Penulis : Zara Aluwi
ISBN: 9789834347390
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd
Tarikh Terbit: September 2008
Halaman: ~518
Harga: RM19.90
~ Rasaku... ~
Ia cerita tentang ketabahan seorang anak yatim piatu – Anne. Bermula dengan pemergian ayah dan ibunya, kemudian diikuti dengan abang dan kakak iparnya. Akhirnya tinggallah Anne bersama anak buahnya; Amri. Anne membesarkan Amri bersama-sama pembantu rumah merangkap pengasuhnya; Juita yang dipanggil mama. Hubungan ketiga-tiganya memang erat. Itu diceritakan dengan terperinci di dalam novel ini. Amri pula senang membahasakan makciknya dengan mama, buat pengganti ibunya yang telah tiada.
Hidup Anne memang hanya Amri dan Juita saja. Mungkin sebab itu dia sering mengelak untuk bercinta. Tapi sebenarnya aku pun lebih suka dia tak bercinta, maklumlah ke semua lelaki yang ditemuinya memang tak boleh pakai kih5 Cuma Alex je yang baik, rakan seperniagaannya yang berbangsa Cina. Pada mulanya Juita menerima kehadiran Alex sebagai teman istimewa anak asuhannya itu namun siapa sangka ada cerita hitam dalam keluarga Alex.
Alex ada kaitan dengan kes pemergian ayah dan ibu Anne. Memang tak sangka! Amri yang pada mulanya kamceng dengan Alex pun dah lain macam. Tetapi keikhlasan hati Alex mengubah pendirian Amri. Lagipun dia tahu bukan Alex dalangnya dan dia juga tahu mama Annenya juga amat menyayangi Alex.
Anne ni kalau ikut dalam cerita memang lasak. Perangai tak seperti gadis biasa. Dia suka merempit dengan motor berkuasa tinggi dan juga boleh diajak bergaduh! Mungkin kerana dia merupakan tonggak keluarganya jadi dia perlu jadi keras. Sayangnya bila tiba cintanya dihalang, Anne bertindak melarikan diri. Kasihan Amri dan Juita. Namun, mungkin itu sajalah caranya untuk Anne bertenang dan memberikan mama Juitanya masa supaya boleh menerima Alex dalam keluarga mereka.
Jalan ceritanya biasa-biasa saja. Menggunakan bahasa yang ringkas dan amat mudah untuk dihadam. Cuma jalan penceritaan yang terlalu mendatar di awal-awal bab buat aku sedikit bosan. Bila sampai ke tengah-tengah cerita barulah aku menjumpai rentaknya. Nasib baik! Kalau tak, ada aku skip cerita ni dan sambar buku lain. Di hujung penamat cerita ini ada diselitkan salasilah keluarga Anne. Terus aku teringat masa belajar dulu, aku selalu diminta menyediakan carta salasilah keluarga, siap letak gambar lagi hik3 lalala5 :D [Rindu kenangan itu!]
Happy reading (^-<)
sumber: Airina
Mar 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment