Penulis : Nazurah Aishah, Rynsa , Nasz
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 569 m/s

Sinopsis Kulit Buku :

Warna I – Nazurah Aishah
Bukan Dipaksa


kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh
Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. Biarpun tiada Affan di sisi. Affan yang berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yang telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dengan nyawaku.

Warna II – Rnysa
Hikari Ainori


the love ride of hikari
Kisah ini adalah kisah cinta mereka yang pernah hilang. Kisah ini adalah kisah pencarian diri mereka yang pernah tersasar jalan.
Mencari semula cahaya hidup yang pernah suram.
Mencari kembali makna diri yang pernah pudar.

Warna III – Nasz
Karamel


karamel itu benda hangus yang sedap
Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.
“Bila pula saya suruh duduk?” dia tanya aku, keras.
“Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya ‘s-u-k-a’ berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula.” Aku jawab, lembut.
Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?

AS: Cabaran 50 Buku (27) Bukan Cinta Monyet

Tajuk: Bukan Cinta Monyet
Penulis: Hasliza Ismail
Penerbit: Kaki Novel ( Mei 2011)
476 Mukasurat
Harga: RM19 (SM)/ RM22 (SS)

Sebuah novel yang membawa anda kepada tema yang selalu kita temui dalam novel-novel yang lain. Kalau anda suka kepada gaya cinta tetapi cuba menafikan perasaan itu, yang akhirnya membawa kepada penyesalan kerana hero atau heroinnya terlewat untuk menyedarinya,maka inilah novel yang anda perlu baca.

Nurul Suhana, gadis biasa dari keluarga sederhana dan hanya mempunyai ibu satu-satunya ahli keluarganya. Kamal Ilham yang hadir dalam hidup Nurul Suhana dan ibunya umpama penganti yang dihantar untuk mengantikan arwah abang Nurul Suhana. Ikatan abang dan adik angkat yang terjalin semenjak Nurul Suhana berusia 9 tahun tidak menghalang Nurul Suhana daripada secara diam-diam menyintai Kamal Ilham. Sementara Kamal Ilham sudah ada pilihan hati yang sesuai dengan dirinya.

Disebabkan sedar akan jarak umur yang ketara dan perbezaan latar belakang, Nurul Suhana tidak mampu untuk menuntut rasa yang sama dari Kamal Ilham. Mungkin benar dia hanya seorang adik bagi Kamal Ilham.

Disaat, hatinya terluka kerana cinta terhadap Kamal Ilham, hadir Alvin dalam hidupnya. Lelaki yang serba-serbi sempurna dan ada segalanya, hadir umpama semangat baru untuk Nurul Suhana bangkit semula dari kekecewaan. Alvin hadir membawa bahagia buat Nurul Suhana yang sedang terluka.

Apa yang saya kurang suka tentang novel ini?

AS: Cabaran 50 Buku (26) Lasykar Pelangi

Tajuk: Lasykar Pelangi
Penulis: Andrea Hirata
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd (2009)
456 Mukasurat
Harga: RM28 (SM)/ RM31 (SS)

Pertama kali membaca karya sebegini. Perasaan dan beban pembacaan tidak seperti saya membaca novel-novel yang lain. Hampir 2 minggu saya cuba membaca dan memahami jalan cerita. Walaupun agak sukar tapi saya tetap berpuas hati dengan apa yang disampaikan oleh penulis. Ternyata begitu banyak perlajaran kehidupan yang boleh dinikmati melalui karya pertama Andrea Hirata ini.

Kisah ini adalah perjalanan kehidupan sebelas anak-anak Melayu Belitong dalam mengenal erti pendidikan dan perjalanan hidup di sekolah kampung Muhammadiyah yang ternyata tidak mudah kerana dibelit kemiskinan. Namun kesungguhan mereka untuk mendapatkan ilmu memang sangat mengagumkan. Mereka tidak pernah menyerah kalah walaupun keadaan tidak selalunya menyebelahi mereka.Alangkah bagusnya sekiranya anak-anak muda sekarang ini mempunyai semangat seperti mereka untuk mengubah hidup melalui dunia pendidikan dan pengajaran yang diperolahi melalui kehidupan.

Ain : Cabaran 50 Buku : (7) Nyanyian Tanjung Sepi

Tajuk buku : Nyanyian Tanjung Sepi
Penulis : Noor Suraya
Keluaran :Creative Enterprise
Halaman : 755 m/s


Novel Nyanyian Tanjung Sepi buat ainsabrina lama berfikir sendiri. wujudkah lelaki sebaik Aqmar dalam dunia ini yang bisa mengorbankan cinta sesama manusia semata-mata kerana cinta pada Yang Esa ataupun masih wujudkan lelaki sebaik Zainur yang setia menunggu bidadari tecinta?

Sinopsis Kulit Belakang

Dan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuanya...sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini. Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. Lalu bagaimana lagi harus aku kutip sisa hari-hari mendatang yang sirna itu, bersendirian?

Tanpa dia dan tanpa kamu? Aku betul-betul kesepian. Mana hilangnya semua masa lalu yang indah itu?

Aqmar: Senyuman itu membuat hutan rasanya terbakar, dan lirikan mata sang bidadarinya membuat beku hatinya bisa cair.

Zainur: Beku hatinya pernah 'sekali' cair dengan panahan mata sang dewi cinta. Cintanya pernah hangus pada sinar api renungan dia.

Khalida: kekasih, akulah rusuk kirimu yang hilang itu!

...................................................

Sharifah Nuur Khalida, namanya secantik wajahnya hinggakan Doktor Aqmar Aziz yang sudah membujang lama jatuh cinta. Bagi Aqmar, Khalida ibarat bidadari cinta yang menghangatkan kembali rasa cintanya setelah kehilangan Tunku Dara Aida. Namun sebaliknya pada Khalida, dia langsung tiada rasa buat Aqmar hinggakan dia memberi gelaran doktor gatal pada Aqmar.

R: Cabaran 50 Buku: (45) Kau Selalu Ada


Kau Selalu Ada
Penulis: Durrah Fatiha
Editor: RUzita Awaludin
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
479 mukasurat
9789831245378


"Indahmu persis kerlipan bintang melatari pekat malam..."


Menarik juga kisah tiga gadis nakal ni. Keakraban mereka disenangi keluarga malah mereka kelihatan lebih akrab daripada adik beradik. Qayyim yang merupakan abang kepada Malihah secara tidak langsung turut memainkan peranan sebagai seorang abang juga kepada Syahindah dan Nurnisa. Qayyim memang arif benar dengan kerenah tiga gadis itu yang kadang-kadang tidak terduga. Pukul 3 pagi sambut birthday sbb mak dia bagitau dia dilahirkan jam 3 pagi. Setelah tamat belajar, ketiga-tiga mereka bekerja di syarikat Qayyim.


Malihah kurang berkenan pada Syiqin, gadis yang berjaya mencuri hati Qayyim. Dia nampak sendiri sikap sebenar Syikin yang disembunyikan di sebalik senyuman manis. Malihah mencadangkan agar Syahindah dan Nurnisa mengorat abg Qayyim supaya perhatian Qayyim dapat dialihkan dari Syiqin. Tanpa mereka ketahui, Qayyim terdengar rancangan licik mereka dan bersedia menghadapi pelaksanaan misi menggodanya oleh si Indah dan Nisa dengan hati yang senang :) Qayyim memberi kerjasama yang sangat baik sehingga Indah dan Nisa sendiri terkejut dgn respond dari Qayyim. Permainan bertukar menjadi sesuatu yang serius apabila ketiga-tiga hati telah tersentuh oleh perasaan halus. Qayyim memutuskan hubungan dengan Syiqin dan memilih Nisa menjadi tunangannya. Indah yg lebih pendiam menyembunyikan kekecewaan agar persahabatan mereka terjaga. Pertunangan dengan Nisa telah menjauhkan Indah dari Qayyim. Qayyim baru menyedari yang dia lebih selesa bersama Indah berbanding Nisa. Indah merupakan teman berbual yang sangat baik. Malah aktiviti kemasyarakatan yg sering disertainya menunjukkan keikhlasan hati Indah yang sangat luhur. Selepas bertunang dgn Nisa tu barulah 'chemistry' antara Indah dan Qayyim terserlah.

R: Cabaran 50 Buku: (44) Datang Dengan Indah


Datang Dengan Indah
Penulis : Sarnia Yahya
Editor: Eve Hawa / Sari Masrul
Terbitan Fajar Pakeer
RM20.90
Sabah/Sarawak: RM23.90
523 mukasurat
9789673650187

"Setelah berkurun menjemput rindu,
haruskah kumenunggu..."

Rasanya bukan kali pertama Sarnia memilih untuk melayarkan kisah cinta selepas kahwin. Kalau kisah adik yang mengganti kakaknya di pelamin, part yang paling aku tunggu adalah bagaimana penulis menangani scene kembalinya si kakak ke dalam hidup mereka.

Izzuddin hanya membilang jam untuk disatukan dengan kekasih hatinya Ruzana. Tetapi dia terpaksa menerima Ardini sebagai isteri kerana Ruzana telah lari dua hari sebelum hari pernikahan. Ardini menerima Izz yang dianggap seperti abang sendiri dan terpaksa melupakan kekasih hatinya, Farhan yg merancang untuk merisiknya sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Kisah mereka bermula 5 tahun kemudian. Ardini dan Izz tinggal bersama ibu Izz. Ibu Izz memang sedia maklum mereka tidak tinggal sebilik, hanya berinteraksi seperti rakan serumah. Izz banyak melepaskan amarah jiwanya terhadap Ruzana kepada Dini. 5 tahun telah menyerlah Dini sebagai seorg yang jauh berbeza dari Ruzana yang memandang jenama dan kelas. Dini hidup dalam keadaan yang penuh kesederhanaan, malah ibu Izz amat menyayangi Dini. Izz keliru dengan perasaan sendiri apabila Dini menuntut janjinya 5 thn yang lalu. Dia pernah berjanji akan melepaskan Dini selepas Dini menamatkan pengajian. Namun tarikh itu telah berlalu 3 tahun yang lalu tetapi Dini masih lagi bergelar isterinya.

Jun 3, 2011

WA : Cabaran 50 Buku : (16) Tinta

Pengarang : Nasron Sira Rahim; Syud; Pingu Toha
Halaman : 551
Tahun : Mac 2011
Terbitan : Jemari Seni
Harga: RM21.50 (Sem. M'sia)/RM24.50 (Sabah/Sarawak)
ISBN: 978-967-5118-57-9


Blurb:

Tiga ceritera dalam sebuah TINTA

Ceritera 1 - Wajah Ketiga ~ Nasron Sira Rahim

Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.

Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?
Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?

***

Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud

Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.

“Sufiy.”
“Ya?”
“Nama saya Ameer.”
“Oh. Jumpa lagi, Ameer.”


Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?

***

Ceritera 3 - Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)

Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?

Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.

Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta?

~~***~~***~~***~~


Rasa Saya

Salah satu kriteria yang saya guna pakai ketika membuat pemilihan novel untuk dibaca di kala masa luang yang terhad adalah novel kompilasi. Selain durasi ceritanya yang pendek berbanding novel biasa, saya juga boleh habiskan bacaan hanya dengan sekali baca untuk setiap cerita. Andai kata masa memang tidak mengizinkan, saya boleh saja menyambung bacaan saya (cerita yang seterusnya) di hari dan waktu yang lain tanpa rasa teringat-ingat bagaimana kesudahan kisah tersebut. Dan salah satu kompilasi novel yang telah berjaya saya habiskan adalah Tinta.

SAL: Cabaran 50 Buku: (7) Langsir Biji Remia


Tajuk novel : Langsir Biji Remia
Penulis : Noor Suraya
Terbitan : Jemari Seni

Blurb:

Duha, pandanglah mataku yang berbisik... Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna
lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?


Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.

Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?

Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.

* * * *
Kelebihan karya NOOR SURAYA terletak pada bahasanya yang lembut berserta ceritanya yang memikat. Pemegang ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya ini menulis dengan hatinya. Disiplin menulisnya diterap sejak menjadi pelajar Komunikasi di Universiti Sains Malaysia lagi. Munsyi Dewan ini pernah memenangi beberapa hadiah penulisan antaranya Hadiah Utama Sayembara Cerpen Esso-Gapena IX (1992) dan Hadiah Penghargaan Menulis Cerita Kanak-kanak Mobil-DBP (1998).

SAL: Cabaran 50 Buku: (6) Mencari-Suami @JS.com


Tajuk novel : Mencari-Suami @JS.com
Penulis : Normaslina Masri
Terbitan : Jemari Seni

Blurb:

Nama aku unik: Sofea Saloma. Macam primadona. Hidup aku? Tak glamor mana pun. Kerja aku mula jam 9, habisnya jam 9 juga; 12 jam sehari, 5 hari seminggu.

Hari datang dan hari pergi. Sampai aku tak ingat yang umur aku kena tambah SATU setiap kali Januari tiba. Sehinggalah satu hari emak beri aku kata DUA.

Waktu itu, baru sedar umur aku depannya dah ada angka TIGA
Masa itu aku baru sedar aku ada masalah besar: fasal L-E-L-A-K-I
Sebabnya?
Aku tiada teman lelaki yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa!!!

Setelah aku (+ - x ÷) = inilah keputusan yang aku ambil:

Tarikh Iklan: Jumaat, Sabtu & Ahad
Saiz: 2Rx10cm
Edisi (keluaran): Edisi Utara, Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak.

Wanita Melayu, beragama Islam, berperwatakan sederhana, 33 tahun, berpelajaran, ingin mencari calon suami yang mempunyai kriteria seperti;
(a) bekerja tetap
(b) berumur sekurang-kurangnya 33tahun ke atas
(c) bujang/duda sahaja
(d) beragama Islam

Sesiapa yang berminat sila e-mel maklumat peribadi kepada mencarisuami@yahoo.com sebelum 15 Oktober 2010.

Perjalanan hidup yang tidak pernah aku jangka pun bermula...

SAL: Cabaran 50 Buku: (5) Jodoh atau Cinta


Tajuk novel : Jodoh atau Cinta
Penulis : Iman Nizrina
Terbitan : Kaki Novel

Blurb:

Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.

Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.

Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

SAL: Cabaran 50 Buku: (4) Dia & Dia


Tajuk novel : Dia & Dia
Penulis : Bunick Firdaus
Terbitan : Jemari Seni

Blurb:

Dia hadir dalam hidupku untuk menyembuhkan rawan yang bersarang di dada. Sedangkan dia yang pernah hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku mencintai dia yang seorang lagi?”

Cinta dan kasih yang saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?
Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. Telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? Apa yang tidak kena dengan hatinya yang sekeping ini?

Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa!

Antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?

Nukilan pertama BUNICK FIRDAUS ini cuba menyelami bilau hati seorang wanita pada dia yang mahu berkongsi hati dengannya. Bukankah ‘keliru’ itu maknanya hati sudah tersentuh? Biarlah Dia & Dia menjelaskan semuanya!

Jun 2, 2011

SAL: Cabaran 50 Buku: (3) M.A.I.D


Tajuk novel : M.A.I.D
Penulis : Suri Ryana
Terbitan : Kakinovel

Blurb:

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

ZAR : Cabaran 50 Buku : (1) Rembulan Tenggelam Di Wajahmu


Pengarang: Tere Liye
Terbitan:


Apakah pernah kita terfikir, tertanya-tanya, mempersoalkan takdir-takdir yang tertulis untuk kita?

Lalu buku ini pasti pantas ‘menampar’ anda dari berandai-andai dengan kehidupan yang sudah tertulis di Luh Mahfuz.

Menatai tulisan-tulisan Tere Liye yang tak pernah tertinggal dari bercerita mengenai emosi anak-anak kecil, ternyata memerlukan persediaan untuk mengalirkan air mata.

Rehan atau Ray mendapat jawapan akan soalan-soalannya berkenaan takdir hidupnya bermula dia menginjak 14 tahun. Kisah anak yatim piatu berasal dari rumah anak yatim, memilih hidup gelandangan sesuka hatinya ini, memang tak haus dari pengalaman dan musibah yang pada fikiran-‘kita mengapa harus sesedih itu? Mengapa mesti sekejam itu takdir padanya?’

Namun pada usia 60 tahun, dia dapat melihat hikmah, atau akibat mahupun musababnya mengapa Allah menentukan takdirnya begitu. Maha suci Allah, setiap satu itu memang mempunyai perkaitan. Dari sekecil-kecil benda.. semunya punya hikmah, dan dalam perancanganNya.

Apa yang tersentuh bagi saya ialah saat kematian Diar, sahabatnya di rumah anak yatim, yang menjawab soalan pertamanya, ‘mengapa aku perlu menghabiskan masa kanak-kanaknya di sini?’ Di rumah anak yatim yang Penjaga rumahnya berlagak suci dan alim sedangkan duit zakat selalu masuk dalam tabungannya untuk ke naik haji. Yang selalu memukulnya sehingga berbirat, dan seribu macam kutukan pada rumah anak yatim itu.

Diar yang teruk dibelasah akibat perbuatan Ray, sebelum menghembuskan nafasnya, secara tidak lansung sempat menggerakkan hati Penjaga rumah berniat busuk itu, supaya bertaubat. Saat kematian Diar menjemput, yang diingati ialah jasa Ray yang pada mata orang lain biasa-biasa saja. Diar yang jujur, telus dan aneh itu..telah berjaya mengubah hati manusia. Satu konsep yang dapat dipelajari dari cebiasan plot ini. ‘walau sekecil mana kebaikan yang kita lakukan, sekali pun tidak sengaja, ketahuilah, ia punya sebab dan akibat. KEBAIKAN DAPAT MENGUBAH TAKDIR. Kecil besar perbuatan kita,langit juga yang menentukannya.

Perbuatan jahat, tidak boleh dibalas jahat. Itu konsepnya. Tetapi Ray tidak memahami itu. Tatkala lukisan Ilham dikoyakkan, dia membalas dengan kekerasan. Perbuatannya malah memporak-porandakan nasib manusia sekelilingnya. Natan malah tidak layak menjadi penyanyi, kerana suaranya rosak dibelasah pendendam, Ilham tidak pun berjaya memasuki pertandingan seni itu. Ray tidak memahami tindakan yang disangka sebagai membela ‘adik-beradiknya’ di Rumah Singgah itu, ternyata mengubah hidup mereka 180 darjah dari impian mereka. Itu yang dilihat oleh Ray. Namun siapa tahu, dengan sebab itu, Natan menjadi composer terkenal, malah Ilham menjadi pelukis berjaya sehingga lukisan rembulannya menjadi milik Ray tanpa Ray tahu siapa pelukis lukisan berharga ribuan itu.

Saya suka memetik kata-kata Bang Ape yang dipegang Ray sehingga berjaya menjadi orang berjaya. “Kalian mungkin memiliki masa lalu yang buruk, tapi kalian memiliki kepal tangan untuk mengubahnya kepal tangan bagi menentukan nasib kalian hari ini, kepal tangan yang melukis sendiri masa depan kalian”

Bagi seluruh hidup Ray, ada satu garis bahagia yang berlangsung selama 6 tahun. Iaitu saat bersama isterinya, yang tidak kurang beza nasibnya dengan Ray. Penulis berjaya melukis, malah seperti video, menayangkan pada kita saat-saat gembira, melihat letupan bunga api di atas atap bangunan. Tak keterlaluan, biasa kita lihat, pasangan bercinta di drama-drama romantik korea, Jepun. Saat itulah si gadis tersentuh dengan penghargaan lelaki terhadap dirinya yang hina. Namun sekali lagi Ray menyalahkan takdir, mengapa saat bahagianya hanya terhad untuk 6 tahun sahaja? mengapa isteri yang digelar Si gigi arnab itu mati ketika melahirkan bayinya tanpa sempat dia tahu pun nama bayinya itu? mengapa sekejam ini takdirnya?

Dalam meniti kehidupannya saya memerhatikan, Ray pasti saja terselamat dari sesuatu musibah kerana keratan akhbar yang dibawa kemana-mana dikocek seluarnya. Akhbar yang menyingkap sejarah hidupnya. Sejarah hidupnya yang paling tidak ingin diingati, yang paling dibenci Ray. Yang menyebabkan Ray percaya, jika hari itu tidak terjadi, segala musibah ini, pasti tidak berlaku padanya.

Satu lagi latar masa tipikal novel ini, setiap musibah yang menimpa Ray pasti pada hari kemenangan, Aidil FItri. Jika tidak keterlaluan dikatakan, lebaran pasti memberi corak baru dalam hidup Ray.

Soalan-soalan Ray ini dijawab ketika dia dalam koma. Dalam komanya dia dibawa oleh ‘si wajah menyenangkan’ mengintai hikmah dibalik tulisan-tulisan takdir padanya. Jika dalam komanya Ray mendapat jawapan, saya pula ditinggalkan soalan. Benarkah orang koma melihat peristiwa begini? Apakah sebenarnya yang terjadi kepada mereka yang koma? Adakah mereka sebenarnya ‘hidup’? Atau secara totalnya apakah itu KOMA? Apa yang sya fahami,secara saintifiknya, koma adalah semakna dengan misteri. Mistik.

Dan Ray juga meninggalkan persoalan, mengapakah beliau diberi ‘kelebihan’ ini? Melihat kehidupan lampaunya? Menjawab 5 persoalan tentang rahsia kehidupannya?
Kerana tabiat suka melihat bulan. Dalam prasangka buruk Ray terhadap takdir Tuhan, dia melihat bulan sebagai tanda kasih sayangNya. Dia merasakan dia dan makhluk yang menerima nikmat cahaya bulan itu, adalah tanda kasih sayang Tuhan untuknya dan seluruh alam. Lihat? Benarlah kita tak tahu, mana satu perbuatan kita yang diredhai Allah.

Apa yang boleh disimpulkan, kita tidak perlu menunggu sehingga komabarulah dapat melihat hikmah disebalik takdir kehidupan kita. Apa yang perlu kita fahami, cuba mengerti dan percaya, bahawa hikmah itu selalu tersusun di sebalik setiap apa yang kita lakukan. Hanya ia satu-tersembunyi. Kitalah yang harus mencari. Setiap takdir yang ditentuan untuk kita, itulah yang terbaik bagi kita. apa yang kita buat sekarang ini hanya perbandingan. Siapa kita untuk meng’gredkan’ ketentuan agi kita itu? Gagal dalam peperiksaan adalah satu musibah, kesedihan- 50 peratus.Punya kereta besar, adalah satu kebahagiaan –seratus peratus. Walhal semua ketentuan Allah bagi kita, itulah SERATUS PERATUS terbaik untuk kita..

p/s: jika kamu mahu tahu, Tere Liye, adalah penulis ‘kejam’. Watak anak-anak kecil yang ditulisnya, selalu menyedihkan. Sampai aku selalu tertanya, wajarkah sekecil itu kehidupan mereka ditulis sekejam itu, mereka, kan insan tidak berdosa? Lalu aku menjawab sendiri, memangnya dia penulis buku itu, dialah yang berhak menentukan nasib watak itu. Sepertinya aku, adalah ‘watak’ dalam ‘tulisan’ Dia. Lalu apa saja, watakku, malah Dialah yang berhak melukiskannya. Tak percaya? Bacalah HAFALAN SOLAT DELISA atau MOGA BONDA DISAYANG ALLAH!

---
ZAR