Mar 7, 2011
Ain : Cabaran 50 Buku : (5) Cinta Kepala Batu
Tajuk buku : Cinta Kepala Batu
Penulis : Ayu Emelda
Keluaran : Alaf 21
Halaman : 487 m/s
SYAIRA & ADAM tak pernah sebulu.. setiap kali berjumpa ada saja perbalahan yang berlaku.. tanpa sangka ADAM memendam rasa sedangkan SYAIRA menanam benci.
kematian IMRAN (abang kandung ADAM) & SELINA (kakak kandung SYAIRA) memberi kejutan yang besar buat mereka berdua.
wasiat mereka meninggalkan amanah buat SYAIRA menjaga anak-anak mereka –NADIA & NICKY
menjaga NADIA (5 thn) dan NICKY (14 thn) menjadi cabaran besar buat SYAIRA lebih-lebih lagi NICKY, gadis remaja yang sedari awal tidak senang dengan SYAIRA yang gak tegas dalam mendidik. ADAM yang rapat dengan NICKY mula campur tangan bila sering saja SYAIRA & NICKY membuat 'perang saudara'.
kerana kasih pada mereka berdua, ADAM asyik campur tangan. dia berimpian selepas dia berkahwin dengan tunangnya ADLEENA, dia ingin mengambil hak penjagaan anak sedarnya. namun ADLEENA ternyata tidak setuju. Pertemuan ADLEENA dengan kekasih lama dicampur dengan ketidakpersefahaman yang berlaku menjadi titik tolak kepada terputusnya hubungan pertunangan mereka.
kerana kasih pada kedua-dua anak sedaranya dan juga kasih pada SYAIRA-perkahwinan antara ADAM &SYAIRA terjadi. dari musuh, mereka sudah boleh bertukar-tukar pendapat.
namun ujian menimpa. perkahwinan yang tidak berapa disukai ibu ADAM berserta dengan beberapa salah faham antara ADAM & SYAIRA menyebabkan perhubungan mereka menjadi hambar. ADAM jauh hati manakala SYAIRA memendam rasa.
lalu SYAIRA berkeputusan membawa diri sementara waktu bertemankan NADIA & anak ADAM yang dikandungnya.
setelah pemergian SYAIRA, baru kisah sebenar terkeluar. SYAIRA sudah jauh hati-jadi mampukah ADAM mengambil kembali hati SYAIRA?
komen ainsabrina :
citta ni agak complicated. cita orang dewasa ckit. jadi overallnya ok2 je ^^
sumber: ain sabrina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment