Mar 3, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (12) Tiga Ceritera dalam Sebuah Damai

Judul: Tiga Ceritera dalam Sebuah Damai
Penulis: Saidatul Saffaa, Noor Suraya, Syud
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Harga: RM21.50 / RM24.50
M/S: 592
Cetakan 1 - April 2010
ISBN 978-967-5118-40-1

Blurb:

Ceritera I
Damai - Saidatul Saffaa


"Kamu orang mana?"
"Malaysia." Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa...panas.
"Panas ke?"
'Pakcik' muda ni boleh baca hati orang?
Kemudian...
Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus.
Baju tu... topi tu...sesusuk tubuh itu.
Ya Allah... apa yang terbentang di hadapan matanya ini?
Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?

Ceritera II
Yang Jauh di Pulau - Noor Suraya


"Terima kasih." kata Piyan.
"Bukannya buku ilmiah pun!" Dia merendah diri.
Piyan membaca catatan dia...

Sophan Sophian,
Selamat memasak! ~ Syuhada

"Formalnya."
"Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat."
Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan 'dia' - si penjual ikan.
Cinta rahsianya!

Ceritera III
Langit... Tetap Biru - Syud


Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.
Kata Zahra pula, dia bukan menunggu. Cuma 'dia' sentiasa ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru...
jika ada awan yang meliputinya?
tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlan.
...kerana pada Zahra, langit tetap biru!


Kak Chik menukil:

Ceritera I


Pertemuan yang pertama apabila Nas menjejaki kaki di bumi Turki. Orang pertama yang menyapanya, orang pertama Nas begitu percaya di bumi asing yang tidak pernah dijejak, orang yang pertama membawa Nas dari Ataturk Airport ke Aksaray. Pakcik muda yang pada mata Nas amat kacak, pakcik muda yang buat hati-hati Nas berbunga-bunga pada pertemuan pertama dan pakcik muda yang buat Nas berpeluh pada musim panas.

Nas menjejaki kaki ke bumi Turki demi untuk melunaskan kajiaan sarjananya terhadap tamadun Uthmaniyah di bumi bertuah itu. Pelbagai tempat dan sejarah yang cuba dirungkai Nas dengan bantuan keluarga Pakcik Fateh yang sungguh baik hati. Namun kepada anak lelaki Pakcik Fateh itu bagaikan melancarkan perang dingin terhadap Nas.

Hari-hari yang dilalui sungguh bermakna buat Nas sehinggalah dia melihat sendiri dengan mata kelapanya pakcik muda itu berjalan terhuyung-hayang sambil menyanyi-nyanyi, ketawa seorang diri.

"Naseema... Naseema."

Lalu Nas membawa diri ke Konya untuk menjauhi pakcik mudah yang sudah menambat hatinya. Di sana Nas menemui nilai diri yang lebih hakiki. Dia jadi lebih dekat dengan Allah selepas mengikut Reyhan mengikut perjumpaan keagamaan. Nas sudah banyak berubah ke arah kebaikan.

Namun kehadiran tulip merah itu cukup menggangu Nas. Siapa lagi kalau bukan pakcik muda itu?

Sejauh mana Nas melarikan diri, namun janji Allah tetap itu...al-Fatih juga untuk Tun Fatimah...

Menyusuri kisah Nas-Sadiq yang memberi seribu pengajaran. Jika hidayat Allah itu sampai, maka ia akan merubah sesuatu itu dengan janji-Nya.

Suatu pengakhiran yang sungguh manis buat Nas yang bersusah payah mengejar cinta Sadiq selepas dia menolaknya.


Ceritera II

Karya Kak Su masih ada lagi hubungkait dengan karya-karya terdahulu. Yang Jauh di Pulau bagaikan terlekat kemas di hati Kak Chik. Mungkin kerana Kak Chik berada di bumi Yang Jauh di Pulau.

Piya-Piyan yang sungguh comel pada mata Kak Chik. Pertemuan di 'market' yang membuat hati Piya bagaikan tertarik-tarik mahu sentiasa mengintai Abang Piyan yang kacak dan tinggi walaupun hanya menjual ikan.

Piya anak gadis yang sedang menunggu keputusan STPM, bercuti di rumah tok. Tolong tok mengajar mengaji mukaddam pada anak-anak kampung. Ikut tok pergi kenduri. Tok Chik ni semua benda boleh buat. Tok Chik dengan keluarga Abang Piyan, macam ada bau-bau bacang juga la.

Namun kerana salah faham Piya menjauhkan diri dari Piyan. Bertahun Piya tidak pernah jejak lagi pulau tu walaupun rasa rindu yang menggunung pada Tok. Dan selepas 2 tahun, Piya akhirnya menjengah Tok yang sudah semakin uzur. Tok sudah tak mengajar budak-budak mengaji muqadam lagi. Kawasan rumah tok pun sudah kurang terjaga. Namun rasa pada 'dia' kadang-kadang datang juga mengetuk hati Piya.

Ohhhh....sangat geram pada Busu yang sudah tidak amanah pada kiriman Piyan buat Piya. Busu tu tak patut buat Piyan macam tu. Ada ke patut dia buang sebahagian surat Piyan buat Piya.

Dan saat Piya berbahagia bersama tok untuk menyiapkan buku resepi mereka, pemergian mengejut tok begitu terasa. Malah dia turut dituduh mahu membolot harta tok oleh Pak Long sekeluarga.

Dan kerana buku resepi juga yang membawa Piyan menjejaki Syuhada.

P/S: Jangan sesekali membuat keputusan tanpa bertanya...Heheheheh...


Ceritera III

Zahra, meminati Fikri secara diam selepas mereka habis belajar di matrikulasi. Rahsia yang menjadi pegangan Zahra bertahun lamanya. Dan dalam masa yang sama Hani, kawan baik Zahra bercinta dengan Fikri.

Dan selepas terputusnya hubungan Hana dan Fikri, apabila Fikri tergerak hati google namanya sendiri di lawan web dan terjumpa sebuah blog yang mencoret kisah tentang hari seorang gadis. Lalu Fikri bagai tergerak-gerak hati untuk menyiasat siapa yang menggunakan namanya. Kebetulan atau sebaliknya.

Dan pertemuan-pertemuan ketika majlis perkahwinan teman-teman dan jamuan kecil di rumah Azri juga bagai mencetus untuk menyingkap rahsia.

Jalan cerita yang biasa-biasa yang dicoretkan oleh Syud tetap manis untuk dibaca hingga mengikat kita untuk tahu penghujungnya...


LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-
(^_^)

2 comments:

Noor Suraya said...

Salam Kak Chik,

Terima kasih untuk ulasan yang manis :) Yang Jauh di Pulau kaksu rakamkan untuk wanita-wanita yang telah mengajar kaksu menjadi 'perempuan'.

- Noor Suraya -

aimie_afifah said...

Salam Kak Su,
Terima kasih kerana singgah baca resensi yang saya tulis...