Mar 11, 2011

MQ : Cabaran 50 Buku : (5) Indahnya Hidup Bersyariat


Tajuk : Indahnya Hidup Bersyariat
Penulis : Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Tahun Terbitan : Mac 2009
Halaman : 308
Harga : RM55.00/ RM57.00


Buku ini merupakan panduan Fardu Ain lengkap bergambar untuk diri sendiri, seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat. Semua perbincangan di dalam buku ini adalah bersumberkan al-Quran dan al-Hadis.

Buku ini mengandungi 7 bab perbincangan iaitu syariat ketika kelahiran, pendidikan awal kanak-kanak, syariat berkaitan remaja, fardu ain asas, munakahat (hukum perkahwinan), syariat dalam bermasyarakat dan syariat sunat harian sepanjang masa seperti amalan zikir, doa dan adab.

Menggunakan gaya bahasa yang mudah dan pelbagai gambar untuk mudah difahami, buku ini tambah menarik dengan persembahan yang berwarna warni dalam bentuk carta, jadual, peta minda, rajah dan disampaikan mengikut turutan (step by step) supaya mudah diamalkan.

Berkulit tebal (keras) dan halaman daripada material berkualiti, buku ini amat sesuai dijadikan koleksi selain dijadikan sebagai hadiah kepada bos, kakitangan, suami, isteri, anak, ibu bapa, guru dan murid. Juga amat sesuai dijadikan sebagai hadiah sambutan hari lahir dan hari perkahwinan.

Ini merupakan buku Fardu Ain pertama yang berwarna warni yang terdapat di pasaran. Buku ini amat patut atau WAJIB berada dalam sebuah keluarga Islam sebagai panduan dalam kehidupan menuju akhirat yang kekal abadi.

0 comments: