Tajuk : Bintang-bintang ke syurga
Pengarang : Xarine
Penerbit : Jemari seni publishing
ISBN : ISBN: 978-967-5118-22-7
Harga: RM19.00
Mukasurat : 452 halaman
kata kulit buku:
Urusan ini perutusan cinta.
Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
Islam itu cinta.
Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka.
Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.
Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?
* * * *
Dengarkan bisikan cinta XARINE sang insinyur yang berbicara fasal cinta dalam lembutnya bahasa daripada hati seorang lelaki yang mengharapkan reda Ilahi.
kata KK:
bintang-bintang ke syurga,,tajuknya sangat-sangat menarik dan INDAH. saya beli tahun 2009 tapi ia mengambil setahun lebih untuk saya khatam kerana buku ini banyak tangan yang meminjam. pada tahun tersebut saya hanya menghayati beberapa helai muka depan sahaja kemudian terbiar sehinggalah tahun 2011 saya cuti semester dan mengambil peluang ini untuk membaca sehingga ke muka surat terakhir.
kisah tentang pemuda bernama Imran baru sahaja tamat belajar dalam jurusan kejuruteraan di USM pulau pinang. baru putus cinta dengan Aisyah. keluarganya miskin. tinggal ke pasir pekan,kelantan. (tempat saya membesar)
oleh kerana baru sahaja putus cinta, Imran mengikut ayahnya bekerja di kilang kayu di sungai siput. di sini dia mengenali safia yang mengalami masalah keluarga. dia juga dipertemukan kembali dengan suzila, juga belajar di usm tetapi lain bidang. kerana imran, suzila secara perlahan-lahan berubah menjadi lebih baik tidak lagi mengejar nama dan populariti semata-mata.
banyak masalah yang menimpa imran ketika di sungai siput dan kemudian dia ke pulau pinang untuk mencari pekerjaan tetap yang sesuai dengan ijazahnya. di pulau pinang hatinya diduga lagi. imran diberi pilihan untuk meneruskan atau menyerah kalah.
bahasa yang digunakan oleh penulis biasa tapi kadang-kadang agak meleret dan agak busan mungkin ini adalah salah satu faktor untuk saya mengambil masa yang lama untuk menghabiskannya.
unsur nasihat yang diketengahkan agak padat dan juga buat saya seperti membaca buku motivasi. ia mengambil masa untuk saya hadam semuanya tapi berbaloi. namun disitulah kekuatan bintang-bintang di syurga.
buku kedua penulis masih saya belum baca. katanya lebih menarik berbanding dengan buku pertama. tapi siapa pinjam buku tu?
sumber: khaulah khalid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment