Mar 12, 2011

AS: Cabaran 50 Buku (6) Seandainya...

Tajuk: Seandainya
Penulis: Rys Areesa
Penerbit: Kaki Novel (Mac 2011)
886 Mukasurat
Harga: RM29 (SM)/ RM32 (SS)

***

Memulakan pembacaan novel ini pada peringkat awal begitu sukar. Namun selepas 2 hari, akhirnya saya menemukan pengakhiran yang tidak mengecewakan. Begitu sukar untuk memahami urutan masa & cerita dalam novel ini kerana ‘flashback’ akan muncul di mana-mana & kekadang tanpa sebarang petanda. Mungkin itulah keistimewaan yang membezakan novel ini dari novel-novel yang lain. Peringkat awal memang kita seolah-olah bosan dengan permainan tarik tali antara Areena yang begitu perahsia & Wan Zaharris yang sukar untuk berterus-terang kerana ada yang menghalang.

Mengenali Nur Dhila Areena yang begitu keras tembok hatinya kerana pernah terluka oleh Zaharris Arman. Namun nama yang hampir sama, Wan Zaharris juga yang berjaya menawan hati milik Areena hingga sukar baginya untuk menerima perkahwinan yang diatur oleh keluarganya. Areena akhirnya nekad untuk membatalkan perkahwinan tersebut walaupun dia tiada jawapan pasti dari Wan Zaharris yang masih membisu.

Di kala Wan Zaharris & Areena baru menyulam bahagia, ibu Harris masih lagi tidak dapat menerima pilihan hati Harris walaupun telah bertahun hanya nama itu di hatinya. Walaupun hanya Areena yang mampu membuatnya tersenyum bahagia, namun Harris redha kiranya hati ibunya masih berkeras tidak dapat menerima Areena.

Pergi Harris bersama cintanya kepada Areena hingga ke hujung nyawa. Dikala Areena masih berada dalam dunianya sendiri, Shamsul Azhar memberanikan hati untuk menyunting Areena, gadis yang telah lama bertahta dihatinya. Selama bertahun Shamsul Azhar setia kepada isteri tercinta walau Areena lebih banyak membisu & tidak pernah menyatakan kata cinta kepada Shamsul Azhar.

Sanggupkah Shamsul Azhar menanti cintanya & setia kepada isteri walaupun dia tidak pasti sampai bila? Adakah Areena masih memilih Wan Zaharris walau dia tahu mereka tidak mungkin bersatu? Berbaloikah penantian bertahun Shamsul Azhar untuk mendapat cinta Areena?

Apa yang menarik dalam cerita ini adalah apabila kita turut dapat menyelami alam bawah sedar Areena selepas kemalangan yang menimpanya.

sumber: Anita Sang

0 comments: