Mar 6, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (17) 26 Episod Gosip

Penulis: Haswida Abu Bakar
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Harga: RM19.00 / RM22.00
M/S: 447
Cetakan 1 - September 2010
ISBN 978-967-5118-44-9

Blurb:

matahari bukan pelakon yang boleh disuruh ulang berlakon

Seperti hidup ini, ada benda yang kita mahu pilih sekali sahaja sepanjang hidup:kekasih. Ini cerita di belakang tabir. Kisah Ain Nurlisa yang keras hati pada cinta bermula dari sini...
'di dalam' 'di luar lokasi' bersama krew produksinya...

Scene 1

"Ingat kau orang ikut mak dan Posh berkaraoke!"
"Mak pandai menyanyi ke?"
"Bolehlah!"
"Hessyy!! Jangan buat main, Misha Omar tu... suara sedap," celah pelakon baharu, Ari Zaman.
"Suara mak tu... mula aja ala-ala Misha Omar, lepas tu jadilah suara Hattan ke Jamal Abdillah la pula!" seloroh juruaudio produksi.

Scene 2

"Wah, Jeffri Husin sejak bila pulak suka pakai blusher ni? Cap apa?" usik Rosie.
"Bukan senang tau, nak 'terpakai' blusher yang ada corak lima jari kat pipi macam ni," gurau Jeffri. Telapak tangan Ain masih pedih, sepedih hatinya.
"Hey girls, hati-hati kau orang dengan pelakon pujaan Malaya ni. Nanti frust terlebih tonggeng kau," leter Posh.

***

HASWIDA ABU BAKAR mahir terap ilmu perfileman untuk 'mengarah' novel 26 Episod Gosip. 'Tontonlah' bagaimana HASWIDA ABU BAKAR menggerak watak-wataknya menjadi sebuah telenovela.


Kak Chik menukil:

Ermmmm...jeda...macam tepu pulak otak ni...tak tahu nak kata apa dah...sebab rasanya karya ni yang paling tak sama seperti yang selalu dibaca. Pada mulanya memang rasa teruja sangat nak baca 26EG selepas baca prolog kat blog JS.

Pada Kak Chik la kan...minta ampun awal-awal dengan Kak Ayu ye...kalau apa yang Kak Chik tulis ni tak betul ke hapa...

Kak Chik macam tak menyelami hati seorang Ain Nurlisa ketika membaca 26EG, mungkin cerita sebegini kurang sedikit mendapat tempat di hati Kak Chik. Dalam 26EG lebih banyak berkisar tentang Ain berbanding dua pelakon lelaki yang digambarkan sebagai lelaki idaman Malaya.

Oleh kerana tak tahu nak ulas macam mana (sambil garu kepala), 26EG bagus untuk orang yang minat pada dunia perfileman kerana banyak berkisar kepada belakang tabir dunia artis/glamor di Malaysia. Banyak-banyak istilah yang jarang didedahkan telah memberi sesuatu yang berbeza dengan cara penyampaian yang bersahaja. Tapi maaf masih belum membuat Kak Chik menyelami rahsia hati Ain Nurlisa.

Kerana kisah terlalu berkisar kepada Ain sehingga menenggelamkan watak-watak lain seperti Dila yang sentiasa menjadi teman di sisi Ain.

LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-
(^_^)

0 comments: