Mar 4, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (2) Sweet Sour

Sweet Sour
Nasz
Penerbit : Jemari Seni
harga : RM21.00
Cetakan pertama 2010


" kepekaan saya"

Kisah percintaan Lia dan Zarul terpapar dalam novel Sweet Sour (SS). Lia dan Zarul telah lama menyulam kasih, tapi sayang seribu kali sayang, mereka di takdir terpisah disebabkan tahap kelembapan Zarul di dalam menangani masalah kehidupan masa silamnya.

Kehadiran Joe, iaitu abang kepada Zarul dalam hidup Lia membuatkan kehidupan Lia sedikit huru-hara. Joe atau lebih dikenali oleh Lia sebagai Joe Jambul. Lia yang asyik menyulam kasih bersama Zarul tetapi jodohnya kuat dengan Joe. Joe jatuh cinta pandang pertama pada bila Lia bila terpandang Lia yang selalu bertandang ke rumah keluarganya.

Banyak kejutan yang berlaku dalam perjalanan cerita. Mungkin penulis mahu pembaca merasa apa itu manis dan apa itu masam.

Kejutan pertama bermula apabila Zarul dengan tiba-tiba menghulurkan kad jemputan perkahwinanya dengan gadis pilihan keluarga kepada Lia. Lia begitu terkejut dan terlalu kecewa dengan keputusan yang Zarul lakukan untuk menikahi gadis lain bukan dirinya. Padahal, antara Lia dan Zarul tidak pernah berlakunya sengketa atau perselisihan faham. Sedangkan hubungan Lia dengan keluarga Zarul juga teramat rapat. Memang agak pelik dengan tindakan Zarul menikahi gadis lain. Cukup terkejut dengan tindakan Zarul.

Joe mula memainkan peranannya untuk mengambil alih kedudukan Zarul dalam kehidupan Lia malah berjaya menikahi Lia. Alasan Lia? mungkin Lia hendak selalu dekat dan hampir dengan Zarul, tidak dapat kawin dengan Zarul, dapat tengok Zarul setiap masa pun dah kira bagus kan. Peranan Joe untuk memikat dan menakluki hati dan fizikal isterinya agak sukar. Bertahun-tahun menyulam kasih dan cinta, bukan mudah untuk Lia terus membuang Zarul dari ingatan dan hatinya. Tapi Joe seorang yang romantis dan Joe tidak pernah menyembunyikan masa silamnya dari Lia. Dulunya Joe seorg playboy yg telah mendampingi ramai wanita sepanjang hidupnya. Lia berjaya mencuri hatinya dan dia sudah tiada hati kepada wanita lain. Memang Joe tidak pernah buang masa apabila bersama Lia, mesti dia akan cuba mengambil hati Lia dan bersikap romantis.

Joe memang mahu berubah dari perangai jahat menjadi baik, demi untuk Lia, demi rasa kasih, sayang dan cintanya pada Lia. Joe seorang yang sangat-sangat romantis. Zarul pulak mulanya kelihatan seperti seorang yangg kuat, tetapi apabila menerima tekanan dari Joe, Zarul kelihatan seorang yang sangat lemah. Agaknya tahap peratusan cinta Zarul pada Lia hanya sedikit sahaja.
Rupanya, antara Joe dan Zarul, ada krisis masa lampau yang membelenggu hidup mereka. Adik beradik yang tidak pernah sehaluan pada masa dulu. Bak kata pepatah, air di cincang tidak akan putus.

SS ni memang terasa la 'sweet'nya (manis) dan 'sour'nya (masam). Memang seronok sangat baca novel ni, sampai 3 kali saya sudah khatam SS. Tahniah pada penulis baru Nasz.


sumber : nOOr hEkmAt

0 comments: