Mar 8, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (5) Cinta 3 Suku

Penulis : Herna Diana
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : 2010


"Kepekaan Saya"

Cinta 3 suku (C3S) sebuah novel yang mengisahkan romantik kelakar. Jalan cerita yang agak santai dan comel bagi saya. Saya sangat suka dengan jalan cerita yang digarapkan oleh penulis Herna Diana. Rekabentuk kulit depan novel C3S memang cukup menarik dan membuatkan saya sangat teruja untuk memiliki. Memang santai, sempoi dan ringan untuk memahami segala jalan cerita C3S.

Watak utama, Iman dan Arie. Iman – Iman seorang gadis comel yang agak lasak dan ganas. Dikenali sebagai Minah sewel dan juga Iman brutal yang comel. Di besarkan oleh keluarga angkat. Datang ke kota besar untuk mencari rezeki dan menjejaki keluarga kandung. Iman bersikap kasar adalah untuk melindungi diri lantaran pengalaman masa silam yang sangat sedih dan memeritkan. Kehilangan abah angkat yang di anggap seperti abah kandung sendiri menjadikannya sebatang kara. Kebencian ibu tiri atau ibu angkat menambahkan lagi segala duka lara hidupnya. Iman ke kota besar untuk lari dari semua kesengsaraan. Ditemukan dengan Suhaila. Menumpang di rumah sewa Suhaila dan menumpang kasih seorang adik.

Arie – seorang yang agak berlagak dan sombong. Sentiasa terserempak dengan Iman dalam insiden yang tidak disengajakan. Disebabkan pertemuan yang tidak disengajakan itu, menyebabkan Arie dan Iman menjadi seperti musuh ketat. Arie juga dikenali sebagai Mamat 3 suku. Gelaran mamat 3 suku itu, di beri oleh Iman kerana terlalu sakit hati dengan segala tindakan Arie. Akhirnya, dalam bersengketa, berputik juga kasih yang mekar.

Mereka tidak seperti pasangan kekasih lain, mereka pasangan yang terlalu sempoi. Haluan mereka yang berbeza, seorang ke simpang kiri, seorang ke simpang kanan. Iman juga berjaya menemui keluarga kandung nya. Sahabat baik kepada Arie, iaitu doktor Razif, adalah abang kandung Iman. Di sebabkan pertemuan Iman dengan doktor Razif, maka, segala rahsia kehidupan Iman dari kecil terbongkar. Iman bertemu dengan doktor Razif kerana ke klinik doktor Razif semasa cedera di langgar oleh Arie semasa pertemuan pertama mereka.

Minah Sewel + Mamat Tiga Suku = romantik yang kelakar. Watak-watak yang diwujudkan dalam C3S amat sempoi dan bersahaja. Memang terhibur dengan jalan cerita C3S.


sumber: nOOr hEkmAt

0 comments: