Jodol: Cinta Mekar di Hati
Penulis: Rose Harissa
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Harga: RM19.90
M/S: 560
Cetakan 1 - 2007
Cetakan 2 - 2008
Cetakan 3 - 2009
ISBN 978-983-124-337-4
'Sayangmu mengalir rasa kaulah cinta terakhirku'
Blurb:
Setiap cinta...pasti ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata. Cinta tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan... tetapi hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan.
Ady Rafizal... Cinta tidak pernah punya undang-undang, tetapi mengapa harus aku terhukum? Dalam derita, hanya bayangmu yang mampu kudakap. Namun, selagi aku bernafas dengan nama ALLAH, tidak pernah sekali aku berhenti merinduimu. Dan aku yakin, cinta akan mengembalikan kau kepadaku.
Fasha... Cinta tidak pernah menyeksa tetapi sentiasa menguji. Sekali kau memberi cinta, tidak akan kubiarkan ia hilang ditelan waktu walau beribu batu kita berpisah. Sesungguhnya, kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.
Fahrin... Cinta itu sebuah pengorbanan, tetapi mengapa ia bukan noktah cintaku kepadamu? Kenapa semakin sukar aku miliki cintamu setelah menanggung derita ini? Cintaku indah tapi aku derita perasaan.
Tengku Alis Marina... Cinta itu madu dan racun! Andai aku tidak dapat memiliki madunya, biarlah aku jadi racunnya!
Cinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim - Khalil Gibran
Kak Chik menukil:
Adi Rafizal sanggup bersusah payah bekerja sebagai pelayan di kedai makan ayah kepada kawannya demi melarikan diri daripada keluarga sendiri. Dia yang mempunyai ijazaha arkitek dari luar negara terpaksa hidup sederhana walaupun keluarganya keturunan Tengku. Dia melarikan diri dari keluarga selepas mummynya, Tengku Kamariah berkeras untuk mengahwinkan Rafizal dengan dua pupunya, Tengku Alis.
Dari kedai makan itulah juga Rafizal menemui cinta hatinya, Fasha. Anak yatim piatu yang masih muda namun cukup tabah dan berdikari. Fasha yang bekerja sebagai pereka grafik secara 'freelance'. Selepas dua bulan berhubung secara rapat, Fasha menerima lamaran Rafizal untuk menjadi surinya. Namun Fasha tidak pernah tahu yang suaminya berketurunan diraja selepas diserang oleh Tengku Kamariah dan Tengku Alis.
Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Alis untuk merebut kembali Rafizal sedangkan Rafizal sendiri tidak pernah ada hati walau sekelumit pun pada Tengku Alis.
Tengku Kamariah pula sanggup menganiaya anaknya sendiri demi memuaskan hati dan ego sendiri. Dia sanggup menyebabkan Rafizal dia buang kerja dengan kuasa yang dia ada. Dia sanggup membuat Rafizal hidup dengan susah selagi Rafizal tidak mengikut kata-katanya sehingga dia sanggup meletakkan maruah suami sendiri di kakinya.
Tengku Razlan, bagaikan suami yang tidak pernah mempunyai kuasa di mata Tengku Kamariah. Tengku Razlan bagaikan hanya suami pada nama sahaja. Tengku Razlan tidak pernah mempunyai kuasa untuk membuat kuasa dalam keluarga berpangkat tinggi itu sehingga Tengku Kamariah menjunjung kuasa yang dia ada. Dia tidak pernah mahu tahu sama ada anak-anak dan suaminya terluka atau derita yang dia tahu, semua orang mesti mengikut arahannya.
Dalam kepayahan, Rafizal bersama kawan karibnya. Tam dan Fazrul menubuhkan Pro Builders dengan bantuan kewangan dari Tengku Razlan. Namun ketika mereka mula mahu melangkah pelbagai dugaan menimpa. Rafizal mula sakit-sakit badan namun doktor mengatakan dia tidak sakit. Dan kemuncaknya Fasha diculik oleh orang upahan Tengku Alis.
Selepas itu pengkisahan banyak kepada keadaan Rafizal yang dikurung oleh Tengku Kamariah dan dipaksa berkahwin dengan Tengku Alis. Selepas berkahwin Tengku Kamariah telah menghantar Rafizal untuk menguruskan syarikatnya di Amerika. Di sana Tengku Alis makin liar dengan berhubung dengan lelaki lain namun Rafizal bagaikan orang bodoh sentiasa mengikut arahan isterinya. Dia bagaikan lembu dicucuk hidung. Namun setelah pertemuan dengan kakaknya di sana, Rafizal nekad untuk kembali ke Malaysia. Tetapi rasa geram sangat kepada la Rafizal amat mudah percaya yang mummynya sudah berubah sehingga dia dikurung sekali lagi oleh Tengku Kamariah di banglo mewahnya.
Fasha masih lagi mengharap suatu hari dia akan bertemu kembali dengan Rafizal selepas bertahun-tahun berpisah. Sehingga anak mereka sudah berusia hampir 5 tahun dan memanggil abah pada Fahrin. Bertahun Fahrin menjaga Fasha dan Adri demi cintanya secara rahsia kepada Fasha sehingga dia mengaku bahawa Fasha itu isterinya.
Dan...pengakhiran yang memang sudah terduga dari saat membaca prolog.
Bagi Kak Chik banyak juga pengajaran dari karya Rose Harissa ini. Antara yang berkesan di hati.
1. Kuasa cinta
Tengku Alis - pada pandangan Kak Chik kuasa cinta Tengku Alis sungguh kuat dalam novel ini kerana dia sanggup melakukan pelbagai cara demi mendapatkan cinta dia. Hingga dia menjadi taksub dan hilang hidayah diri. Dia lagi lupa pada Allah hingga sanggup menggunakan ilmu hitam, meracun Fasha, mengupah orang menculik Fasha, menjerat Rafizal sehingga Fasha hilang kepercayaan pada suami sendiri. Namun kerana taksub pada cinta itu, dia hilang kuasa pada diri dan akal sendiri. Pengakhiran yang sedikit kurang dramatik kerana dia hanya dimasukkan ke hospital gila.
2. Gila kuasa dan pangkat: Tengku Kamariah yang terlalu memandang harta dan pangkat akhirnya hidup dalam buangan anak-anak dan bekas suami. Tengku Alis yang dia amat sayangi melebihi anak sendiri pun sanggup menganiayai dia. Pengajaran yang berguna untuk orang-orang yang rasa mereka berkuasa lebih dari YANG MAHA BERKUASA.
3. Ilmu hitam: walau sebagai canggih dan moden pun zaman hidup manusia, tetap ada yang menggunakan ilmu hitam untuk kepentingan diri sendiri dan menzalimi orang lain. Dan hanya dengan ayat-ayat Allah, berusaha dan bertawakal kepadaNya sahaja jalan untuk mengubatinya.
P/S: Masih tertanya-tanya, mengapa Fasha tidak mencari jalan untuk kembali kepada Rafizal dalam tempoh masa hampir 5 tahun itu? Terlalu jauhkah Pulau Sibu sehingga dia tidak pernah berusaha? Kenapa dia terlalu yakin kepada Fahrin? Sedangkan pada pandangan Kak Chik mempunyai peluang itu.
LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-
(^_^)
Mar 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment